CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Gangguan Seksual, Jangan Diam Sahaja

7-1-2015 10:55 AM| Diterbitkan: CMFreporter| Dilihat: 6869| Komen: 1

Oleh Fyruz



1. Ambil tahu kod amalam gangguan seksual


Melalui Kementerian Sumber Manusia, kerajaan telah mewartakan satu kod amalan yang dikenali sebagai Kod Amalan Untuk Mencegah dan Membasmi Gangguan Seksual Yang Berlaku di Tempat Kerja pada 17 Ogos 1999. Pentingnya kod amalan ini adalah untuk memudahkan masyarakat memahami makna gangguan seksual dan sebagai panduan untuk mengenal tingkah laku-tingkah laku yang berbaur seksual. Di samping itu, kod amalan ini bertujuan memberi garis panduan kepada majikan bagi menubuhkan mekanisme dalaman di peringkat organisasi untuk mencegah dan membasmi gangguan seksual di tempat kerja Kod Amalan ini seharusnya diterima pakai oleh semua organisasi pekerjaan. Walaubagaimanapun, selain dari menggunapakai Kod Amalan ini, sesebuah organisasi boleh juga memperkenalkan polisi dalam menangani gejala gangguan seksual. Sesebuah organisasi boleh mengawal satu langkah penting dalam menyediakan situasi kerja yang selamat dan menyenangkan dengan cara melaksanakan polisi gangguan seksual yang utuh[8]. Polisi sebegini hendaklah ditujukan kepada semua pekerja. Sesiapa yang didapati melanggar polisi tersebut dan jika siasatan mendapati aduan adalah benar, tindakan segera mestilah diambil bagi menghentikan gangguan seksual tersebut dari terus berlaku.



2. Mengamalkan ajaran agama dalam kehidupan seharian.


Gangguan seksual merupakan tingkah laku yang tidak bermoral yang mana boleh merendahkan kehormatan kedua-dua mangsa dan pelaku. Dalam memeriahkan kehidupan di alam maya ini, setiap individu lelaki dan perempuan perlu saling memelihara akhlak antara satu sama lain selaras dengan didikan dan ajaran agama. Setiap orang jangan memberi peluang dalam hatinya dan dalam getaran kalbunya walaupun sedikit kecenderungan untuk menunaikan keinginan nafsu termasuklah melakukan gangguan seksual. Dengan mengambil ajaran Islam, sekiranya dihayati dan diamalkan boleh mengelakkan berlakunya gangguan seksual. Antara ajaran dan amalan Islam yang boleh dilakukan adalah seperti memelihara aurat, mengelak daripada melakukan perbuatan bersuka-suka dan bermain-main yang boleh membinasakan akhlak dan meransang syahwat, menjaga adab pergaulan dan sebagainya. Kalaulah penegasan Islam ini dituruti oleh setiap pekerja, secara tidak langsung mereka tidak akan berkecenderungan melakukan tingkah laku gangguan seksual.



3. Memberikan pendidikan dan kesedaran tentang konsep gangguan seksual.


Berdasarkan kajian, kebanyakan laporan tentang kes gangguan seksual yang berlaku adalah disebabkan oleh kekaburan dalam mentafsir gangguan seksual itu sendiri[9]. Ini bukan sahaja berkaitan dengan pengetahuan malah lebih menjurus kepada persepsi atau tanggapan mangsa sendiri. Oleh kerana kekaburan makna gangguan seksual itu maka individu mentafsir gangguan seksual itu mengikut pendapat mereka sendiri. Oleh itu sudah semestinya wujud tanggapan dan persepsi yang berbeza di antara setiap mangsa dalam organisasi. Maka hal inilah yang akhirnya menyebabkan perlakuan gangguan seksual berterusan berlaku di tempat kerja.


Kefahaman mangsa dan pelaku tentang konsep gangguan seksual seringkali terbatas. Kebanyakan pekerja sama lelaki atau wanita beranggapan bergurau senda sambil menyentuh anggota badan yang tidak sulit adalah perkara biasa. Walau bagaimanapun bagi sesetengah pekerja wanita, mereka berasa kurang senang dengan perbuatan tersebut. Justeru itu, pihak bertanggungjawab seperti media, mangsa sendiri dan pihak berkuasa perlu perbanyakan sebaran maklumat mengenai pengertian gangguan seksual supaya semua masyarakat terutamanya pekerja industri dan organisasi memahami erti sebenar terma gangguan seksual ini. Terdapat banyak lagi kaedah yang boleh digunakan untuk menyebarkan maklumat perlakuan gangguan seksual ini seperti menggunakan poster, iklan, hebahan di televisyen dan sebagainya. Latihan kefahaman konsep gangguan seksual menerusi seminar atau bengkel-bengkel perlu diperbanyakan dan dipermudahkan kepada orang ramai menyertai supaya terma gangguan seksual ini difahami oleh semua lingkungan masyarakat.


Pendidikan merupakan satu kaedah yang terbaik membangunkan kesedaran dan meningkatkan kefahaman setiap individu terhadap masalah gangguan seksual. Kebanyakan negara maju telah memperkenalkan pendidikan seks bagi menimbulkan kesedaran kepada generasi muda mengenai gangguan seksual. Justeru itu sekolah sebagai organisasi sosial perlu menyediakan pendidikan seks ini supaya dapat menyedarkan masyarakat bermula dari bangku sekolah lagi.


