CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Duke: Jackie Teruja Pakai Songkok

4-2-2015 05:34 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 9118| Komen: 25

Jackie teruja pakai songkok


Kuala Lumpur: “Jackie ada maklumkan kepada saya, dia teruja memakai songkok dan bersungguh-sungguh mahu tahu mengapa perlu memakainya.

“Saya terangkan kepadanya, ia antara prosedur ketika menerima pingat kebesaran di negara ini,” kata penceramah bebas , Datuk Mohammad Kazim Elias yang berkongsi pengalamannya beramah mesra dengan pelakon antarabangsa, Datuk Jackie Chan pada Ahad lalu.

Ketika itu, Mohammad Kazim atau mesra dengan panggilan Ustaz Kazim dan Jackie dianugerahkan Panglima Mahkota Wilayah (PMW), membawa gelaran Datuk dalam istiadat pengurniaan darjah kebesaran yang disempurnakan oleh Yang di-Pertuan Agong Tuanku Abdul Halim Mu’adzam Shah di Istana Negara sempena Hari Wilayah Persekutuan.

Menurut Mohammad Kazim, Jackie tiba pada 8.45 dan duduk di sebelahnya.

“Kami sempat berbual dan beramah mesra kira-kira 20 minit. Dia kagum melihat suasana di dalam istana dan saya turut jelaskan beberapa perkara termasuk barangan yang terdapat di sini (istana) untuk pengetahuannya.

“Saya akan ingat sampai bila-bila apabila dia menegur tali kasut saya terbuka ketika tiba giliran kami untuk menerima pingat. Dia seorang yang baik hati, mudah mesra dan tidak sombong,” katanya ketika dihubungi Harian Metro, hari ini.

Katanya, Jackie memaklumkan, dia bangga dan tidak menyangka dapat menjejakkan kaki di Istana Negara selain dianugerahkan pingat membawa gelaran Datuk.

“Jackie sempat memberitahu, dia bakal berlakon filem baru bersama pelakon Bollywood pada April ini,” katanya.

Menurutnya, ketika berbual-bual dengan rakan dari China sebelum ini, dia dimaklumkan bahawa Jackie adalah seorang dermawan.

Katanya, antara yang diberitahu, Jackie individu terawal membantu mangsa bencana tsunami di Acheh pada 2004 dengan memberi sumbangan tertentu.

“Ramai yang mempertikai dia mendapat gelaran Datuk. Itu hak kerajaan negara ini kerana mungkin Jackie seorang yang dermawan tanpa rakyat Malaysia tahu,” katanya.

Difahamkan, Jackie turut mempunyai yayasan atas namanya yang memberi sumbangan kepada pesakit buah pinggang di Malaysia.

Menurut laporan Gibbo, sebuah portal di China, Jackie dikatakan membuat wasiat mahu menyumbangkan hartanya kepada rakyat miskin di negara terbabit selepas meninggal dunia.

Berdasarkan laporan Forbes pula, Jackie tersenarai antara 10 pelakon yang sering melakukan kerja amal, malah sumbangannya mencecah jutaan ringgit kepada badan bukan kerajaan (NGO) yang membantu golongan miskin.

2

Bagus

Marah
5

Terkejut
11

Sedih
1

Lawak
5

Bosan

Friends Rank (24 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote batmana 4-2-2015 02:09 PM
pstu mainkn klip video 5 thun lepas..

Quote ultra78 4-2-2015 02:11 PM
Sejak bila Kazim Elias ini dipanggil DUKE? Ingatkan highway
Quote obelisk 4-2-2015 02:15 PM
ultra78 replied at 4-2-2015 02:11 PM
Sejak bila Kazim Elias ini dipanggil DUKE? Ingatkan highway

dari thread sebelah, singkatan kepada Datuk Ustaz Kazim Elisa

Quote yusryimran 4-2-2015 02:17 PM
banyak juga sumbangan Jackie nih..
Quote Modngengade 4-2-2015 02:17 PM
amboi...DUKE pulak....duke of york ker
Quote atira 4-2-2015 02:18 PM
Edited by atira at 4-2-2015 02:20 PM



“Cuba tuan-tuan tengok orang Cina rumah depa macam mana, depa lepak di kedai buat apa. Minum arak slamber rock saja masuk disko. Askar Melayu dok jaga dalam hutan, tengah laut. Sekarang sapa tuan sapa hamba.

“Tiba-tiba depa nak kata, kami tak mau ketuanan Melayu. Sapa tuan sekarang ni? Kita orang Melayu yang dok sokong depa, kita lupa bangsa kita yang dok jaga tengah laut, bangsa kita yang dok jaga dalam hutan. Puak-puak Cina bukannya ada. Hindu ada? berapa kerat Hindu yang jadi askar.

