CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Politik & Peristiwa Lihat artikel

Muzium Yamato : Muzium Kapal Battleship Terbesar Dunia

13-1-2015 04:41 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 11610| Komen: 25

Muzium Yamato : Muzium Kapal Battleship Terbesar Dunia

Kapal battleship Yamato ialah kapal perang battleship terbesar pernah dihasilkan dalam sejarah dunia. Kapal ini menjadi kebanggaan empayar Jepun ketika Perang Dunia Kedua dan apabila ia karam pada 7 April 1945, ia adalah petanda awal Jepun akan kalah kepada tentera berikat. 

Sungguhpun sudah tenggelam berdekad lamanya kapal ini masih diminati di Jepun. Pengaruhnya dalam komik boleh dibaca di dalam manga Space Battleship Yamato dan juga Doraemon. Muzium Yamato yang terletak di Kure dibina di dermaga Yamato dibina 7 dekad yang lalu. 

Ia mempamerkan artifak dari kapal yang tenggelam ini dan model skala 1:10 Yamato sepanjang 26.3 meter. Selain pameran Yamato terdapat pamera senjata yang digunakan pada Perang Dunia Kedua dan model kapal-kapal perang Tentera Laut Diraja Jepun yang menyerang Peral Harbour. Awesome museum!









Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote lucassim 13-1-2015 09:20 AM
wahhhhh hebat !
Quote June01 13-1-2015 09:42 AM
menarik ! kan bagus kalau malaysia ada muzium mcm ni, saya ni minat kapal perang byk2
Quote alphawolf 13-1-2015 10:47 AM
June01 replied at 13-1-2015 09:42 AM
menarik ! kan bagus kalau malaysia ada muzium mcm ni, saya ni minat kapal perang byk2

Muzium kapal perang kat malaysia:
KD Rahmat di Lumut
Ouessant di Klebang melaka - yang orang dok buat lawak ingat Scorpene
Muzium TLDM Bandar Hilir Melaka

Ok tu OK tapi tak secun muzium kapal di luar negara
Quote Artemesiaa 13-1-2015 11:16 AM
Kalaulah muzium kat Malaysia boleh buat sehebat ini tentu selalu ramai yang datang berkunjung
Quote alphawolf 13-1-2015 03:08 PM
Artemesiaa replied at 13-1-2015 11:16 AM
Kalaulah muzium kat Malaysia boleh buat sehebat ini tentu selalu ramai yang datang berkunjung

KD Rahmat mmg ada out sikit tapi yang lain2 OK la jugak
Quote anees~nuhara 13-1-2015 03:36 PM
wahhh...bole thn
Quote bonsari 13-1-2015 03:41 PM
Quote kampderlieben 14-1-2015 04:52 PM
prnh tgk kat National Geographic 3 thn y lps...mmg dokumentari kpl perang jepon tu best...ramai rakyat malaysia xtau....
ms tu teknologi jepon dh 20 thn lgkh ke dpn 10 thn dpn US.....bhgn depan dek kpl tu ad mesingan peluru bsr y blh pusing 180 darjah dan blh di laras....klu m;sia wat...mmg singapore msti xpuas ati...sbb s'pore xnk m'sia  lbh ckit
Quote iznanaziz 15-1-2015 10:22 AM
walaupun tak sehebat mereka, tapi kita kan ada muzium tentera kat PD tu.
Quote Knowlee 15-1-2015 12:16 PM
June01: menarik ! kan bagus kalau malaysia ada muzium mcm ni, saya ni minat kapal perang byk2


ada kat Lumut kan?
Quote anno_miss 15-1-2015 12:31 PM
Wowo..mengagumkn
Quote alphawolf 15-1-2015 02:58 PM
kampderlieben replied at 14-1-2015 04:52 PM
prnh tgk kat National Geographic 3 thn y lps...mmg dokumentari kpl perang jepon tu best...ramai raky ...

Apa dia 20 tahun langkah 10 tahun ni?

Yamato dan Musashi mmg kapal perang terhebat tapi lebih baik jika 120,000 tan logam untuk kedua2nya diguna untuk bina kurang2 empat lagi kapal pengangkut pesawat.

Saya tak faham apa dimaksudkan meriam besar pusing 180 darjah tu...
Quote sinsin88 15-1-2015 05:08 PM
mcm pernah pergi muzium ni la!
Quote iznanaziz 16-1-2015 11:14 AM
Knowlee: ada kat Lumut kan?


ada kat lumut jugak ke?
tak perasan lak
boleh masuk ke muziumnya?
Quote alphawolf 19-1-2015 08:05 AM
Boleh....RM15 kalau tak salah
Quote kampderlieben 21-1-2015 01:01 PM
alphawolf replied at 15-1-2015 02:58 PM
Apa dia 20 tahun langkah 10 tahun ni?

Yamato dan Musashi mmg kapal perang terhebat tapi lebih b ...

tgk la kat National Geographic....ad cter psl kapal perang jepon ni...penting tau sejarah bangsa ln..tu la melayu...1 ape pon tak tau..tau x viking ad simpan keris melayu seperti di Rusia???jepon blaja teknologi Barat tp jepon gn sebaik mgkn ilmu  
https://www.youtube.com/watch?v=p_uwOrrlKl0
Quote alphawolf 21-1-2015 04:17 PM
Edited by alphawolf at 21-1-2015 04:31 PM
kampderlieben replied at 21-1-2015 01:01 PM
tgk la kat National Geographic....ad cter psl kapal perang jepon ni...penting tau sejarah bangsa ln..tu la melayu...1 ape pon tak tau ...

Oh, melayu 1 apa pun tak tau ya? meh sini aku bagitau...jangan marah pulak. hang tengok aje NatGeo tapi tak faham apa.

There is no such thing machinegun besar pusing apa ke bala. Yamato dipersenjatai sembilan meriam utama berkaliber 18 inci. Meriam berkenaan memang meriam terbesar dipasang pada zaman itu tapi walaupun terbesar, teknologinya adalah sezaman dengan negara2 lain. Cuma bila diakhir perang ia dilengkapi peluru Shansiki untuk menembak pesawat (selain senjata anti-pesawat sedia ada). Itu pun tak efektif. Selain saiz dah armor, itu aja kelainan Yamato berbanding battleship lain pada zaman itu. Malah yamato sendiri tidak dilengkapi radar ketika mula ditauliah dalam perkhidmatan. Malah Laksamana Isoroku Yamamoto sendiri menentang pembinaan Yamato sebagai penggunaan sumber yang tidak bijak.

Kalau hang maksudkan meriam anti-pesawat sebagai mesingan besar tu...tu kapal kelas sloop, corvette, frigate pun ada pakai...banyak tak banyak aje tengok saiz kapal. Takde mana singapore nak jeles tak...
Quote alan43520 21-1-2015 07:36 PM
ada baca pasal laksamana  Isoroku Yamamoto ni. dia sebenarnya menentang penglibatan jepun dalam perang.  
Quote alan43520 21-1-2015 07:37 PM
Walaubagaimanapun,sebagai seorang yang setia pada maharaja dan negara, beliau memimpin armada Jepun menyerang Pearl Harbor

Lihat semua komen(25)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-11-2024 10:28 PM GMT+8 , Processed in 0.074135 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top