CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Usia 100 Tahun Masih Gigih Bekerja

20-1-2015 11:02 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 3540| Komen: 4

Usia 100 Tahun Masih Gigih Bekerja

Gambar hiasan


                        
KUALA NERUS - Keadaan susuk tubuhnya yang kecil dan masih gigih bekerja, pasti ramai tidak menyangka Daud Seman yang merupakan satu-satunya peniaga tembakau di Pasar Pekan Batu Enam telah mencecah usia 100 tahun.
        
Bagi pengunjung setia di pasar berkenaan pastinya cukup mengenali warga emas yang berasal dari Kampung Pak Katak, Bukit Tunggal di sini, kerana sikapnya yang peramah ditambah pula perniagaannya telah bertapak sejak lebih 10 tahun.
        
Lebih mengagumkan lagi, ketika orang seusianya lebih memilih untuk berehat dan mungkin ada yang terlantar uzur kerana faktor usia, tetapi Daud tetap gagah dan boleh menunggang motosikal untuk mencari sesuap nasi.
        
“Sejak usia muda lagi pakcik sudah biasa kerja kuat, jadi rutin ini terbawa-bawa ke hari ini. Alhamdulillah pakcik masih diberikan kesihatan baik dan dapat bekerja dengan menjual tembakau untuk menyara kehidupan.
        

Tenaganya Masih Kuat Untuk Mencari Rezeki Meskipun Usianya Telah Mencecah 100 Tahun.


“Pakcik tidak mengamalkan apa-apa petua khusus untuk kekal sihat, sebaliknya apa yang paling penting adalah menjaga hubungan dengan ALLAH SWT dan sentiasa menjaga solat,” katanya yang kini tinggal bersama anak angkatnya berusia 40-an.
        
Menurut Daud, setiap hari dia berulang-alik menaiki motosikal untuk berniaga di pasar berkenaan dengan jarak kira-kira 1 kilometer dari rumahnya.
        
“Pakcik masih lagi boleh menunggang motosikal sendiri untuk ke mana-mana termasuk ke pasar setiap hari, selain penglihatan juga masih baik,” katanya yang juga mengakui untuk mendapat tubuh badan yang sihat, amalan pemakanan juga perlu dijaga.
        
Katanya, permintaan tembakau yang masih tinggi sehingga kini juga secara tidak langsung membuatkan dirinya masih gigih untuk berniaga bagi memenuhi permintaan perokok tegar tradisional itu.
        
“Biasanya pakcik akan datang membuka gerai pada waktu petang dan dengan hasil jualan yang diperoleh itu secara tidak langsung dapat membantu menampung hidup,” katanya.


Bagus
5

Marah
1

Terkejut
4

Sedih
1

Lawak

Bosan

Friends Rank (11 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote whadda 20-1-2015 10:13 AM
woww.. tak nampak cam 100 tahun... rambut pon hitam lagi...
Quote applemy 20-1-2015 10:21 AM
Tgk pada keadaan kulit dia, ai percaya dia 100 yo.

Ai ada makcik nak dekat 70 yo, rambut kekal hitam. Tatau la apa yg dia amalkan, yg pasti bukan witchcraft ataupun kaler2 tau.. hiks!
Quote shalola 20-1-2015 10:29 AM
alahai siannya da tua masih membanting tulang
Quote fifie_olin 20-1-2015 10:37 AM
byk mkn ulam2 barangkali

Lihat semua komen(4)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

31-10-2024 03:18 AM GMT+8 , Processed in 0.043906 second(s), 20 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top