CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Hot Topic Lihat artikel

Taukeh Qu Puteh gila glamor?

23-1-2015 09:37 AM| Diterbitkan: admin6| Dilihat: 30235| Komen: 141


Di sebalik cerita kemenangan Anugerah Juara Lagu (AJL) ke-29 yang bersiaran di TV3 baru-baru ini, cerita penaja utama anugerah berprestij itu iaitu produk Qu Puteh termasuk pengasas produk berkenaan dari Vida Beauty turut menjadi sensasi.

Pengasas produk, Datuk Seri Dr Hasmiza Othman atau lebih dikenali dengan Datuk Vida dalam erti kata lain berjaya membuatkan produk berkenaan diingati ketika berlangsungnya AJL 29. Dikecam atau dipuji di laman sosial, ia tetap publisiti terbaik buat produk itu.

Malah tak kurang yang menyifatkan beliau jenis yang gila glamor apabila wajahnya kerap ditampilkan sepanjang AJL 29 berlangsung. Tagline 'Qu Puteh barulah putih' sambil menyentuh pipi dengan jari yang digayakan beliau turut dipersendakan.

Bagi Datuk Vida sebagai pelabur dan penaja, beliau mahu memanfaatkan jumlah pelaburan yang diberikan kepada sesebuah acara itu sebaik mungkin. Difahamkan untuk AJL 29 saja beliau menaja mencecah RM3 juta manakala GegarVaganza hampir RM2 juta.


"Saya sebenarnya lebih selesa produk yang dijual saja ke depan. Tapi selepas muka saya yang kian memberi impak terhadap jenama produk, saya rasa perlu ke depan. Pakai duta pun tak berapa nak jalan dan menjadi, jadi saya perlu fikir inisiatif lain.

"Terpulanglah orang nak cakap saya gila glamor atau apa sekali pun. Siapa yang menjalankan perniagaan tak mahu untung dan pulangan berlipat ganda. Saya percaya suatu hari nanti orang akan faham kenapa saya buat begini. Jika saya tak berjuang untuk hak saya terutamanya sebagai penaja, pelaburan itu sia-sia saja.

"Saya tak kisah orang nak cakap saya muka tembok ke apa kerana sebelum mencapai kejayaan ini, saya sudah melalui perit jerih hidup ketika memulakan perniagaan.

"Saya pernah jatuh terduduk, iklan tak menjadi dan macam-macam lagi termasuk berhadapan dugaan lebih besar selepas dua anak saya meninggal dunia dalam kebakaran pada Ogos 2013. Tapi saya kena bangkit semula," kata wanita berusia 44 tahun itu yang berasal dari Machang, Kelantan.

Produk Qu Puteh sudah dua tahun beroperasi dan sebelum itu Vida Beauty mempunyai rangkaian produk kesihatan Pamoga. Produk Pamoga itu lebih menggunakan pendekatan mendekati orang kampung serta orang tua yang kesihatannya tidak mengizinkan.

"Sebelum nak menaja program hiburan, saya sebenarnya fikir 100 kali kerana sebelum ini saya lebih kepada pasaran orang tua dan bukannya arus perdana. Tapi sebagai ahli perniagaan saya tak boleh statik dan perlu buka mata untuk pasaran baharu.

"Maka sebab itu, saya memilih untuk ke pasaran dunia hiburan yang ternyata ramai kelompok sasaran saya. Sebab itu saya pilih Anzalna untuk menjadi duta produk QU Puteh. Insya-Allah tak lama lagi saya akan umumkan duta baru pula untuk rangkaian produk lain," katanya.

2

Bagus
1

Marah
2

Terkejut
8

Sedih
7

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (21 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote azie.dz 22-1-2015 04:00 PM
gila glamer tahap dewa dewi hagoong neh...

tu pasal qu puteh amik air time AJL almost 70% masal AJL berlansung
Quote putriTS 22-1-2015 04:04 PM
ade jugak orang yg boleh beli ubat or so called supplement untuk cerahkan kulit ni....tah produk beli borong dari mana, main makan je....
Quote Jenabmurai 22-1-2015 04:08 PM
putriTS replied at 22-1-2015 04:04 PM
ade jugak orang yg boleh beli ubat or so called supplement untuk cerahkan kulit ni....tah produk bel ...

taukey dia pun tak putih mana. ops!
Quote mommymonster82 22-1-2015 04:10 PM
Tahniah.. Teruskan usaha...
Quote prettyuglybabe 22-1-2015 04:11 PM
dah macam baby AA pulak muncung tu
pergi doktor yang sama ke apa
Quote Ferr_Remy 22-1-2015 04:14 PM
lantak die la.. toke d herbs pun sama je marketing strategy die.. org melayu ni jeles kalau org die sndri berjaya
Quote kejoraria 22-1-2015 04:15 PM
bg aku dia ni tak nampak profesional laa....tak perlu over tuk promosi produk......byk lg pengasas kat Msia ni yg berjaya tp tak seover dia ni
Quote sepitsiput 22-1-2015 04:15 PM
Pakai duta pun tak berapa nak jalan dan menjadi, jadi saya perlu fikir inisiatif lain - Dato Vida


Quote sekel 22-1-2015 04:18 PM
tp masyukkkkkkkkkkkkk
Quote de_ikea 22-1-2015 04:20 PM
Wow. 5 juta sponsors ke AJL dan GV.

Walaupon seriously menjengkelkan, iols berbangga ada org melayu yg kaya raya dengan hasil usaha sendiri mcm sheols
Quote fizamn 22-1-2015 04:25 PM
mereka yg terlibat dlm industri kecantikan mmg perangai mcm nie la.. contoh si produk humaira, D herb la nie qu puteh.. seblom tue becky m leogardo produk yg ada hydorquino (betul ke idak aku eja ni) BML nouveaux visages tu pun lebih kurang sama aje... hihihihihihi.. terima se adanya le...
Quote robertocarbos 22-1-2015 04:26 PM
dato xnak try krim peransing ke?
Quote cik_tonggek 22-1-2015 04:31 PM
akak cadangkan datuk beli krim pemutih tangan keluaran hadek telajak laris
sori datuk tangan datuk kelabu asap sangat
Quote nazhidd 22-1-2015 04:39 PM
dah kenapa posing camtu ? cam diva AA je style nya tuh .. ahahahaha
Quote makton 22-1-2015 04:40 PM
lebam semacam je aku tgk kulit pengagas produk ni...
Quote whadda 22-1-2015 05:18 PM
pinjam kat benang sebelah...


Quote whadda 22-1-2015 05:20 PM
mesti sumber inspirasi die dato d'herbs tu... biar memalukan diri janji untung besar...


tp mane ntah terbaca btol ke die ni beli pangkat dr./dato tuh...
Quote cekelatkopi 22-1-2015 05:22 PM
hahahahahahah tajukkkk tak menahan. edisi pokok krismas bergerak
Quote asamfish 22-1-2015 05:25 PM
awat jadi lagu ni kak dato'!

Lihat semua komen(141)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-12-2024 03:08 AM GMT+8 , Processed in 0.119341 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top