“Rompak banyak. Sewenang-wenang pi Giant, kelab malam, pakai seksi, duduk dalam Tesco. Cuba tuan-tuan tengok. Mewah tak mewah Cina?
Yang Melayu jadi apa? Cuba tengok polis, berapa kerat peratus Cina jadi polis?

“Yang jaga tengah-tengah malam, naik kereta bawa kereta, risiko ditembak perompak, risiko dibunuh, tak tido malam, sapa dia? Bukan orang Melayu?

“Apa tokey buat? Apa anak Cina buat? Ada depa ronda naik moto pakai baju gelap-gelap? Sapa jadi hamba sekarang? Tuan-tuan tengok bomba.. berapa peratus orang Cina jadi bomba? Sapa yang dok tunggu balai bomba, bila la nak terbakaq? Kalau tak bangsa kita?

“Tuan-tuan pergi ke lebuh raya, yang dok cuci jamban tu sapa? Bukan bangsa kita? Di KLCC yang dok cuci lap sampah tu sapa? Tak bangsa kita jugak?

“Hari ni bangsa depa dok pertikai ketuanan Melayu, ketuanan Melayu, pala hotak depa. Kita yang bagi ruang untuk mereka bercakap, orang Melayu dah berbesar hati dengan mereka. Kongsi tanah dengan depa, bagi pingat, kuasa kat depa, tak puas hati lagi? Kenapa jadi macam tu?

“Jawapannya mudah. Sebab ada orang Melayu yang sokong depa. Kalau depa perintah kita tuan-tuan, tak kan dapat apa yang kita bagi. Nak azan pun tak boleh di Singapura, melainkan Masjid Sultan sahaja yang boleh azan di luar….”
Quote obelisk 4-2-2015 02:20 PM
atira replied at 4-2-2015 02:18 PM
“Cuba tuan-tuan tengok orang Cina rumah depa macam mana, depa lepak di kedai buat apa.  ...

sudah2 lah tu... barang yang lepas jangan dikenang

Quote obelisk 4-2-2015 02:20 PM
eh tersilap eja pulak nama... ampun DUKE
Quote atira 4-2-2015 02:21 PM
obelisk replied at 4-2-2015 02:20 PM
sudah2 lah tu... barang yang lepas jangan dikenang

kenapa?
takut kurang kesyumulan ke?
Quote obelisk 4-2-2015 02:21 PM
Modngengade replied at 4-2-2015 02:17 PM
amboi...DUKE pulak....duke of york ker

Duke Jiang, bapak Ji Fatt dan Ji Kao

Quote MH37O 4-2-2015 02:23 PM
sape mamat sebelah kanan tu? haprak je aku nengok dpt dato jugak ke? mcm xsesuai
Quote atira 4-2-2015 02:24 PM

Sewenang-wenang pi Giant, kelab malam, pakai seksi, duduk dalam Tesco. Cuba tuan-tuan tengok. Mewah tak mewah Cina?
Quote Decaffeinated 4-2-2015 02:35 PM
Panggil dia Chan lah.... apa Jackie plak...

Quote fifie_olin 4-2-2015 02:35 PM
JC baik...dermawan...trus dpt title..x yah pertikai la...dah rezeki dia
tp part anak je yg  dh ke laut dlm..

comel plk JC pkai songkok...nmpk muda...
aku igtkn dh x nk belakon dh
Quote kikuri 4-2-2015 03:23 PM
untuk DUKE dapat jumpe jackie chan
Quote axl_bach 4-2-2015 04:00 PM
lepas nih dah bleh wat modal dalam ceramah dia laaa, wat habuan nenek2 dan aki2 gelak sesambil nyanyi lagu2 popular semasa
Quote d'zeck 4-2-2015 04:03 PM
jika semua cina di malaysia
macam jackie,

hormat adab dan tradisi
utama negara ini

pasti malaysia lebih harmoni
Quote melia_star 4-2-2015 04:15 PM
atira replied at 4-2-2015 02:18 PM
“Cuba tuan-tuan tengok orang Cina rumah depa macam mana, depa lepak di kedai buat apa.  ...



sorry....lembaps sket ptg2 ni...ni ucapan sapa?? bodoh yg amat bunyiknya....
Quote atira 4-2-2015 04:19 PM
melia_star replied at 4-2-2015 04:15 PM
sorry....lembaps sket ptg2 ni...ni ucapan sapa?? bodoh yg amat bunyiknya....

tu la ucapan setad syumul tu
yg lawak nye... dia kasi ucapan.. dia pula yg sentap bila ucapan dia tu org pi sebarkan


Lihat semua komen(25)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 01:29 AM GMT+8 , Processed in 0.049507 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top