CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Bekas Jurutera Bangga Tanam Cili

20-1-2015 12:57 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 6695| Komen: 21

Bekas Jurutera Bangga Tanam Cili

 
Kuichalan melihat air bancuhan baja yang digunakan untuk tanaman cilinya di Kampung Ribu, Rantau. Gambar kecil: Tanaman cili yang diusahakan Kuichalan mampu menghasilkan 3,000 kilogram setiap bulan. 


SEREMBAN – Seorang bekas jurutera tidak menyangka penglibatannya dalam bidang pertanian mampu meraih gaji lebih besar daripada kerjayanya sebelum ini.

K Kuichalan, 45, yang berasal dari Ulu Kanchong, Rantau, kini meraih gaji bulanan lebih RM10,000 selepas projek perintis fertigasi tanaman cili yang diusahakannya di tanah seluas satu ekar di Kampung Ribu, Rantau, di sini, membuahkan hasil.

Menurut bekas jurutera kilang Samsung itu, dia tidak menyangka bidang pertanian yang baru diceburinya itu mampu memberi pendapatan dua kali ganda daripada gaji jurutera.

“Selama 15 tahun saya bekerja sebagai jurutera hanya dapat gaji paling tinggi RM6,000 sebulan.

“Tetapi pendapatan saya sebagai seorang petani lebih tinggi walaupun kerjaya saya tidak dipandang tinggi,” katanya kepada Sinar Harian, di sini, semalam.

Kuichalan merupakan antara lapan peserta yang terpilih di negeri ini dalam projek perintis fertigasi tanaman cili anjuran Yayasan Gerakan Tindakan Afirmatif Baharu (Naam).

Bapa kepada tiga anak ini berkata, dia ditawarkan skim pemberhentian sukarela oleh syarikatnya itu pada 2012 menyebabkannya dia tidak mempunyai kerja tetap.

“Selama dua tahun saya buat kerja sambilan dengan berniaga secara online. Saya pernah minta macam-macam kerja tetapi tidak diterima disebabkan umur saya.

“Selepas mendapat tahu Naam mencari peserta yang berminat mengusahakan tanaman cili, saya terus hantar borang dan tidak sangka saya terpilih dalam projek ini,” katanya.

Kuichalan berkata, segala perkara termasuk latihan, pinjaman, teknologi dan tanah diuruskan Naam sehinggalah projek penanaman cili bermula pada September tahun lalu.

“Segalanya diuruskan Naam dan saya hanya sebagai pengusaha untuk memastikan projek ini berjalan dan membuahkan hasil.

“Dalam tempoh tiga bulan, tanaman cili saya berbuah dan boleh dipetik. Perasaan saya sangat gembira melihat tanaman saya menjadi dan tidak diganggu ulat perosak,” katanya.

Katanya, dia mempunyai tiga pekerja bagi urusan menjaga dan memetik cili yang sudah matang untuk dijual.

“Naam juga menyediakan kontrak dengan Fama di mana hasil tanaman akan dibeli Fama. Jadi, saya tidak perlu risau kerana saya sudah ada pemborong.

“Pokok cili saya mampu mengeluarkan buah sebanyak 3,000 kilogram dan mampu beri pendapatan hampir RM15,000 sebulan,” katanya.

Menurutnya, dia bercadang membuka tapak projek yang baru bagi melipatkan gandakan hasil tanamannya itu.

“Naam menggalakkan saya menambah keluasan tanah bagi meningkatkan hasil. Saya sedang merancang menambah satu ekar tanah lagi dalam masa terdekat,” katanya.

1

Bagus
1

Marah

Terkejut
1

Sedih
1

Lawak

Bosan

Friends Rank (4 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote blackred99 20-1-2015 10:20 AM
nak jugak, saya kerani je.
Quote bellaa 20-1-2015 10:37 AM
tetiba teringat akak juta juta @CiliPadiSedap
Quote rospinki 20-1-2015 10:42 AM
org rajin ni..org gaji rendah pemalas tau nak komplen tk abis2
Quote ajie2000 20-1-2015 10:49 AM
bagus dia nih..

tak de lah kerja komplin kerajaan jer..
Quote mrseller 20-1-2015 10:49 AM
@jengkoil bila nak mula projek golf drivin range di kota bharu?
Quote Artemesiaa 20-1-2015 10:56 AM
Berrbudi pada tanah banyak hasilnya
Quote jengkoil 20-1-2015 12:21 PM
mrseller replied at 20-1-2015 10:49 AM
@jengkoil bila nak mula projek golf drivin range di kota bharu?

