CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Obses Gajet Punca Telefon Diciplak

20-1-2015 10:40 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 4497| Komen: 15

Obses Gajet Punca Telefon Diciplak


Othman (dua, kiri) bersama beberapa pegawainya menunjukkan telefon tiruan yang dirempas.

 
Antara telefon bimbit pelbagai model yang dirampas KPDNKK Putrajaya.
        

SHAH ALAM - Kegilaan orang ramai kepada gajet telefon mudah alih menjadi salah satu punca wujudnya kegiatan pihak yang sanggup menjual atau mengedar telefon tiruan.

Ketua Seksyen Harta Intelek, Bahagian Penguatkuasa Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) Putrajaya, Othman Nawang berkata, orang ramai terlalu inginkan sesuatu dengan harga yang murah, secara tidak langsung menyebabkan penjual atau pengedar mengambil kesempatan mengaut keuntungan dengan cara mudah.

Menurutnya, zaman sekarang semua barang boleh diciplak dengan mudah.

“Oleh itu, wujudnya lambakan telefon tiruan dijual termasuklah di pasar malam, pusat beli-belah, pusat hentian dan beberapa lokasi-lokasi tumpuan orang awam.

“Orang ramai juga dinasihatkan tidak membeli telefon tiruan ini kerana boleh mengundang pelbagai risiko kerana tidak mendapat kelulusan daripada Institut Piawaian dan Penyelidikan Perindustrian Malaysia (Sirim),” katanya.

Beliau berkata, banyak kelemahan yang akan dihadapi pengguna, misalnya aplikasi yang tidak stabil dan tempoh hayat yang singkat.

Katanya, apabila alat telekomunikasi tiruan itu berleluasa, secara tidak langsung mampu menggugat rating jualan pemilik cap dagangan barang tulen.

“Orang ramai juga dinasihatkan supaya tidak menyokong penjualan produk tiruan kerana boleh menjejaskan pelaburan dan menyebabkan pendapatan negara merosot.
“Tindakan tegas perlu diambil bagi menangani sindiket itu,” katanya.

Katanya, telefon tiruan diperolehi daripada pengimport tempatan.

“Kita percaya wujud sindiket yang menguruskan urusan jual-beli barang itu dengan negara pengeluar dan pembeli.

“Sindiket itu bertindak licik. Bagi mengelakkan tindakan mereka dikesan atau ditahan pihak berkuasa, mereka tidak gunakan dokumen,” katanya.

Othman berkata, secara tidak langsung, ini menyukarkan siasatan jika mereka berjaya ditangkap kerana pihak berkuasa tiada bukti kukuh. Jika ada resit pun, ia tiada nama dan alamat lengkap.

Menurutnya, setakat ini pihaknya belum menerima laporan wujudnya kilang pengeluaran telefon tiruan di Malaysia.

2

Bagus
3

Marah
10

Terkejut
4

Sedih
7

Lawak
3

Bosan

Friends Rank (29 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Syd 19-1-2015 05:50 PM
ahkak ghost ada kaki tak?

ala..nak beli hp yang tuk main games jah

haha
Quote GhostWalking 19-1-2015 05:51 PM
Syd replied at 19-1-2015 09:50 AM
ahkak ghost ada kaki tak?

ala..nak beli hp yang tuk main games jah

hahahahahah chuols memang hantu game khennnn

nah amik ni jeh senang oldskool
Quote airfilterkotor 19-1-2015 05:54 PM
Hat ni ker tepon yang utang sampai 3 tahun tu....
Quote mattzzx 19-1-2015 06:04 PM
Janji dapat beli brand dan model yang terkini...
Quote Syd 19-1-2015 06:07 PM
GhostWalking replied at 19-1-2015 05:51 PM
hahahahahah chuols memang hantu game khennnn

nah amik ni jeh senang oldskool

sampai hati..
mmg bagi ai main games yang mmg bodo bodo sangat bak kata @tapibukanaku



Quote GhostWalking 19-1-2015 06:08 PM
Syd replied at 19-1-2015 10:07 AM
sampai hati..
mmg bagi ai main games yang mmg bodo bodo sangat bak kata @tapibukanaku

hemboi2 sejak bila kalau main sega games kategori game bodo dekkk.abis suka main game apa neh??
Quote Vellfire 19-1-2015 06:08 PM
Sian kita yg kena tipu
Quote Syd 19-1-2015 06:10 PM
GhostWalking replied at 19-1-2015 06:08 PM
hemboi2 sejak bila kalau main sega games kategori game bodo dekkk.abis suka main game apa neh??



marah ker?

kalau marah kena jual taoo!  

neh bukan sakit jantung sbb asik main games..tapi geram tahan perasaan
Quote GhostWalking 19-1-2015 06:15 PM
Syd replied at 19-1-2015 10:10 AM
marah ker?

kalau marah kena jual taoo!  

hahahaha lupa nak letak emot so nampak macam marah
Quote Modngengade 19-1-2015 06:46 PM
Nasihat ikhlas jgn beli yg underwater...beli yg x branded pun x per asalkan ori
Quote batmana 19-1-2015 08:35 PM
Alaa.. Nk tangkap senang je.. Deal je kt mudah tu. Ramai jual tepon klon
Quote helmiex 19-1-2015 10:01 PM
airfilterkotor replied at 19-1-2015 05:54 PM
Hat ni ker tepon yang utang sampai 3 tahun tu....

tak padan kalau yang ni hutang tiga tahun








Quote bellaa 19-1-2015 11:08 PM
Penah pakai ipong, note, s3, s4 klon sebab tlg mber test pakai seminggu dua sebelumcjual kat pengguna.

Banyak buruk dari baik.
Quote bangcak 19-1-2015 11:13 PM
toksah pening2 nak tangkap penjual hempon tiruan.
sejak hempon berjenama kuar model murah2 (low end)
abes suma pasaran hempon lanun berkubur
Quote airfilterkotor 20-1-2015 05:50 PM
Beli tepon bawahair, sekali cas meletop.... acaner.

Lihat semua komen(15)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

31-10-2024 07:25 AM GMT+8 , Processed in 0.188456 second(s), 31 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top