CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Fenomena Hujan Luar Biasa Mungkin Berulang - Pakar

9-2-2015 05:56 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 7258| Komen: 24

Fenomena Hujan Luar Biasa Mungkin Berulang - Pakar




KUALA LUMPUR: Banjir buruk yang melanda negara tahun lepas dijangka berulang dengan lebih kerap serta lebih buruk ekoran faktor pemanasan global dan kehadiran fenomena Madden-Julian Oscillation (MJO), kata pakar Klimatologi dan Oseanografi Prof Dr Fredolin T Tangang.


Menurut beliau, ini kerana faktor perubahan iklim akibat pemanasan global merangsang fenomena itu semakin buruk.

Baru-baru ini, media melaporkan mengenai fenomena MJO atau lebih dikenali sebagai Ayunan Madden-Julian yang juga antara faktor hujan lebat luar biasa membasahi Malaysia.


MJO ialah elemen dalam keragaman iklim tropika yang berlaku sekali antara 20 hingga 60 hari, berbanding fenomena El Nino antara tiga hingga tujuh tahun sekali.

Ia adalah fenomena keragaman iklim berskala besar yang terjana akibat perubahan suhu di Lautan Hindi yang boleh mempengaruhi kelembapan atmosfera.

Namun, apabila MJO bertemu musim monsun timur laut (musim tengkujuh) dan angin luluran sejuk, ia akan menyebabkan kadar curahan hujan yang luar biasa.

Fredolin yang juga pensyarah Fakulti Sains dan Teknologi, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) mendedahkan sudah ada kajian yang menunjukkan bahawa peningkatan suhu dunia menyebabkan fenomena seperti El Nino, La Nina dan MJO akan meningkat kekuatan dan keragamannya.

"Ini bermakna pada masa akan datang kekerapan hujan ekstrem dan kemarau akibat fenomena ini di Malaysia akan meningkat," katanya ketika ditemui, baru-baru ini.

Menurut beliau, laporan Sintesis kelima Panel Antara Kerajaan Mengenai Perubahan Iklim (IPCC) pada November 2014, menyatakan bahawa kekerapan fenomena ekstrem dan kejadian iklim dikaitkan dengan perubahan iklim.

"Setiap satu darjah peningkatan suhu dunia, ia akan meningkatkan tujuh peratus kelembapan di atmosfera dan ini akan meningkatkan kekerapan episod ekstrem cuaca dan berkemungkinan lebih buruk daripada yang pernah kita alami tahun lepas," katanya.

Fredolin menegaskan laporan IPCC turut menyatakan suhu purata dunia kini telah meningkat sebanyak 0.87 darjah Celsius sejak 100 tahun.

Beliau turut mengaitkan kajiannya terhadap kejadian banjir besar di Johor pada akhir 2006 yang berpunca daripada hujan luar biasa selain disebabkan oleh MJO.

Katanya, jika dilihat data cerapan taburan hujan yang berlaku di Johor hanya 29mm setiap sejam, namun apa yang berlaku di Kelantan pada 21 sehingga 24 Disember 2014 menunjukkan peningkatan taburan hujan kepada 35mm sejam disebabkan fenomena yang sama.

15

Bagus
20

Marah
19

Terkejut
18

Sedih
26

Lawak
12

Bosan

Friends Rank (110 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote sekel 8-2-2015 01:40 PM
badan pun jadik seram sejuk jer skg

dek cuaca yg x menentu
Quote sabbath_shalom 8-2-2015 01:43 PM
Bagus la..elohim mendatangkan sesuatu dgn sebab.
Quote noor2 8-2-2015 01:58 PM
Pengalaman baru ni jadi kan teladan dan panduan untuk persediaan banjir akan datang...harap ummah kelantan terutamanya lebih bersiap sedia supaya kerosakan dan kehilangan harta benda dan nyawa tidak berlalu lagi akibat banjir...

Mungkin bina benteng atau tembok ke bagi memghalang air banjir terutama dari sungai....atau tiada lagi penebangan hutan....
Quote sabbath_shalom 8-2-2015 02:05 PM
noor2 replied at 8-2-2015 01:58 PM
Pengalaman baru ni jadi kan teladan dan panduan untuk persediaan banjir akan datang...harap ummah ke ...


