Wanita tertua Scotland berkongsi rahsia untul kekal umur panjang dengan dua cara, iaitu makan bubur setiap hari dan elakkan hubungan dengan lelaki. Jessie Gallan, yang tidak pernah berkahwin menganggap bahawa lelaki memberi banyak masalah daripada kebaikan. Dia yang dilahirkan disebuah rumah kecil bersama dengan 5 saudara, membesar dengan tidur sekali bersama adik-beradik yang lain. Selain itu, dia juga memanstikan dirinya mendapat senaman yang cukup dan juga semangkuk bubur panas setiap pagi. Walaupun bukan merupakan wanita tertua didunia, pandangannya juga disokong oleh wanita tertua didunia iaitu Masao Okawa dari Jepun yang turut berpandangan unutk menghindari lelaki. Tahun lepas, hasil kaji selidik ke atas warga tua di Amerika Syarikat mendapat, rahsia untuk panjang umur adalah dengan melibatkan diri dengan keluarga, rakan dan juga kesihatan.
|
ADVERTISEMENT