Memiliki payudara yang besar mungkin menjadi idaman sesetengah wanita. Namun bagi wanita yang mempunyai payudara besar tentunya idamkan payudara yang kecil. Sebenarnya apakah saiz yang paling sempurna? Kenapa LadyLista lihat di negara luar, berlumba-lumba wanita melakukan pembedahan plastik hanya untuk membesarkan payudara mereka. Walaupun mereka tergolong dalam kategori yang memiliki payudaya besar namun mereka sentiasa menganggap payudara mereka kecil.
Jadi adakah memiliki payudara besar tuah? atau sumpahan? Tuah #3 - Sebagai Agen Pemanas tatkala anda kesejukan kerana hujan ataupun berada di bilik 'chiller', anda sebenarnya memiliki salah satu agen pemanas yang paling best sekali. Semakin besar saiz payudara anda, semakin ia boleh dijadikan sebagai agen pemanas. Tuah untuk anda yang memiliki agen pemanas ini. Anda dapat menahan kesejukkan. #2 - Tempat penyimpanan barang Bayangkan anda di pawagam ingin menonton wayang. Tapi papan tanda 'dilarang membawa makanan dari luar' terpampang besar di sekitar pawagam tersebut. Jadi, inilah masanya anda sorokkan bungkusan coklat kegemaran anda. LadyLista yakin, tiada siapa yang perasan. #Tuah #1 - Bantal empuk suami dan anak-anak Disaat mereka dahagakan kasih sayang anda, tentunya payudara yang besar dapat memberi keselesaan yang berganda kepada mereka dan seterusnya meningkatkan lagi darjah kesayangan mereka pada anda Sumpahan (**sumpahan yang LadyLista maksudkan adalah kesukaran yang dialami oleh setiap wanita berpayudara besar**) #3 - Gegaran berganda Jadi ini sememangnya masalah yang paling ketara bagi mereka yang memiliki payudara besar. Di saat anda bersukan contohnya berjoging, mungkin gegaran payudara anda seakan memuncak-muncak padahal anda hanya melakukan larian kecil sahaja. Bayangkan jika anda masuk larian pecut, tak dapat LadyLista bayangkan, mungkin payudara anda penyebab anda kalah. #2 - Mencacatkan pemandangan sekeliling Jadi memiliki payudara besar memang jelas mencacatkan pemandangan sekeliling, bayangkan anda memakai baju berpotongan leher yang besar, anda akan mencacatkan pemandangan lelaki lain kerana mata mereka anda tertancap pada anda. Jadi hati-hati memilih baju yang sesuai untuk anda yang memiliki payudara besar. #1 - Menyukarkan aktiviti harian Ini memang benar, antara keluh kesah yang LadyLista terima bagi mereka yang memiliki payudara besar adalah aktiviti yang terbatas. Bayangkan jika anda peminat gitar, anda tentukan perlu 'adjust' sedikit kedudukan payudara anda dengan gitar agar anda dapat bermain dengan selesa. Jadi adakah payudara anda suatu tuah atau sumpahan? Anda tentukan sendiri. |
gadispemalu: satu lagi susah carik baju. org malaysia semua saiz 50 sen. baju pon bhgian dada 50 sen,
ADVERTISEMENT