CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Penutupan Jalan Sempena Acara Larian Dan Perarakan Thaipusam

27-1-2015 10:34 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 4310| Komen: 13

Penutupan jalan sempena acara larian dan perarakan  ThaipusamBernama 

Penutupan beberapa jalan di sekitar bandar raya  akan diadakan secara berperingkat mulai Ahad ini sempena acara larian dan  perayaan Thaipusam. - Gambar Fail


KUALA LUMPUR: Beberapa jalan di sekitar  bandar raya akan ditutup secara berperingkat mulai Ahad ini bagi memberi laluan  acara larian 'Nike We Run KL 2015' dan perarakan berhala sempena perayaan  Thaipusam.

Ketua Trafik Kuala Lumpur (KL) ACP Mohd Nadzri Hussain dalam  kenyataan media hari ini berkata, penutupan jalan bagi acara larian itu bermula  5 pagi dan dijangka tamat pada 10 pagi.

Penutupan jalan bagi acara itu  melibatkan Jalan Petaling, Jalan Maharajalela, Jalan Kinabalu, Jalan  Hishamuddin, Jalan Raja, Jalan Tuanku Abdul Rahman, Jalan Dang Wangi, Jalan  Ampang, Jalan Sultan Ismail, Jalan P. Ramlee, Jalan Raja Chulan, Jalan Perak,  Jalan Kuching, Jalan Loke Yew, Bulatan Cheras
(pusingan U), Susur Bulatan  Dewan Bahasa dan Stadium Merdeka.

Sementara itu, bagi acara perarakan  sempena perayaan Thaipusam yang jatuh pada 3 Feb, penutupan jalan secara  berperingkat bermula pada 1 Feb hingga 4 Feb.

Menurut Mohd Nadzri,  penutupan awal pada 1 Feb ini bermula 6 petang melibatkan jalan di sekitar Kuil  Sri Maha Mariamman di Jalan Tun H.S. Lee.

"Penutupan jalan akan  dilakukan secara berperingkat-peringkat mengikut pergerakan kumpulan perarakan  dan hanya akan dibuka semula setelah mereka (kumpulan perarakan) melalui jalan  tersebut," katanya.

Mohd Nadzri berkata perarakan pergi pada 1 Feb  bermula pada 10 malam dari Kuil Sri Maha Mariamman, di Jalan Tun H.S. Lee dan  akan melalui Jalan Sultan, Jalan Pudu, Jalan Tun Perak, Jalan Lebuh Ampang,  Jalan Ampang, Jalan Munshi Abdullah, Jalan Dang Wangi, Sogo, Jalan Raja Laut,  Jalan Sri Amar, Jalan Tun Razak (pusingan-U depan Bomba), Jalan Ipoh (Jalan  Salleh), Jalan Kovil Hilir, Lorong Konvil Hulu, Jalan Perhentian, Jalan Ipoh,  Jalan Ipoh Batu 5 dan Batu Caves.

Katanya, penutupan jalan untuk  perarakan balik pada 4 Feb pula bermula 4 petang dari Kuil Sri Subramaniar di  Batu Caves, seterusnya melalui Jalan Ipoh, Batu 5, Jalan Ipoh, Jalan Perhentian,  Lorong Konvil Hulu, Jalan Kovil Hilir, Jalan Tun Razak, Jalan Ipoh, Jalan Raja  Laut, Jalan Dang Wangi, Jalan Munshi Abdullah, Jalan Ampang, Jalan Lebuh Ampang,  Jalan Tun Perak, Jalan Sultan, Jalan Hang Kasturi, Jalan Hang Lekir dan Kuil Sri  Maha Mariamman Jalan Tun H.S Lee.

"Orang ramai disaran menggunakan  pengangkutan awam bagi mengurangkan kesesakan jalan raya pada hari berkenaan,"  katanya.


