Suri rumah redah air banjir untuk balik memasak KOTA BHARU - Seorang suri rumah sanggup meredah air banjir setiap hari untuk pulang ke rumah dari pusat pemindahan untuk memasak di kediamannya yang dinaiki air paras pinggang di Kampung Penambang di sini. Zainun Zakaria, 42, berkata dia perlu balik ke rumah yang terletak kira-kira 100 meter dari pusat pemindahan di Sekolah Kebangsaan Penambang untuk memasak kerana suaminya Ahmad Suhaimi, 48, tidak berpindah kerana bimbangkan keselamatan rumah. "Saya dan anak-anak tinggal di pusat pemindahan. Saya balik dalam pukul 11 pagi ... memang hari-hari kena redah air bah sebab di sekitar pusat pemindahan ini juga dinaiki air. "Kadang-kadang pinjam bot orang kampung untuk balik rumah," kata ibu kepada tujuh anak berusia enam hingga 24 tahun itu. Zainun berkata, lebihan makanan yang dimasak untuk suami kemudiannya dibawa ke pusat pemindahan untuk dikongsi bersama anak-anak dan mangsa banjir lain. "Saya masak lauk biasa sahaja macam ikan goreng, ikan masin. Bekalan semakin berkurangan jadi kena berjimat cermat. Makanan lebih saya bawa ke pusat pemindahan dan makan dengan anak," katanya. Zainun berkata, bekalan elektrik dan air bersih yang terputus di pusat pemindahan berkenaan menyukarkan kerja memasak di lokasi itu. "Bekalan air bersih terhad ... kami tunggu orang datang hantar tetapi kalau nak basuh pinggan dan cawan kami guna air banjir. Malam kena bergelap dan guna lilin ... sedih apabila berada dalam situasi begini tetapi kami reda," katanya.
|
9
Bagus |
5
Marah |
8
Terkejut |
8
Sedih |
11
Lawak |
8
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
krustykrab replied at 30-12-2014 02:32 PM
somi dia cacat tu
Munnalicious replied at 30-12-2014 02:35 PM
Boleh tahu kenapa mesti ada nama lava?
xtahumenahu replied at 30-12-2014 02:32 PM
Bahayanyeee
kawan aku baru sampai manek urai..orang2 kat situ dah kehausan n kelaparan...:' ...
redz85 replied at 30-12-2014 02:34 PM
mungkin dia berjimak juga.. alang alang rumah takde orang
krustykrab replied at 30-12-2014 02:38 PM
dah boleh masuk ek ke manek urai? air dah kering ke kat kuala krai?
xtahumenahu replied at 30-12-2014 02:40 PM
dalam gambar yg dia post mmg dah surut...tapi...keadaan macam lepas tsunami..ramai katanya tinggal ...
lavagitar replied at 30-12-2014 02:36 PM
sibuk la lu....
lu dah masak tuk laki lu belum..??
Munnalicious replied at 30-12-2014 02:43 PM
Boleh tahu? Kenapa mesti kena beritahu?
krustykrab replied at 30-12-2014 02:42 PM
kalau tau kwn ko gi sana...boleh tumpang sekali hantar brg2 kat sedara ....
dia guna keta ke masu ...
ADVERTISEMENT