CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Isu CCRIS, kaunter PTPTN penuh sesak petang tadi

2-1-2015 10:47 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 10601| Komen: 56

Isu CCRIS, kaunter PTPTN penuh sesak petang tadi

Gambar hiasan

SHAH ALAM – Kaunter di pejabat Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) cawangan Selangor di Seksyen 14 Shah Alam hari ini penuh sesak diserbu peminjam yang ingin melunaskan pembayaran pinjaman yang tertunggak selama ini.  

Rata-rata peminjam yang ditemui akui bimbang disenarai dalam Sistem Maklumat Rujukan Kredit Pusat (CCRIS).

Raheemie Arifin, 27 berkata, meskipun bekerja pada hari ini, dia ‘memaksa’ diri untuk hadir ke kaunter bagi menyelesaikan segala urusan berkaitan.

“Saya datang hari ini sebab saya tahu CCRIS. Saya dah tahu sejak dua minggu lepas.

“Tapi mungkin hari ini ada kelapangan sedikit walaupun tak banyak tapi kena datang juga disebabkan tak mahu nama disenarai hitam,” katanya kepada Sinar Harian Online, hari ini.

Begitu juga dengan peminjam, Mohd Hafiz Shamon, 25, yang bimbang tersenarai hitam dalam CCRIS hingga menyusahkan urusan masa depan termasuk membeli rumah.

“Seperti yang kita dimaklumkan melalui akhbar kalau tak bayar sehingga 31 Disember 2014 ini akan disenarai hitam.

“Nak elakkanlah sebab kita orang muda nanti susah nak beli rumah dan sebagainya,” katanya.

Manakala Lili Fazlena Mukhayen, 33, berkata, proses pertukaran kepada pembiayaan Ujrah tidak sesukar yang didengarnya sebelum ini malah boleh diselesaikan dalam masa yang singkat.

“Saya datang hari ini sebab tak nak tersenarai hitam. Sudah diberi peluang untuk selesaikan masalah ini.

“Sebelum ini saya dengar susah sangat untuk uruskan Ujrah, tapi sebenarnya taklah seteruk yang dikatakan,” katanya.

Afidah Abdullah Sani, 33, pula berkata, dia tidak melepaskan peluang untuk menunaikan tanggungjawab yang sepatutnya memandangkan mempunyai masa luang pada hari ini.

“Sebab hari ini hari terakhir dan saya luang, jadi saya datang sebab tanggungjawab juga dan takut (disenarai hitam),” katanya.

Sementara itu, Devika Santi Mohd Yusof, 23, akui kekangan masa menyebabkan proses pertukaran kepada Ujrah belum dilakukan sebelum membuat bayaran balik.

“Saya bekerja jadi tiada masa untuk membayar balik pinjaman ini. Sebab proses ini untuk tukar kepada Ujrah (perlu ke kaunter),” katanya.

Senada dengannya, Mohd Nazry Rosli, 30, berkata, ekoran kesibukan bekerja dan masalah keluarga, dia masih tidak menyelesaikan tanggungjawab tersebut.

“Dalam dua bulan ini saya sibuk sedikit, terpaksalah hari ini ambil cuti untuk datang ke sini.

“Dalam tempoh dua bulan ini ada ahli keluarga meninggal kemudian isteri kemalangan, jadi, saya perlu uruskan semua,” katanya.

Sebelum ini, Pengerusi PTPTN, Datuk Shamsul Anuar Nasarah mengumumkan seramai 558,475 peminjam yang gagal membuat bayaran balik pinjaman akan disenaraikan di dalam CCRIS dengan kerjasama Bank Negara, mulai 1 Januari 2015.

Namun katanya, pada peringkat permulaan penyenaraian itu akan membabitkan 173,985 peminjam tegar, iaitu mereka yang tidak pernah membuat bayaran balik melebihi tiga tahun daripada tarikh pembayaran sepatutnya dibuat.

CCRIS merupakan sistem pangkalan data Bank Negara yang menyimpan maklumat kredit peminjam yang dilaporkan oleh institusi kewangan.

Menerusi pendekatan ini, peminjam PTPTN yang ingkar akan menerima kesan seperti peminjam institusi kewangan lain, terutama membabitkan kelulusan permohonan pinjaman, kad kredit, dan sewa beli.