Bagus

Marah

Terkejut
1

Sedih

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote prettyuglybabe 27-1-2015 10:37 AM
jenuh la nak gi kerja isnin nanti
Quote gujiwa 27-1-2015 10:48 AM
seminggu sblm dah busy dah, 2 minggu selepas pun masih penuh lagi... harap bertabah la.. dah biasa da.. huhuhuhu... cume kena alert la..
Quote Orange_7491 27-1-2015 11:15 AM
kalo sampai menyusahkan orang baik di banned saja perarakan2 mcm ni sama mcm cadangan dorang nak ban perarakan maulud nabi
Quote cammie1711 27-1-2015 12:33 PM
Jumaat ni siap2 balik homestay... tak koser aku nak mengadap jem, bunyik-bunyian. Cukup la sekali aku terkandas kat batu caves ni tahun lepas. Bayangkan pukul 3,4 pagi pun masih lagi dok menawaf, bergendang betul2 kat sebelah tingkap bilik aku. Itupun ade hati nak pertikaikan agama orang... puiii
Quote akunyet 27-1-2015 12:50 PM
Malaysia negara berbilang kaum. seronoknya dok kat Malaysia
Quote ladydutch 27-1-2015 12:51 PM
Orange_7491 replied at 27-1-2015 11:15 AM
kalo sampai menyusahkan orang baik di banned saja perarakan2 mcm ni sama mcm cadangan dorang nak ban ...

malaysia negara berbilang kaum
kita mesti hidup saling hormat menghormati
Quote Orange_7491 27-1-2015 02:36 PM
ladydutch replied at 27-1-2015 12:51 PM
malaysia negara berbilang kaum
kita mesti hidup saling hormat menghormati

rasanya muslim malaysia mmg hormat anutan kaum lain
tp DAP n PKR slalu usulkan cadangan yang bukan2 berunsur
provokasi kepada muslim contoh amalan korban raya haji,
khutbah jumaat dan azan yang dikatakan mengganggu tidur mereka. Dan skrang
pertikaikan perarakan masa maulud nabi pula. Kalau kami boleh terima
adat agama lain, kenapa mereka pertikaikan amalan agama kami?


Quote Modngengade 27-1-2015 02:38 PM
prettyuglybabe replied at 27-1-2015 10:37 AM
jenuh la nak gi kerja isnin nanti

Hari isnin wilayah cuti yunk
Quote Orange_7491 27-1-2015 02:39 PM
cammie1711 replied at 27-1-2015 12:33 PM
Jumaat ni siap2 balik homestay... tak koser aku nak mengadap jem, bunyik-bunyian. Cukup la sekali ak ...

betul. Diorang nak kita paham adat mereka. Mmg kita paham pun.
Bersepah ker jem ker kita hadap jer. Takde komplen pun. Tp
agama kita asik la dorang nak pertikaikan

Quote Modngengade 27-1-2015 02:39 PM
Orange_7491 replied at 27-1-2015 02:36 PM
rasanya muslim malaysia mmg hormat anutan kaum lain
tp DAP n PKR slalu usulkan cadangan yang buka ...

Setuju sgt dgn apa yg kau tulis...
Tetapi apa nk hairan dasar pembangkang yg suka menyusahkan rakyat...
Quote prettyuglybabe 27-1-2015 02:39 PM
Modngengade replied at 27-1-2015 02:38 PM
Hari isnin wilayah cuti yunk

iols tak keje wilayah kak.. keje selangor
Quote Modngengade 27-1-2015 02:41 PM
prettyuglybabe replied at 27-1-2015 02:39 PM
iols tak keje wilayah kak.. keje selangor

Aiyo...bertabahlah dekkk...akak long weekend ahead
Quote KudaTutuhMuntz 27-1-2015 02:54 PM
Celaka punya kaum penghempas kelapa...

Lihat semua komen(13)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-11-2024 01:49 PM GMT+8 , Processed in 0.271617 second(s), 29 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top