CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Tolong Jangan Buang Sampah Dalam Longkang

19-1-2015 09:47 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 8282| Komen: 39

Tolong Jangan Buang Sampah Dalam Longkang



SHAH ALAM, 17 JAN: Majlis Perbandaran Klang (MPK) melantik 53 syarikat untuk melaksanakan kerja pembersihan parit tanah melibatkan 53 lokasi parit dalam lapan kawasan DUN daerah Klang.

Pengarah Jabatan Korporat dan Kemasyarakatan, Zaireezal Ahmad Zainudin berkata, tindakan ini dibuat sebagai langkah persediaan menghadapi bencana banjir yang berlaku di Klang.
“Pembersihan ini termasuklah mengorek dan mengeluarkan segala sampah di dalam parit serta membuangnya ke tapak pembuangan.
“Kerja-kerja telah bermula pada 17 November 2014 lalu,” katanya ketika dihubungi Selangor Kini.

Selain itu, melalui Jabatan Penguatkuasaan sentiasa memantau kawasan sering menghadapi bencana banjir melalui 76 lokasi Kamera Litar Tertutup (CCTV) oleh Unit CCTV MPK.

Tindakan ini disusuli penyaluran malumat melalui aplikasi sistem pesanan “whatsapp” di peringkat MPK dan Daerah Klang yang dianggotai pegawai dari bahagian berkenaan.

Menurutnya, MPK menubuhkan Pasukan Tindakan Segera (Skuad PANTAS) yang akan menyalurkan laporan awal situasi bencana kepada pasukan keselamatan lain serta mendapat sokongan dari jabatan dalaman MPK dengan menyalurkan bantuan kecemasan dan logistik.

Pasukan ini juga sentiasa bersiap-sedia dalam tempoh 24 jam bagi menghadapi bencana banjir dan akan bertindak sebagai pasukan bantuan awal dalam memberi bantuan kecemasan.

“MPK juga sentiasa bersedia untuk mewujudkan pos gerakan sementara di kawasan yang mengalami bencana banjir.

“Selain itu, mangsa-mangsa boleh membuat sebarang aduan berkenaan kerosakan kediaman, peralatan perabot dan lain-lain perkara berkaitan dan aduan yang diterima akan diselaraskan dan disalurkan kepada pihak yang berkenaan dengan segera untuk tindakan lanjut,” katanya.

Jelasnya, sekiranya berlaku bencana banjir, semua dewan serbaguna milik MPK akan dijadikan pusat pemindahan mangsa bencana banjir.

Sehingga kini, MPK mempunyai 24 buah dewan yang boleh dijadikan pusat pemindahan dan dikawal anggota keselamatan untuk memberi keselesaan kepada mangsa bencana banjir.

6

Bagus
1

Marah
13

Terkejut
6

Sedih
4

Lawak
15

Bosan

Friends Rank (45 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote magnus 17-1-2015 10:45 PM
Ish ish ish
Quote macai 17-1-2015 10:48 PM
MB berjiwa rakyat mana? dulu akak selalu tgk dia selalu bersih longkang.
Quote spiderman80 17-1-2015 11:02 PM
Walaupun Spidey orang Klang, tapi Spidey mengaku Klang kotor tahap babi.
Quote mbhcsf 17-1-2015 11:03 PM
tu dia aih sampah banyaknyer ...
Quote macai 17-1-2015 11:04 PM
spiderman80 replied at 17-1-2015 03:02 PM
Walaupun Spidey orang Klang, tapi Spidey mengaku Klang kotor tahap babi.

Babi pon tak ada kotor mcm klang . Haha
Quote Mary_jane 18-1-2015 12:09 AM
Dorg bkn buang smph kt longkang je, kt tepi jalan pn sama. Esp neighborhood yg mostly warga asing  :
Quote mbhcsf 18-1-2015 12:16 AM
ni habit manusia , suka buang sampah dalam longkang. Saja habit dah bukan depa tak leh buang kat dalam tong atau letakkan dalam satu tong besar ke di tepi jalan  tapi ni lebih kepada sikap.

Quote saladin780 18-1-2015 12:26 AM
Edited by saladin780 at 18-1-2015 01:44 AM

klang mmg kotor..dah lah bangunan cam kusam je..udara busuk ..gagak banyak..pati berlambak2..sampah merata rata
shah alam pun sama..dah semakin kotor aku nampak..eh btw rasanya selangor ni mmg cam makin kotor je aku rasa..sesekali kalu pegi negeri lain cam melaka ke atau pahang..terasa sangat bersih plak banding dgn selangor ni
Quote raxief 18-1-2015 01:02 AM
mcm sungai citarum indon
Quote cmf_premierleag 18-1-2015 01:38 AM
saladin780 replied at 18-1-2015 12:26 AM
klang mmg kotor..dah lah bangunan cam kusam je..udara busuk ..gagak banyak..pati berlambak2..sampah  ...

Memang pun
Bukan je klang shah alam...KL PJ Rawang sana sume tu pun udara busuk jah
Sampah sarap lagi
Tp kalo aku jenjalan gi negeri lain, elok je bersih dan x seteruk klang valley
Aman2 je di negeri lain
Quote Modngengade 18-1-2015 03:58 AM
macai replied at 17-1-2015 10:48 PM
MB berjiwa rakyat mana? dulu akak selalu tgk dia selalu bersih longkang.

Jemin x nk cuci longkang...kan dia pakar cuci longkang...

Apa kata macai @kecimpret
Quote noor2 18-1-2015 09:58 AM
Edited by noor2 at 18-1-2015 10:11 AM

Buruk perangai orang kelang ...pengotor..duk kata Kelantan kotor padahal  lagi kotor dan pengotor dari kelantan
Quote tahanlasak 18-1-2015 10:52 AM
sikap mcm monyet mcm nie lah monyet pun tahu buang smph dlm tong sampah tidak ada perasaan sivik langsung otak tak ada kaa.....tau nk senang jea....
Quote rospinki 18-1-2015 10:58 AM
pengotor la org la klang ni

padahal sini org tgnu kelantan sabah bangla myanmar nepal smua ada..eh melaka kedah joho jiran semua ada. :
Quote ice_sky92 18-1-2015 10:58 AM
Seriously orang Klang?

What a shame.
Quote caprut 18-1-2015 11:00 AM
klang ni kan byk pati , cmne la  xkotor
Quote ResellerMaxis 18-1-2015 11:00 AM
ice_sky92 replied at 18-1-2015 10:58 AM
Seriously orang Klang?

What a shame.

@kecimpret jawa klang..sila lapor diri..
Quote satusembilan 18-1-2015 11:10 AM
rospinki replied at 18-1-2015 10:58 AM
pengotor la org la klang ni

padahal sini org tgnu kelantan sabah bangla myanmar nepal smua ada..e ...

kan.. puak² pendatang ni mmg pengotor

Quote spiderman80 18-1-2015 11:17 AM
Klang terkenal dengan gangster,kotor,kawasan gelap, bah kut teh,taikor India, PATI, burung gagak, jenayah, seafood, Jawa, skandal PKFZ, jalan berlubang, AEON Bukit Tinggi, Sungai Klang yang kotor, bandar tak terancang,bandar diraja dan tempat lahir jejaka kacak aka Spiderman80.
Tiada seorang yang lebih memahami Klang berbanding Spidey.
And tell you this, sebabi-babi kotornya bandar Klang, MPK masih menaruh harapan untuk mendapatkan status Bandaraya untuk Klang. Bangang betul.

Lihat semua komen(39)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 04:01 PM GMT+8 , Processed in 0.079056 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top