CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Hot Topic Lihat artikel

[Kemaskini] Mangsa Merayu Agak Tidak Terus Dicerderakan

19-1-2015 11:11 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 2273| Komen: 0

[Kemaskini] Mangsa Merayu Agak Tidak Terus Dicerderakan


Putrajaya: “Anak saya beberapa kali merayu dan memberitahu ‘aku tak mahu mati’ ketika sedang bergelut dengan suspek,” kata bapa seorang kakitangan wanita Kementerian Komunikasi dan Multimedia (KKM).

Bapa mangsa yang enggan dikenali mendakwa, anaknya berbuat demikian dengan harapan suspek berhenti daripada terus memukulnya selain menawarkan barangan berharga supaya dapat melepaskan diri.

Dalam kejadian jam 7 malam, Jumaat lalu, mangsa luka teruk di hidung, kepala dan muka akibat diserang dengan sebatang spanar oleh seorang juruteknik selenggara di bangunan berkenaan.

Forum : http://bit.ly/1ywoxAG

Suspek yang berusia 30-an sudah diberkas polis, manakala mangsa berusia 30 tahun berada dalam keadaan stabil selepas menerima rawatan lanjut di hospital.

Bapa mangsa mendakwa, sebaik anaknya berjaya keluar dari pejabatnya, dia terus memasuki lif untuk turun ke bawah.


“Suspek terus turun menggunakan tangga ke tingkat 21 serta mahu menahan lif digunakan anak saya.

“Namun, dia tidak sempat berbuat demikian apabila anak saya berjaya turun ke bawah dan menyelamatkan diri dengan pergi ke kafeteria bangunan dan dibantu orang awam  disitu,” katanya.

“Suspek kemudian sempat berada di situ dan berpura-pura tidak tahu. Suspek bertanya ‘kenapa ni?’ seperti mahu mengambil berat.

“Namun, helah suspek tidak menjadi apabila terdapat kesan darah pada bajunya dan cermin mata. Suspek ditahan dan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Putrajaya,” katanya.

Kelmarin, Menteri Komunikasi dan Multimedia Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata, beliau akan mengadakan perjumpaan khas membabitkan seluruh kakitangan di bangunan kementeriannya bagi memastikan jaminan keselamatan lebih kukuh pada masa depan.

Ahmad Shabery  berkata demikian  selepas melawat mangsa terbabit di Hospital Putrajaya.


2

Bagus
2

Marah
7

Terkejut
1

Sedih
5

Lawak
2

Bosan

Friends Rank (19 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen Terbaru


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

15-11-2024 02:44 PM GMT+8 , Processed in 0.045876 second(s), 11 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top