Selain itu, masyarakat awam termasuk pekerja-pekerja perlu diberi pendidikan bagi tujuan menyedarkan mereka tentang pelbagai masalah gangguan seksual yang wujud. Peranan media masa, kempen-kempen pencegahan, amaran dan peringatan perlu dilakukan oleh agensi-agensi tertentu seperti Kementerian Penerangan, Kementerian Sumber Manusia, Suruhanjaya Hak Asasi Manusia Malaysia (SUHAKAM), Persatuan Wanita, NGO dan pelbagai pihak. Pendidikan kepada pihak awam ini perlu diperhebatkan dan diperluaskan supaya masyarakat lebih sensitif terhadap ancaman gangguan seksual dan seterusnya mengambil tindakan membenteras masalah gangguan seksual.



4. Menyediakan khidmat kaunseling.


Bagi menangani masalah gangguan seksual juga, kemudahan khidmat kaunseling perlu diwujudkan di setiap industri dan organisasi bagi membolehkan mangsa gangguan seksual mengadu masalah mereka dan mendapatkan bantuan pakar kaunseling. Peranan kaunseling dalam membantu dan menangani masalah gangguan seksual amat penting dalam masyarakat moden yang mana keadaan hidup dan masalah yang dihadapi begitu rumit dan tidak dapat diselesaikan dengan sendiri. Kaunselor yang profesional, mempunyai latihan dan lesen menjalankan tugas kaunselor mengenai masalah gangguan seksual perlu diwujudkan di setiap industri dan organisasi di seluruh negara. Begitu juga kaunselor Islam yang boleh menguruskan hal-hal gangguan seksual mengikut cara Islam pelu difikirkan dan dirangka dalam menyelesaikan masalah gangguan seksual.



5. Membuat aduan atau laporan kepada pihak yang berkenaan.


Bagi mencegah gangguan seksual dari terus berlaku mangsa hendaklah segera melaporkan kejadian gangguan tersebut kepada majikan atau pihak pengurusan. Jika majikan tidak mengambil sebarang tindakan atau beliau sendiri yang menganggu, minta bantuan daripada pihak lain. Dalam keadaan ini mangsa boleh membuat aduan kepada Jabatan Buruh atau buat laporan polis.


Tindakan mendiamkan diri oleh sesetengah mangsa ini mungkin ada hubungannya juga dengan kurangnya kefahaman tentang maksud konsep ini. Ramai daripada mangsa masih keliru pengertian sebenarnya dan bentuk-bentuk tingkah laku bagaimanakah yang dikatakan sebagai tingkah laku gangguan seksual. Walaupun telah banyak pertubuhan terutamanya pertubuhan wanita, kesatuan sekerja dan badan kerajaan memperkatakan fenomena gangguan seksual melalui saluran media massa sama ada media elektronik ataupun media cetak, namun masih terdapat mangsa yang terdedah kepada fenomena gangguan seksual ini tidak memahami makna sebenar gangguan seksual itu . Dalam erti kata lain, mangsa tersebut tidak atau kurang mempunyai pengetahuan tentang gangguan seksual sama ada dari segi definisi, bentuk gangguan dan kategori gangguan seksual di tempat kerja.



6. Mengadakan undang-undang khusus berkaitan gangguan seksual.


Sehingga sekarang negara kita tidak mempunyai undang-undang yang khusus bagi menangani masalah gangguan seksual. Pengenalan “Kod Amalan untuk Mencegah dan Membasmi Gangguan Seksual di Tempat Kerja” oleh Kementerian Sumber Manusia pada tahun 1999 cuma memberi garis panduan untuk proses semakan dalaman (‘internal inguiry’). Malah setakat bulan Mac 2001, hanya 1.12% syarikat di Malaysia yang mempraktikan Kod ini[11]. Undang-undang yang sedia ada juga tidak mampu untuk menangani masalah gangguan seksual di tempat kerja secara berkesan. Satu Akta Gangguan Seksual mestilah diwujudkan bagi menangani gejala gangguan seksual ini dengan lebih baik. Undang-undang mengenai gangguan seksual mestilah mempunyai dua matlamat penting. Pertamanyan ia mestilah mengkehendaki para pekerja secara proaktif mencegah gangguan seksual dan keduanya ia haruslah menyediakan kepada mangsa satu pembelaan undang-undang.[12]



Kesimpulan


Gangguan seksual tidak boleh dipersepsikan sebagai masalah peribadi dalam sesebuah organisasi. Masalah ini tidak boleh dipandang remeh kerana ia melibatkan masa depan mangsa dan juga imej organisasi. Menangani masalah gangguan seksual adalah tanggungjawab bersama. Reformasi sosial perlu dilakukan bagi meniupkan angin perubahan terhadap peranan wanita yang dinamik dan progresif dalam masyarakat dan di tempat kerja tersebut. Ini adalah kerana wanita adalah sumber manusia yang amat penting kepada pembangunan negara dan bangsa. -CARI Infonet.
24

Bagus
24

Marah
17

Terkejut
20

Sedih
39

Lawak
21

Bosan

Friends Rank (145 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini

Komen Terbaru

Quote mayaBB 8-1-2015 10:27 AM
lempang kan je yang gila seks ni

Lihat semua komen(1)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 11:07 AM GMT+8 , Processed in 0.030384 second(s), 11 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top