CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Gaya Hidup Lihat artikel

Jinakkan Lelaki Ego

13-1-2015 09:53 AM| Diterbitkan: CMFreporter| Dilihat: 4322| Komen: 1

 Oleh Fyruz


Lelaki Ego? 


Lelaki sebenarnya tidak la ego cuma jika berada di kalangan wanita, tak semena-mena timbul sifat ego itu. Mungkin itu salah satu cara menonjolkan diri mereka di hadapan wanita yang disukai. Berikut LadyLista kongsi 4 cara menjinakkan lelaki ego melangit ini:


Setiap lelaki pasti mempunyai ego masing-masing tetapi apa yang membezakannya adalah tahap keegoan mereka. Ada yang tidak ego langsung sehinggakan merayu-rayu kepada anda pabila anda mahu meninggalkannya. Manakala ada lelaki yang terlalu ego sehingga tidak pernah mengucapkan sayang kepada anda. Berikut merupakan cara untuk anda menjinakkan lelaki yang tinggi egonya.


1. Buat Si Dia Cemburu
Lelaki yang mempunyai ego yang tinggi mempunyai masalah untuk menyatakan yang dia sukakan anda. Apa yang perlu anda lakukan adalah buat si dia rasa cemburu sehingga membuatkannya meluahkan perasaannya kepada anda. Contohnya, anda boleh merancang dengan kawan lelaki anda untuk menunjukkan minat kepada anda di laman sosial dan pastikan si dia boleh membacanya. Oleh kerana rasa bimbang anda akan jatuh ke tangan lelaki lain, si dia pasti akan meluahkan perasaannya kepada anda.

2. Cabar Pasangan
Bukankah lebih baik sekiranya si dia menunjukkan rasa sayang daripada mengucapkannya? Tidak mengapa jika si dia tidak gemar mengucapkan perkataan I Love You kepada anda jika si dia kerap bertanya khabar dan sanggup mengambil anda pulang dari kerja pada waktu malam kerana risau akan keselamatan anda. Cabar si dia untuk menunjukkan rasa sayang sekiranya susah untuknya mengucapkannya.

3. Berterus-terang
Sekiranya si dia sering bercakap besar dan menunjuk-nunjuk kehebatannya, anda harus berterus-terang dengannya. Tidak perlu menggunakan ayat berlapis kerana minda lelaki lambat untuk memproses kata kiasan. Beritahu dengannya yang anda tidak suka caranya yang suka berlagak dengan apa yang dimilikinya dan sekiranya dia masih tidak berubah, anda boleh cuba membandingkannya dengan lelaki yang lebih hebat daripadanya.



4. Kenal Pasti Kelemahannya
Kebanyakan lelaki yang berego tinggi mempunyai keyakinan yang melampaui batas. Mereka merasakan yang merekalah lelaki yang paling sempurna atau lebih mudah sekiranya kami klasifikasikan mereka sebagai ‘perasan bagus’. Apa yang anda perlu lakukan adalah cari kelemahan mereka dan gunakannya untuk menewaskan ego mereka.

12

Bagus
9

Marah
22

Terkejut
15

Sedih
19

Lawak
18

Bosan

Friends Rank (95 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini

Komen Terbaru

Quote whadda 17-1-2015 12:05 PM
ni boleh suggest kat alyah tuk ramli msg

Lihat semua komen(1)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 08:32 AM GMT+8 , Processed in 0.038585 second(s), 11 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top