Cakap pd Meleis mental dunia ketiga boleh jalan ke sis?

Mereka hanya berdoa pada Elohim saja sis.

Kekuatan umat Islam adalah doa katanye
Quote Artemesiaa 8-2-2015 02:07 PM
Elok le persediaan awal dibuat bagi meminimakan kerosakan akibat banjir atau bencana kemarau dimasa akan datang
Quote porkka 8-2-2015 02:33 PM
sabbath_shalom replied at 8-2-2015 02:05 PM
Cakap pd Meleis mental dunia ketiga boleh jalan ke sis?

Mereka hanya berdoa pada Elohim saja  ...

apekebende ko merepek ni samdol elohim kehulu kehilir nak tiru ashna..
Quote Felycya 8-2-2015 02:57 PM
porkka replied at 8-2-2015 02:33 PM
apekebende ko merepek ni samdol elohim kehulu kehilir nak tiru ashna..

Ntah lh, elohim.. elohim..

Kata "ELOHIM" di gunakn oleh bangsa israil untuk menyatakn keagungan n bla bla bla pada tuhan dorg.
Quote mattzzx 8-2-2015 03:00 PM
Dah kena berjaga2 kepada yang biasa di landa banjir..
Quote noor2 8-2-2015 03:02 PM
sabbath_shalom replied at 8-2-2015 02:05 PM
Cakap pd Meleis mental dunia ketiga boleh jalan ke sis?

Mereka hanya berdoa pada Elohim saja  ...

Dulu masa i kecik2 kampung i banjir juga tiap kali hujan sampai masuk berita tv3....tp lepas tu kerajaan ubah kedudukan sungai dari berliku2 dijadikan lurus....dan sungai dikorek lagi dalam...setelah itu tiada banjir sampai sekarang...tp sungai kg i kecik berbanding sungai kelantan.

Mungkin ada cara lain untuk ummah kelantan...
Quote NeoMatrix 8-2-2015 03:13 PM
Akhir tahun ni kena buat derma banjir lagi kah ?
Quote spiderman80 8-2-2015 03:23 PM
Semoga pihak berkuasa mengambil langkah mengawal banjir sebelum ia berlaku.
Quote Modngengade 8-2-2015 03:23 PM
sabbath_shalom replied at 8-2-2015 01:43 PM
Bagus la..elohim mendatangkan sesuatu dgn sebab.

Cash buat ummah melampaui batas mcm kau
Quote alesandra 8-2-2015 03:34 PM
plan la ...authorities mana 2 kawasan risiko tinggi banjir tu kena ada plan.kita merancang tuhan jua yg menentukan
Quote zjen 8-2-2015 03:36 PM
xpe la,   end of this year,  masih ada banyak bulan,  now goyang kaki dulu,   tgk macai relek jer
Quote razhar 8-2-2015 04:50 PM
bagus la hujan..debu tgh kuat ni!!!! penat le tutup habis tingkap..
Quote mbhcsf 8-2-2015 04:59 PM
kena ada usaha bersepadu dan mencakupi pelbagai disiplin serta jaringan komunikasi yang berkesan untuk  hadapi cabaran ni.


i guess kita dapat belajar banyak daripada peristiwa banjir lepas.
Quote famri7 8-2-2015 05:04 PM
bukan kah ummah kata tiada kaitan dgn cuaca..siap ada yang hukum murtad kalo salahkan cuaca dan deforestation ..sebab xpurcaya kekuasaan elohim....rupa2nya ummah bimbo xhadam2 yang bencana adalah bentuk cash drpd elohim.

Quote MissNigga 8-2-2015 11:11 PM
porkka replied at 8-2-2015 02:33 PM
apekebende ko merepek ni samdol elohim kehulu kehilir nak tiru ashna..

kekeekeeeee....
Quote NAT_11 8-2-2015 11:20 PM
Aku kalau orang berelohim-elohim ke hulu, ke hilir, memang
kosa nak layan. Terasa macam layan orang sewel. Just ignor.....

Lihat semua komen(24)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 01:05 AM GMT+8 , Processed in 0.158062 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top