CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Takbir Sebelum Terjun Ke Sungai

21-1-2015 05:45 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 7664| Komen: 30

Takbir Sebelum Terjun Ke Sungai


Jempol: “Saya terkejut apabila lelaki itu menghampiri saya yang sedang mengemas peralatan memancing sambil melaungkan Allahuakbar sebelum membuang tiga beg ke dalam sungai,” kata Faizul Mohd Ali, 40.

Dia menceritakan kejadian seorang lelaki warga Indonesia terjun daripada jambatan Sungai Muar di Pekan Rompin, dekat sini, sebelum mayatnya ditemui, awal pagi semalam.

Faizul berkata, dalam kejadian jam 7.15 malam itu dia terkejut melihat gelagat lelaki itu yang dikenali sebagai Mochamad Mardjono, 40-an, yang turut meminta bantuannya mencampakkan motosikal miliknya ke dalam sungai.

“Sebaik lelaki itu campak tiga beg, dia minta tolong saya pula untuk buang motosikal miliknya sebelum saya secara bergurau menawarkan untuk mengambil motosikal itu daripada dibuang ke dalam sungai,” katanya ketika ditemui di tempat kejadian.

Katanya, lelaki itu yang tidak berbaju dan memakai seluar panjang hitam memanjat tembok jambatan dan berdiri di bahagian dalam tembok sebelum terjun ke sungai sambil bertakbir.

“Saya terperanjat apabila dia terjun ke dalam sungai dengan memakai topi keledar, namun tidak dapat berbuat apa-apa dan hanya melihat dia dihanyutkan arus sungai,” katanya.

Penguasa Bomba Zon 3 Negeri Sembilan Zulkifli Che Noh berkata, pihaknya menerima panggilan mengenai kejadian itu pada 7.53 malam dan bergegas ke tempat kejadian.

Katanya, usaha mencari dan menyelamat membabitkan anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBDP) Bahau, BBDP Gemas, BBDP Seri Jempol dan BBDP Teluk Kemang, Port Dickson serta dibantu penduduk kampung.

Zulkifli berkata, mayat mangsa ditemui tersangkut pada akar pokok di sungai itu jam 12.05 tengah malam, kira-kira satu kilometer dari tempat dia terjun dalam keadaan masih memakai topi keledar.

“Usaha membawa naik mayat mangsa selesai pada jam 3.05 pagi tadi (semalam) dan diserahkan kepada polis untuk tindakan selanjutnya,” katanya.

Ketua Polis Daerah Jempol Superintendan Hamzah Alias berkata, kes itu diklasifikasikan sebagai mati mengejut dan siasatan masih dilakukan.

“Kami menunggu laporan bedah siasat mayat mangsa bagi mengetahui punca kematiannya.

“Siasatan dilakukan daripada semua aspek dan saya difahamkan ada saksi melihat mangsa terjun dari jambatan berkenaan,” katanya.


9

Bagus
1

Marah
2

Terkejut
3

Sedih
16

Lawak
3

Bosan

Friends Rank (34 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Simunggu 21-1-2015 09:16 AM
putus cinta dan bini lari...tu je..
Quote pakis_hutan 21-1-2015 09:18 AM
Aku tergelak baca news ni...Tapi apesal dia buang semua dlm sungai? Cuba utk memadamkan kesan2 ke?
Quote Orange_7491 21-1-2015 09:19 AM
patutnya dia terjun sungai tu dgn menunggang motosikal sekali. Barulah mati dengan penuh gaya.
Quote cikmi 21-1-2015 09:20 AM
nak berhijrah kah?
Quote sunquick 21-1-2015 09:21 AM
lorrrr...bunuh diri ke..?
Quote idril 21-1-2015 09:22 AM
ala2 cina mati bawak barang skali utk guna kat alam barzakh kot
Quote AMDTurion 21-1-2015 09:23 AM
Ilmu x cukup lg tuh. Takbir pastu lompat. Apa ingat ko bertakbir tu cnfirm ke syurga kah?

Kena bhn lagilah dgn org bukan islam. Org islam sewel.
Quote zulka 21-1-2015 09:24 AM
teringat satu buku dulu2 bertajuk
Kenapa?Mengapa?Bagaimana?
Quote mdhelmi 21-1-2015 09:31 AM
patutla dia buang motor SYM tu sbb dia bukan safee sali
Quote kucen_miang 21-1-2015 09:41 AM
mdhelmi replied at 21-1-2015 09:31 AM
patutla dia buang motor SYM tu sbb dia bukan safee sali

dan dia bukan syamsul yusuf yang mencelah.
Quote prettyuglybabe 21-1-2015 09:46 AM
mungkin dia nak berenang balik ke tanah air nya

takziah je la..
Quote maplesue 21-1-2015 10:37 AM
Siap takbir lagi.
Ingat ape benda rupanya nak terjun
Quote fifie_olin 21-1-2015 10:58 AM
dia pikir moto tu leh dikebumikan skali dlm kubur barangkali
Quote AMDTurion 21-1-2015 11:00 AM
Atau pun dia mahu tenggelam bersama motornya. Itu pun dia rasa malas nak buangkan motornya. Siap suruh org lain pulak.
Quote matahari7001 21-1-2015 11:04 AM
astaga knp macam ni.. org yg diminta tolong mesti tercengang-cengang WTF!
nway alfatihah....
Quote fifie_olin 21-1-2015 11:04 AM
Orange_7491 replied at 21-1-2015 07:19 AM
patutnya dia terjun sungai tu dgn menunggang motosikal sekali. Barulah mati dengan penuh gaya.

ala2 stuntman kan....lps tu amek pic...post dlm fb..
terus menjadi viral

Quote shalola 21-1-2015 11:18 AM
menyemak nak kena uruskan plak jenazah dia
Quote anilzasor3323 21-1-2015 11:54 AM
Orange_7491 replied at 21-1-2015 09:19 AM
patutnya dia terjun sungai tu dgn menunggang motosikal sekali. Barulah mati dengan penuh gaya.


Quote pakis_hutan 21-1-2015 12:18 PM
Orange_7491 replied at 21-1-2015 09:19 AM
patutnya dia terjun sungai tu dgn menunggang motosikal sekali. Barulah mati dengan penuh gaya.

haha, alang2 dah pakai helmet kan

Lihat semua komen(30)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 06:18 AM GMT+8 , Processed in 0.048309 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top