CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Hot Topic Lihat artikel

Eskalator Menara Maybank Dijadikan Tempat Tidur Gelandangan

19-1-2015 10:09 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 17138| Komen: 67

Eskalator Menara Maybank Dijadikan Tempat Tidur Gelandangan


KUALA LUMPUR:- Sekumpulan gelandangan yang tidur sekitar kaki lima serta kawasan berhampiran sebuah bank di Jalan Tun Perak di sini, menimbulkan rasa kurang selesa kakitangannya serta orang awam di kawasan tersebut.

Lebih memburukkan keadaan apabila mereka menjadikan eskalator sebagai tempat tidur dan kadangkala terlena sehingga waktu siang ketika warga kota mula sibuk untuk pergi ke tempat kerja masing-masing.

Seorang kakitangan di sebuah bank di kawasan itu yang enggan dikenali memberitahu, dia kurang selesa apabila terlihat gelandangan tidur di merata-rata tempat apabila ke pejabat pada setiap pagi.

“Ada antara mereka yang terlajak tidur hingga menyebabkan pemandangan di kawasan ini nampak tidak terurus.
“Saya kasihan dengan nasib mereka, tetapi janganlah tidur di tempat awam sehingga menyukarkan orang lain untuk menggunakan kemudahan yang ada,” katanya kepada Utusan Malaysia baru-baru ini.

Menurutnya, kawasan itu tidak sesuai dijadikan tempat tidur dan boleh menjejaskan imej rakyat negara ini di mata pelancong asing.




Sementara itu, seorang pengguna bas di Pudu Sentral, Ayub Jamali, 36, berkata, situasi gelandangan tidur di kawasan itu bukan perkara baharu.

“Banyak bantuan yang disediakan oleh kerajaan mahupun agensi lain dan golongan seperti ini sewajarnya dibantu.
“Jika mereka tidak tahu untuk memohon bantuan, agensi terbabit perlu turun padang membantu mereka,” katanya.

Tinjauan Utusan Malaysia di kawasan tersebut mendapati, ramai gelandangan berlegar-legar dan ada yang mula berbaring di sekitar kawasan berkenaan.

Dengan beralaskan beg serta baju, mereka lena tanpa mempedulikan suasana bising bunyi kenderaan dan orang yang lalu-lalang.




Dalam pada itu, seorang pelajar di sebuah institut pengajian tinggi swasta, Normah Abu Bakar, 28, meminta pihak berkuasa memandang serius masalah tersebut dan mengelak budaya gelandangan tidur di tempat awam berleluasa.

Jika dibiarkan saya bimbang masalah ini semakin serius dan tidak terkawal. Sudah tentu kita tidak mahu Kuala Lumpur menjadi seperti bandar raya di negara jiran apabila gelandangan tidur di merata-rata tempat.
“Saya mahu mereka dibantu dan sewajarnya ada tempat yang sesuai untuk mereka tidur dan tinggal,” katanya.

3

Bagus
5

Marah
5

Terkejut
2

Sedih
3

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (19 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote cmf_jeangrey 17-1-2015 09:17 AM
gelandangan ni warga mana? apasal tetiba ramai sgt? Tepi jamek lrt pun ada...nmpk mcm drug addict je dgn bau usah ckp la
Quote shi_jewel 17-1-2015 09:24 AM
kesian...tp kalau drug addct tu mmg salah diri sendiri..tak perlu dikasihankan dgn cerita diorang yang suka manipulate orang lain.
Quote annehuda 17-1-2015 09:25 AM
kenapa tetiba bertambah ramai homeless people kt KL ni? 5-10 thn dulu yg suka tido tepi jalan ni org giler je
Quote peYno 17-1-2015 09:26 AM
cmf_jeangrey replied at 17-1-2015 09:17 AM
gelandangan ni warga mana? apasal tetiba ramai sgt? Tepi jamek lrt pun ada...nmpk mcm drug addict je ...

melayu laaa... ingat melayu kaya n mulia sgt ke
Quote taikor 17-1-2015 09:28 AM
indon mari, barangkali...
Quote Artemesiaa 17-1-2015 09:39 AM
Dah berpuluh tahun dah rasanya keadaan sebegitu pak guard pun rasanya dah tak larat nak larang.  Mostly mereka ni memang org Malaysia tapi datang dari negeri2 lain.
Quote honeybee1802 17-1-2015 09:49 AM
Tu pakai jeans cantikkk jah gelandangan???
Quote mbhcsf 17-1-2015 09:53 AM
memang ini senario  yg 'biasa'
Quote cmf_jeangrey 17-1-2015 09:59 AM
peYno replied at 17-1-2015 09:26 AM
melayu laaa... ingat melayu kaya n mulia sgt ke

soalannya warga mana? sbb tgk rupa mcm bukan melayu....dan belum tentu ckp melayu
dulu2 kalau ada pun sorg dua bersepah tepi lrt, bus stop now dah mcm berkampung kt situ
Quote spiderman80 17-1-2015 10:11 AM
Betul cakap isteri tercinta Spidey , Cina kaum merempat .
Quote spiderman80 17-1-2015 10:13 AM
Tengok muka dorang pun dah tahu muka apek....bukan Indon ke Melayu . Memang kat KL ramai Cina yang merempat . Tak caya, sila pergi ke Bukit Bintang.
Quote peYno 17-1-2015 11:58 AM
cmf_jeangrey replied at 17-1-2015 09:59 AM
soalannya warga mana? sbb tgk rupa mcm bukan melayu....dan belum tentu ckp melayu
dulu2 kalau ada ...

warga malaysia laa

ko ingat warga asing je ke?? warga mesia sume kaya2?
Quote slavehunter 17-1-2015 12:09 PM
annehuda replied at 17-1-2015 09:25 AM
kenapa tetiba bertambah ramai homeless people kt KL ni? 5-10 thn dulu yg suka tido tepi jalan ni org ...

Ha a ramai giler.....dulu2 penagih sekerat dua dan orang gila....sekarang dari muda sampai tua semua ada....
Quote Modngengade 17-1-2015 12:16 PM
Eh dulu bukan nk buat pusat perlindungan gelandangan ker? Atau cuma perancangan semata2 tetapi tk dilaksanakan
Quote lavamerah 17-1-2015 12:23 PM
slavehunter replied at 17-1-2015 12:09 PM
Ha a ramai giler.....dulu2 penagih sekerat dua dan orang gila....sekarang dari muda sampai tua sem ...

Area mat pet ni...

Mat pet kelate mari..

Quote PongKang 17-1-2015 12:37 PM
Dah lama dorg lepak sini. Kalo mlm tu area dayabumi, central mkt, bangkok bank, menara mbb smpi la kt bangunan ming ada je penempatan dorg. Tp dorg xkaco org.
Quote oni313 17-1-2015 12:50 PM
area ni kalau siang2 lalu, mmg hancing dan hamis.... pengurusan maybank takkan duk diam je kot.. at least buat lah CSR bantu golongan gelandangan ni...
Quote slavehunter 17-1-2015 01:25 PM
lavamerah replied at 17-1-2015 12:23 PM
Area mat pet ni...

Mat pet kelate mari..

Hangkut masuk pusat pemulihan boleh kan? Harap dbkl kasi clean la kl
Quote slavehunter 17-1-2015 01:27 PM
Menteri2 semua sebok labur duit berjuta juta kat bini baru.....bekas2 perempuan simpanan semua dah jadi bini siap ada rumah kat London lagi.....

Lihat semua komen(67)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-1-2026 03:44 AM GMT+8 , Processed in 0.057591 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top