18

Bagus
18

Marah
25

Terkejut
14

Sedih
24

Lawak
18

Bosan

Friends Rank (117 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Limao 31-12-2014 11:53 PM
Peminjam yang umo 23 ngan 25 tu biasenye umo baru grad ke?
Quote clarizsa 1-1-2015 12:02 AM
CCRIS.... bgus pe klu tersenarai... barula leh elak dr terlibat pelbagai hutang lg.

Huhu
Quote vespa_oren 1-1-2015 12:02 AM
Aku bayar rm200 sebulan guna maybank2u harap dpt diskaun 10% tahun depan
Quote alinone78 1-1-2015 12:08 AM
Alasan...
P shopping waktu kerja boleh pula
Quote wadiunong 1-1-2015 12:13 AM
Lawaknya la jawapan masing2 plus xde bersalah pon sblm ni tak byr hutang. Tapikn rata2 yg di interview suma mcm setahun dua after grad. Yg late 20s ke atas diaorang mmg konsisten bayar ke atau penghutang tegar?
Quote penyo 1-1-2015 12:14 AM
sebenornya bank2 pun tak happy kalau 500K org ni di CCRIS kan..... 500K org ni la potential yg akan buat loan dgn bank.
Quote setokinpurple 1-1-2015 12:23 AM
aku baru byr sikit (rahsia la bape)
azam tahun2015 nk byr ptptn tanpa tertinggal tiap2 bulan...insyaALLAH
Quote cmf_premierleag 1-1-2015 12:23 AM
Mostly yg muda2 ji mestilah ada hati nak kawen, nak beli umah sendiri, nak beli kereta sendiri
Kalo takmo sume tu, bersiap sedialah gadapi masalah2 spt di bod FD sana tu
Duk serumah dgn nmertua lah
Nak pinjam keter abah sbb nak bawa bini gi spital lah
Choyyyyy
Quote Aneem 1-1-2015 12:36 AM
vespa_oren replied at 1-1-2015 12:02 AM
Aku bayar rm200 sebulan guna maybank2u harap dpt diskaun 10% tahun depan

Kau dh tukar ke ujrah?
Quote vespa_oren 1-1-2015 12:52 AM
Aneem replied at 1-1-2015 12:36 AM
Kau dh tukar ke ujrah?

Ada beza k? Aku gie kaunter ptptn tnya sebulan berapa byr dia ckp rm1** sebulan untuk 10tahun, xtnya lak ujrah
Quote CikNano 1-1-2015 12:54 AM
Nasib baik iolls xbuat pinjaman ptptn
Quote noraidil_06 1-1-2015 12:57 AM
clarizsa replied at 1-1-2015 12:02 AM
CCRIS.... bgus pe klu tersenarai... barula leh elak dr terlibat pelbagai hutang lg.

Huhu

kan.kalau tidak nk kawin pun gigih panjat bank buat loan.
Quote aechae 1-1-2015 01:09 AM
yg muda2 je sume....yg kena ccris ni aku rsa batch ats dr aku kot....tegar x byr loan may be umur 33 ke ats gtu....

nasib baik hutang dh setel last year....klu x msti aku kna ccris gak sbb grad 2006, tp 2011 bru start byr
Quote KumbangPolkaDot 1-1-2015 01:15 AM
Alasan..ujrah boleh buat online je kot..byr pon online..meols tak penah g bayar kat kaunter pon
Quote nobito 1-1-2015 01:31 AM
Yg 20an ni peminjam tegar ke...yg 30an tu macam abang aku tu selambe je.

Btw ccris bagus untuk ekonomi negara...
Quote munchkin 1-1-2015 01:46 AM
buatlah sistem convert to ujrah secara online. email link confirmation. pastu keluarkan certificate or confirmation gitu instead kena physically pergi ke sana. apa da
Quote bangcak 1-1-2015 02:51 AM
takde ke hulubalang ketuatnan nak halang bijan perah keringat anak2 dorang utk sumbang dana pada sjkc?
Quote emma.giggs 1-1-2015 05:40 AM
Alasan masing2. Mcm ls dia sorg bekerja
Quote jazaa 1-1-2015 05:51 AM
Umor dah 33 buat pangai kurang ajor tanak bayar.....

Klu tak masukkan ke CCRISS sampai je kiamat buat lupa....

Lihat semua komen(56)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 10:49 PM GMT+8 , Processed in 0.080519 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top