CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Wanita lemaskan anak hingga mati Akibat Fikir DiCabul

31-12-2014 01:07 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 8420| Komen: 26

Wanita lemaskan anak hingga mati Akibat Fikir DiCabul


SEORANG wanita di Amerika Syarikat didakwa melakukan pembunuhan darjah kedua selepas bertindak melemaskan anak perempuannya di dalam tab mandi di kediaman mereka.

Kayla Marie Jones, 25, dari Minnesota mendakwa dia terpaksa melakukan perbuatan tidak berperikemanusiaan itu kerana menyangkakan mangsa, Azaria Jones, 6, telah dicabul.

Jurucakap polis memberitahu, hasil siasatan awal mereka mendapati tertuduh pernah menjadi mangsa cabul ketika zaman kanak-kanak dan dia mungkin masih trauma dengan kejadian itu.

"Dia mahu 'menyelamatkan' anaknya daripada mengalami nasib sama sepertinya," katanya.
Menurutnya lagi, tertuduh juga tidak dapat tidur selama dua hari kerana sering mendengar bisikan 'selamatkan Azaria' sebelum kejadian itu berlaku.

"Jones mengaku melemaskan anaknya selama beberapa minit sehingga kanak-kanak itu tidak lagi bergerak," jelasnya.

Susulan daripada itu, hakim Shawn Bartsh mengarahkan Jones supaya menjalani pemeriksaan kesihatan mental.

Mahkamah Daerah Ramsey turut menetapkan ikat jamin sebanyak AS$2 juta (RM7 juta) ke atas tertuduh dan sebutan semula kes dijadualkan pada 7 Januari depan. - Daily Mail

10

Bagus
8

Marah
9

Terkejut
7

Sedih
7

Lawak
13

Bosan

Friends Rank (54 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote nurul_akmar 30-12-2014 01:03 PM
tingginya ikat jamin. blh byr ke?
Quote kentel 30-12-2014 01:06 PM
ya ampun...nebes....ummah kokeshen da gila
Quote noor2 30-12-2014 01:08 PM
Hilang mood nak makan baca berita ni
Quote bellaa 30-12-2014 01:13 PM
bunuh anak utk selamatkan anak dari terus dicabul.

biar betul
Quote spiderman80 30-12-2014 01:15 PM
Amerika Darul Pelik.
Quote Artemesiaa 30-12-2014 01:16 PM
Sakit mental ni tak kira bangsa dan usia nak2 kalau kurang support dari family atau kengkawan, macam2 kerja gila bila dilakukannya.
Quote sapp73 30-12-2014 01:22 PM
Kesian si anak...jadi msngsa trauma ibunya sendiri
Quote robertocarbos 30-12-2014 01:23 PM
nurul_akmar replied at 30-12-2014 05:03 AM
tingginya ikat jamin. blh byr ke?

die saje letak tinggi so tiada ikat jamin
Quote clarizsa 30-12-2014 01:35 PM
oh my... si mak pun mangsa cabul...
mesti trauma sampai gila...

i faham trauma tu cmne.. tp jgnla sampai gila bunuh anak sndri plak..

kesiannya... both of them...

mmg celaka jantan2 yg asyik rosakkan hidup ppuan terutama kanak2...
Quote pooh~key 30-12-2014 01:39 PM
Nanti anak tu pula akan cabul bidadara di syurga kelak.
Quote clarizsa 30-12-2014 01:41 PM
trauma akibat pernah dicabul or dirogol, sepatutnya menjadikan ibu lebih protective terutama berkaitan hak penderaan sexual terhadap anak sndri or kanak2 lain...

org yg x pernah alami mmg x faham... ada juga yg berusaha suruh si mangsa lupakan dan maafkan pelaku dgn pelbagai hujah yg menyakitkan hati...

dlm kes ni, si ibu sgt malang sbb terlalu trauma hingga sakit mental, fobia melampau, dia takut si anak akan alami hidup yg gelap cm dia...

mungkin selepas ni dia akan dimasukkan ke pusat pesakit mental je, bunuh anak sbb sayang...

sama cm kes makpak yg bunuh anak2 sbb dorang nk bunuh diri, sbb takut xde org leh jaga anak2 tu bila dorang dh mati...

serius i pun pernah ade perasaan cmni... mujur belum tahap mental.. hmmm

menyedihkan..
Quote clarizsa 30-12-2014 01:42 PM
typo... *hal penderaan sexual... (bukan hak)... hmm
Quote redz85 30-12-2014 01:43 PM
sedih nya.. dia bukan ibu yang jahat.. hanya mental ..

Quote stania83 30-12-2014 02:00 PM
Sakit mental
Quote chinta89 30-12-2014 02:02 PM
kenapalah dia tak dapatkan rawatan.. tak pasal2 trauma dia si anak jadi mangsa
Quote haryatie 30-12-2014 02:15 PM
mmg sakit mental sungguh
sian budak tu..
Quote umisha 30-12-2014 02:21 PM
Rasa pelik sangat....trauma sbb kena cabul.
Boleh pulak dia beranak, macam mana tu?
Quote ajunara 30-12-2014 03:24 PM
pelik...trauma...patut lebih jaga anak tu...mungkinkah lebih terdengar bisikan syaitan...
Quote Dark_Vampire 1-1-2015 01:45 PM
mak dier yang trauma sebenarnyer...anak jadi mangsa

Lihat semua komen(26)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 05:10 PM GMT+8 , Processed in 0.114649 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top