LadyLista - CINTA monyet umumnya terjadi pada remaja. Cinta monyet pada remaja boleh jadi suatu yang sihat jika tidak melibatkan hubungan serius. Banyak orang yang bertanya-tanya sampai bila cinta monyet dialami oleh remaja. Pada usia sekolah menengah pun remaja masih boleh merasakan cinta monyet tersebut. Namun, cinta monyet dianggap sihat sepanjang zaman kanak-kanak yang hanya sekadar bermain dan tidak dianggap terlalu serius. “Sepanjang cinta dan sayangnya tanpa terselit fantasi seksual di dalamnya, cinta monyet pada remaja tergolong sesuatu yang sihat dan tidak membahayakan. Sebagai contoh, kalau remaja suka dengan seseorang lalu membayangkan berciuman dengan seseorang, itu betul-betul proses belajar sama seperti orang dewasa. Cinta monyet adalah sekadar suka-suka,” jelas psikologi Roslina Verauli, M.Psi. Lantas timbul pertanyaan, bagaimana boleh remaja masih mengalami cinta monyet? Roslina menambah bahawa hal tersebut tidak pelik terjadi kerana anak remaja membesar dengan kelompok kawan-kawan.
“Kadang-kadang remaja masih cinta monyet kerana sering lepak bersama. Tambahan, jika remaja merasakan bahawa cinta monyet itu sesuatu yang baik dan mencerminkan keperibadiannya, jadi tidak wajar di tegah jika ia tidak mengganggu," akhir Roslina. |
ADVERTISEMENT