Demngg ..bocor planning aku..nanti ada yang potong line plak..

ok ah..buat plan baru plak...bukak francais yong tau fu plak kat KB...blom ada lagi kot kat klate...
Quote ifanonline 20-1-2015 12:23 PM
minda melayu ni, kalu kerja dgn orang, berpangkat tinggi kira hebat la tu...sebab tu cina tak mau keje gomen...mkn gaji dpt tak banyak, baik dier jual dvd  blue
Quote neotoxin 20-1-2015 12:26 PM
nice.. yg bestnya buat pertanian camni boleh lari income tax.. declare pendapatan 1500 je
Quote GhostWalking 20-1-2015 12:27 PM
jengkoil replied at 20-1-2015 04:21 AM
Demngg ..bocor planning aku..nanti ada yang potong line plak..

ok ah..buat plan baru plak...buk ...

ehem ehem
Quote jengkoil 20-1-2015 12:30 PM
GhostWalking replied at 20-1-2015 12:27 PM
ehem ehem

Alamak. .abam gos berdehem plak..

Mak nga anak btol laa..
Quote caprut 20-1-2015 12:49 PM
ajie2000 replied at 20-1-2015 10:49 AM
bagus dia nih..

tak de lah kerja komplin kerajaan jer..

yg suke komplen ni kakitangan krajaan je. smua dorg komplen. pastu satu lg bgsa negeri tu. tu msok kjer krajaan. kakitangan krajaan ni bile sruh msok swasta klo rasa gaji tu rendah xmo lak. sdgkan gaji kire okay la beban kjer bukan byk mne pon. tgok yg kjer swasta, klo rasa gaji tu rendah cri kjer lain atau start cri jln niaga.
Quote TuntungReturn 20-1-2015 12:54 PM
aku.ckp betol la otak kite akan berfungsi dgn normal bile kite susah
Quote LadySha 20-1-2015 12:54 PM
akak keje kat Yayasan Naam dik.. boleh la nak apply... meh2..
Quote caprut 20-1-2015 12:59 PM
ifanonline replied at 20-1-2015 12:23 PM
minda melayu ni, kalu kerja dgn orang, berpangkat tinggi kira hebat la tu...sebab tu cina tak mau ke ...

org ckp org meniaga ni byk tipu, lbih2 lg cina tu sbb dorg kaya kaw2. klo ko kjer krajaan,contoh kkm ,ko jdi ma je bp byk ubat ko ley curi bwak keluar, pastu jual , atau ubat analgesik ko gune pastu buat circumsisi, klo ko beli analgesik tu bsuk2 da 90rm klo satu, . tnye la bp byk ma, tlong sunat amek upah dlm sorg rm 100 ubat than sakit die amek gov nye, cmne x untung. ape aku cuba mksodkan melayu ni byk sgt alasan bile xboleh buat sesuatu, sdgkan die wlaupun kjer krajaan je da sah2 mncuri.
Quote maja07 20-1-2015 01:01 PM
Mesti no file income tax dah ready ni.
Quote stania83 20-1-2015 01:03 PM
Rm10 je? Must be more than that. Cikainya engineer gaji rm6k
Quote chickenwing 20-1-2015 01:09 PM
berbakti kepada tanah.....lagi baguih dari keje opis duk ekon 24 jam....
Quote miss_baby 20-1-2015 01:19 PM
stania83 replied at 20-1-2015 01:03 PM
Rm10 je? Must be more than that. Cikainya engineer gaji rm6k

6k mcm gaji cikgu jer la..

Lihat semua komen(21)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

31-10-2024 05:30 AM GMT+8 , Processed in 0.039995 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top