Buku Pendidikan Kesihatan Tahun 5 dedah proses seks
Buku teks Pendidikan Kesihatan tahun lima yang menyentuh berkenaan seks. KUALA LUMPUR, 14 Januari:Selepas tersebarnya gambar ‘keluarga harmoni gay’, media sosial sekali lagi mendedahkan kewujudan buku teks Pendidikan Kesihatan tahun lima yang menyentuh mengenai seks. Dalam Facebook PenMerah.com, pengguna bernama Ustaz Syed Bakri memuat naik satu gambar yang menjelaskan proses hubungan kelamin. Gambar yang dimuat naik lewat petang tadi telah dikongsi 60 kali, dengan 2,662 orang menyukai dan mendapat 179 komen, setakat jam 7.30 malam Selasa. Rata-rata pembaca tidak bersetuju dengan isi kandungan buku itu yang disifatkan terlalu awal untuk murid berusia 11 tahun.
“Tak patut diberi pendedahan awal tentang @#$% terhadap budak-budak, takut boleh mempengaruhi perkembangan otak mereka, gejala tak sihat..harap ada pihak fikir balik tentang mata pelajaran sedemikian,” kata Hisyamuddin Mohd Nor. Roslina Othman pula berpendapat: “Tak sesuai la untuk tahun 4…nanti macam-macam pula yang mereka tanya bila balik rumah, apa yg mak dan ayah nak jawab.” Namun, ada juga pembaca yang berpandangan, pendidikan sedemikian boleh diajar kepada murid-murid di sekolah. “Bagi saya, pendedahan begini bukanlah sesuatu yang memberi keburukan kepada pelajar, tapi lebih kepada ilmu pengetahuan (Pendidikan Seks) dengan saluran yang betul. Pelajar di Malaysia ni perlu diberi pendedahan seusia mereka ini, untuk mengelakkan gejala yang buruk kelak di masa hadapan. “Saya pasti pelajaran ini tidak terhenti sehingga di situ, sudah pasti ada pengenalan tentang apa yang salah dan apa yang betul. Mereka ini tidak mengetahui apa-apa, kita ajar apa yang betul, apa yang salah. Peranan ibu bapa jugak untuk betulkan apa yang salah. “Didikan tidak terhenti di sekolah, tapi perlu diteruskan di rumah. Ini masa depan generasi kita, fikirkan apa akan jadi kelak, jika didikan ini tidak diberikan hingga gejala ini menjadi duri dalam daging,” tulis Mohd Nakirudin Muhamad Nor. |
17
Bagus |
9
Marah |
5
Terkejut |
7
Sedih |
10
Lawak |
11
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
mamasaffiya replied at 14-1-2015 08:19 AM
dari darjah 4 lagi memang dah ada pelajaran ni ..
sy terkejut jugak masa anak darjah 4 tahun lepas ...
harimau76 replied at 14-1-2015 08:28 AM
budak2 skrg kan dah advance.. kalau tak belajar kat sekolah, byk lagi cara lain yg dorang leh guna.. ...
matahari7001 replied at 14-1-2015 09:35 AM
boley tak pendidikan seks ni diajar dalam subjek agame.. biar selari..
snipersnake replied at 14-1-2015 09:53 AM
seks nih perkara yang sangat private.
satu je aku harapkan, before apa2 pon silibus tuh ajar, ke ...
matahari7001 replied at 14-1-2015 09:35 AM
boley tak pendidikan seks ni diajar dalam subjek agame.. biar selari..
lindarafee replied at 14-1-2015 09:04 AM
anak i dah tunjuk gambar ni. x de apa pun. just tunjuk ilustrasi gambar organ reproduktif lelaki d ...
ADVERTISEMENT