CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Jeritan Sayu Minta Tolong Sebelum Rentung

26-1-2015 09:40 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 20630| Komen: 174

Jeritan Sayu Minta Tolong Sebelum Rentung


KUALA KANGSAR 22 Jan. "Mamat, tolong aku, tolong aku." Demikian jeritan sayu meminta tolong berulang kali dilaungkan Joeri Ramli, 34, kepada rakannya sebelum dia menemui ajal selepas terperangkap dalam kereta yang terbakar akibat dilanggar dari belakang oleh treler 60 tan di Kilometer 254.8, Lebuh Raya Utara-Selatan arah utara, di sini hari ini.

Dalam kemalangan kira-kira pukul 9.30 pagi itu, rakan mangsa, Muhammad Nasrullah Abd. Ghaffar, 28, yang duduk di bahagian penumpang hadapan terselamat dan hanya mengalami kecederaan ringan.

Kemalangan berlaku apabila treler dengan muatan barang besi yang dipandu di lorong kanan hilang kawalan ekoran brek tidak berfungsi semasa menuruni laluan bukit.
Advertisement

Ini menyebabkan treler ber-kenaan melanggar dan mengheret tiga buah kereta di hadapannya sebelum dua buah kereta terbabas ke kiri namun kereta mangsa, Honda Civic diseret sejauh kira-kira satu kilometer dan terbakar.

Menurut Muhammad Nasrullah atau Mamat, dia dan beberapa orang awam cuba membantu mangsa yang tersepit di dalam keretanya yang terbakar namun gagal ekoran api terlalu marak.

Katanya, dia melihat rakannya meronta-ronta cuba melepaskan diri sambil menjerit me-minta tolong.

“Saya cuba membantu tetapi gagal. Semasa cuba menarik tangannya, saya cuma dapat kulitnya sahaja.

“Saya sedih dan menangis, waktu itu saya tidak dapat buat apa-apa. Saya dan orang awam yang lain hanya mampu menjerit me-minta dia supaya mengucap dua kalimah syahadah,” katanya kepada Utusan Malaysia di sini hari ini.

Menurut Mamat, dia dan Joeri dalam perjalanan dari Ipoh ke Kuala Kangsar sebelum mereka dikejutkan dengan bunyi dentuman kuat dari arah belakang akibat dirempuh sebuah treler.

Katanya, semasa rempuhan pertama, Joeri masih mengawal kenderaannya.

“Namun apabila sekali lagi dirempuh, kereta kami berpusing melintang jalan dan diseret oleh treler sebelum berhenti. Ini menyebabkan Joeri tersepit manakala saya berjaya keluar dengan bantuan orang ramai.

“Dalam masa dua minit, api dari kepala lori terus merebak dan menyambar kereta kami,” ujarnya.

Sementara itu, rakaman video berdurasi 40 saat kemalangan itu yang kini viral di laman sosial menyaksikan beberapa lelaki termasuk Mamat cuba memadamkan kebakaran dengan menyimbah air ke arah api yang sedang marak.

Apa yang menyayatkan hati ialah keadaan mangsa melambai-lambaikan tangan meminta tolong dalam kereta yang sedang terbakar turut dirakamkan.

Menerusi video itu juga kedengaran je-ritan orang yang cuba membantu: “Ya Allah, mati, Ya Allah. Allahuakbar lailahaillallah mengucap bang mengucap, abang mengucap abang, abang mengucap abang, abang mengucap abang.

“Ya Allah Tuhanku, ampunkanlah dosanya, Ya Allah ampunkanlah dosanya Ya Allah”.

7

Bagus
6

Marah
19

Terkejut
24

Sedih
8

Lawak
6

Bosan

Friends Rank (70 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote rosa_canina 23-1-2015 08:31 AM
tgk dlm berita semalam..
Ya Allah..tak terkata

Al-fatihah untuk arwah
Quote teky 23-1-2015 08:31 AM
alfatihah...

baru tgok videonye...
Quote nahiar29 23-1-2015 08:36 AM
sungguh menghayat hati. br tgk videonya pg ni
al fatihah
Quote asyriqa 23-1-2015 08:37 AM
tengok video nih smalam... menitik air mata rasa sedih sangat...  bayangkan kalo jadi kat famili sendiri... alfatihah n takziah untuk keluarga arwah...
Quote revolusi_30 23-1-2015 08:38 AM
Peristiwa ini akan menghantui mamat.. Kalaulah mamat selamatkan joe tu
Quote revolusi_30 23-1-2015 08:39 AM
teky replied at 23-1-2015 08:31 AM
alfatihah...

baru tgok videonye...

Tgk sis video nya
Quote apan 23-1-2015 08:40 AM
Sedih nengok kat tv semalam, innalillah....
Quote idadzira 23-1-2015 08:41 AM
alfatihah. x sangup nak tengok
Quote mixed 23-1-2015 08:51 AM
smlm tgk kt TV mmg sedih
dengar & tgk saat kematian

al fatihah
Quote Equalizer 23-1-2015 08:52 AM
Treler  bawak muatan besi duduk lorong kanan....
dan hilang kawalan brek...

terlampau laju masa turun bukit?
terlebih muatan menyebabkan brek cepat rosak?
atau maintenance diabaikan???
Quote Acong 23-1-2015 08:54 AM
benda ni bukan mahal...... wajibkan setiap kereta simpan satu.......
beli yg 0.5kg punya....




Quote Sweetnye 23-1-2015 08:55 AM
Tak reti nk tepek video cmna..
https://scontent-a.xx.fbcdn.net/ ... cd4&oe=54C3910D
Quote xtahumenahu 23-1-2015 08:56 AM
Alfatihah...x sanggup rasa nak tengok...
Quote azmiarifin 23-1-2015 09:00 AM
area ni memang bahaya - ai balik kuale masa weekend .. lepas menora..kalau ada treler/lori - bior le bagi dia jalan dulu.. sb situ kita turun bukit.
Quote momomikomiki 23-1-2015 09:02 AM
sedih tengok video tu...
ya allah ya tuhanku...ampunkan segala dosa arwah ni..
al-fatihah...

Quote annehuda 23-1-2015 09:03 AM
aku tertgk bideo tu semlm. aku tgk pun rs mcm dihantui dah. ape lg si mamat ni

alfatihah kpd mangsa.

Quote manehnya 23-1-2015 09:04 AM
huhu sedihnya...

aku pun takut jugak bila time turun bukit dgn lori kt blakang.. seriau sangat.. al fatihah
Quote Vellfire 23-1-2015 09:05 AM
x sanggup nak tengok... Al-fatihah untuk arwah
Quote rospinki 23-1-2015 09:05 AM
haa..sedihnya baca berita kematian kemalangan pembunuhan hari2..

Lihat semua komen(174)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-11-2024 07:57 PM GMT+8 , Processed in 0.081327 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top