'Kalau Anwar Tak Salah, Terima Sajalah' - Tun M Bekas perdana menteri Tun Dr Mahathir Mohamad meminta supaya orang ramai supaya menerima apa jua keputusan berhubung kes Liwat II Datuk Seri Anwar Ibrahim. Jelas Mahathir, dalam sebuah negara yang mempunyai undang-undang, sebarang keputusan yang dibuat mahkamah perlu diterima sama ada ketua pembangkang itu dibebaskan atau sebaliknya. "Rakyat mesti terima (sebarang keputusan). Negara ini ditadbir dengan undang-undang. “Kalau mahkamah berpendapat dia (Anwar) tak salah, kita terima sahajalah. "Jangan ada orang kata nanti, kalau orang besar buat salah, tak apa (dibebaskan)," katanya. Beliau berkata demikian ketika ditanya pemberita berhubung nasihatnya kepada orang ramai yang akan ke Istana Kehakiman esok. Undang-undang tak kira pangkat Selain itu, Mahathir berkata lagi, undang-undang di negara ini akan menghukum sesiapa yang bersalah tanpa mengira pangkat atau jawatan. "Kalau orang biasa dihukum, tidak bermakna jika anda pemimpin besar anda tak sepatutnya dihukum. “Sama ada dia perdana menteri, timbalan perdana menteri atau ahli perniagaan, jika buat salah mesti dihukum," katanua lagi. Keputusan ke atas kes Liwat II terhadap Ketua Pembangkang, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan diumumkan esok. Anwar sebelum ini berusaha untuk mengenepikan keputusan yang dibuat oleh Mahkamah Rayuan di atas kesalahan meliwat Mohd Saiful Bukhari Azlan dan dijatuhkan hukuman lima tahun penjara. Bagaimanapun, pasukan pembelaan membuat rayuan supaya tempoh hukuman ditambah dengan mengatakan bahawa lima tahun adalah tidak memadai. Anwar sebelum ini dituduh meliwat bekas pembantunya itu di Kondominium Desa Damansara antara 3.15 hingga 4.30 petang pada 26 Jun 2008.
|
2
Bagus |
13
Marah |
2
Terkejut |
9
Sedih |
8
Lawak |
4
Bosan |
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
Anonymity
ADVERTISEMENT