CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

JPAM nafi sekat bantuan mangsa banjir

29-12-2014 04:08 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 7253| Komen: 20

JPAM nafi sekat bantuan mangsa banjir




        KUALA LUMPUR - Jabatan Pertahanan Awam Malaysia (JPAM) menafikan sekeras-kerasnya dakwaan bahawa agensi itu telah menyekat bantuan untuk mangsa banjir di Kuala Krai, Kelantan.
          
        Ketua Pengarah JPAM Datuk Zaitun Ab Samad berkata, penyebaran berita palsu itu disebarkan melalui media sosial baru-baru ini.
          
        "JPAM tidak pernah mengeluarkan apa-apa arahan untuk menyekat bekalan atau bantuan daripada mana-mana pihak.
          
        "Malah kami (JPAM) sangat mengalu-alukan sumbangan dan bantuan daripada orang awam kerana ketika saat negara ditimpa bencana sebegini, keselamatan nyawa rakyat menjadi keutamaan kami," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.
          
        Zaitun menjelaskan, selain melaksanakan tugas mencari dan menyelamat, JPAM turut melakukan tugas memindahkan mangsa-mangsa banjir ke pusat pemindahan sementara.
          
        Di samping itu, katanya pihaknya juga melaksanakan tugas kemanusiaan seperti kes kecemasan, rawatan awal serta lain-lain perkhidmatan bagi memastikan keselamatan nyawa dan harta benda orang awam terus terpelihara.
          
        Setakat pagi ini, jumlah mangsa banjir di enam negeri yang terjejas adalah 225,731 orang. 


15

Bagus
23

Marah
17

Terkejut
19

Sedih
13

Lawak
19

Bosan

Friends Rank (106 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Makcu 29-12-2014 01:51 PM
walaupun dinafikan,,,,,macam betul aje
Quote 2bz 29-12-2014 01:54 PM
Itulah musibahnya bila di terajui negeri yang dipimpin oleh PAS.
Quote haruslah 29-12-2014 01:55 PM
kes kena sekat tu ade gamba x?

yg aku tgk gmba kampit beras je...

zmn skrg org pcaya gmba wp slalu gmba pon muhong

pe kata amik gmba pulis jpam yg wat sekatan tu

viral kn
Quote robertocarbos 29-12-2014 01:55 PM
ade jek care nk memfitnah time2 bencane ni, mcm xckop jek bencane tu, nk gempa bumi plak ke? tsunami? order2
Quote freebird 29-12-2014 01:58 PM
57 tahun memerintah, masih tak cekap2....

memang celaka lah....
Quote GhostWalking 29-12-2014 02:01 PM
robertocarbos replied at 29-12-2014 05:55 AM
ade jek care nk memfitnah time2 bencane ni, mcm xckop jek bencane tu, nk gempa bumi plak ke? tsunami ...

gambar sapa ni roberto
Quote Anak_Nogori 29-12-2014 02:18 PM
No bukan musibah lah .nilah rahmat Dan rezeki yg tuhan dah turunkan pada serambi mekah..lain kat Pahang..tu baru bala.
Quote carly_lah 29-12-2014 02:20 PM
kawan sy baru balik dari kuala krai, sbgai sukarelawan, x de pulak kena tahan bagai nk rebranding, siap g hantar sendiri kt mangsa banjir lagi... elok je...
Quote tumpanglalu74 29-12-2014 02:31 PM

https://www.google.com.my/search?q=Urs+B%C3%BChler&ie=utf-8&oe=utf-8&gws_rd=cr&ei=GfGgVKrXKcu3uQSGhoDwCQ

Like a Kevin Sorbo's clone gone right.



Quote ayamkatik 29-12-2014 02:32 PM
dia orang ni ntah gambar zaman bila dikatanya gambar keadaan banjir sekarang. kalau dia tahan pun mungkin dari segi keselamatan takut orang biasa berdepan dengan masalah untuk kawasan terjejas. Macam sukarelawan JPAM ni mereka memang dah dilatih nak hadapi segala musibah tahu cara yang betul nak hantar barang ke tempat yang tersangkut tu. Kalau tempat yang terlalu bahaya tu bukan boleh main redah je, mesti ada cara nak ke sana. Sila lah bersangka baik.
Quote Mierafaziera 29-12-2014 03:15 PM
Yupppp!! Vonlunteres from my co. pun kata takde insiden kena tahan pun..elok je diorang edarkan bantuan kat sana..!!
Quote GhostWalking 29-12-2014 03:17 PM
tumpanglalu74 replied at 29-12-2014 06:31 AM
https://www.google.com.my/search?q=Urs+B%C3%BChler&ie=utf-8&oe=utf-8&gws_rd=cr&ei=GfGgVKrXKcu3uQSG ...

Amboi cheekbonessss
Quote musangcomel 29-12-2014 03:24 PM
robertocarbos replied at 29-12-2014 01:55 PM
ade jek care nk memfitnah time2 bencane ni, mcm xckop jek bencane tu, nk gempa bumi plak ke? tsunami ...

khenn
klu ni fitnah aku harap yg buat cita tu mati lemas ditelan banjir
suka nau kan buat cite tak btol
baik mampos je
aku geram dgn keyboard2 warrior dan maknosia2 yg suka sebar berita palsu

Quote cmf_premierleag 29-12-2014 03:27 PM
Fitnah akhir zaman
Quote akughi 29-12-2014 03:28 PM
budak pr gigih menyebar fitnah sane sini.....

Quote akughi 29-12-2014 03:28 PM
fitnah dan pr berpisah tiada
Quote akughi 29-12-2014 03:29 PM
budak2 pr dikerah untuk mereka fitnah dan menyebarkannye
Quote akughi 29-12-2014 03:30 PM
budak pr makan hasil dari fitnah seperti nurul izzah yg menang hasil dari fitnah pihak lawan
Quote akughi 29-12-2014 03:31 PM
nurul izzah dapat elaun, gaji, imbuhan hasil dari fitnahnye.....

sama seperti macai pr yg buat fitnah skrg ni

Lihat semua komen(20)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

19-11-2024 09:00 PM GMT+8 , Processed in 0.189181 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top