CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Hot Topic Lihat artikel

Saiful Luah Perasaan, Anggap Diri Insan Kerdil

10-2-2015 06:06 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 15394| Komen: 108

Saiful luah perasaan, anggap diri insan kerdil


SHAH ALAM - Menjelang hari penentuan keputusan kes liwat II membabitkan Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Saiful Bukhari Azlan, saksi yang juga pengadu kes berkenaan menyifatkan kepentingan dan maruah dirinya seolah-olah tidak dipedulikan.

Saiful menerusi catatan di blognya semalam mendakwa, wujud golongan yang hanya memikirkan implikasi politik hasil daripada keputusan mahkamah esok berbanding "kebenaran, fakta, nasib dan keadilan buat saya sebagai mangsa", tulisnya.

"Terus terang saya ingin luahkan, mutakhir ini, saya amat berdukacita dan terkilan. Suara, layanan, keadilan dan keprihatinan terhadap saya sebagai mangsa jarang sekali diambil kira, malah dianggap tidak relevan dan tidak penting. Walhal saya ini mangsa dan Anwar Ibrahim orang yang dituduh.

"Sungguh mengecewakan saya lagi apabila ramai di kalangan parti kerajaan dan pembangkang, penganalis bebas serta orang ramai yang berbicara dan lebih 'prihatin' tentang kesan kes ini terhadap senario politik berbanding kebenaran, fakta, nasib dan keadilan buat saya sebagai mangsa," ujarnya lagi.

Dalam pada itu, Saiful berharap keputusan mahkamah yang akan diketahui esok nanti bebas daripada sebarang tekanan mana-mana pihak.

"Saya juga berasa pelik dan jelek apabila  membaca saranan Anwar dan pelbagai pihak terutama penyokong 'clean and independent judiciary'  yang mahukan kerajaan-Perdana Menteri mencampuri urusan badan kehakiman agar membebaskan Anwar Ibrahim.

"Pada hemat saya, itu secara jelas dan terang-terangan tindakan yang menyalahi Undang-Undang. Bukankah itu satu 'Hypocrisy of the Highest Order'?  Perjuangkan 'clean and independent judiciary" tapi dalam kes saya ini, mereka desak ada campur tangan.

"Saya mohon dan berharap agar segala pengaruh mahupun tekanan dari pihak tertuduh, pihak luar, juga anasir politik yang cuba mempengaruhi agar beliau dibebaskan adalah suatu yang mustahil dilakukan," luahnya lagi.

Melalui catatan sama, Saiful akui akan tetap dengan pendiriannya meskipun keputusan mahkamah itu nanti tidak memihak kepadanya.

"Jika keputusan sebaliknya, sudah menjadi kebiasaan bagi diri saya dalam menghadapi sesuatu perkara, untuk siapkan diri berhadapan dengan 'worst case scenario'.

"Yang pasti, jika ditakdirkan keputusan nanti tidak berpihak kepada saya, saya akan tetap istiqamah dengan kebenaran ini walau betapa perit sekali pun untuk ditanggung, kerana saya yakin bahawa ALLAH SWT tidak akan menzalimi hambaNya yang tegakkan kebenaran. Pasti ada hikmahnya. Jika tidak di dunia, di Masyar pasti.

"Apa pun saya sedar dan insaf, siapalah saya.. Saya hanya insan "kerdil" yang tak ada apa-apa kepentingan.. Anwar pula seorang VVIP, tokoh politik yang banyak "kepentingannya". Lumrah dunia..," tulis Saiful lagi.

Esok, Mahkahmah Persekutuan akan mengumumkan keputusan berhubung rayuan terakhir Anwar terhadap sabitan dan hukuman penjara bagi kesalahan meliwat Saiful, tujuh tahun lalu.

11

Bagus
1

Marah
7

Terkejut
2

Sedih
6

Lawak
2

Bosan

Friends Rank (29 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Modngengade 9-2-2015 12:39 PM
bertabahlah epul....moga2 ketum mendapat balasan...kalau bukan di dunia, di akhirat nanti
Quote d'zeck 9-2-2015 12:46 PM
kurang 24 jam
untuk keadilan dalam ertikata
yang sebenar benarnya,

bukan parti keadilan nasioanal
Quote ciwi1166 9-2-2015 12:47 PM
pegi mamp....
geli aku die ni.
Quote d'zeck 9-2-2015 12:51 PM
ciwi1166 replied at 9-2-2015 12:47 PM
pegi mamp....
geli aku die ni.

kan

memang ramai yang geli
dengan parti keadilan nasioANAL,

terutama pada ketua umumnya
iaitu KETUM

Quote batmana 9-2-2015 01:00 PM
cuma org yang punyai sel2 otak tk bercantum dgn sempurna aja percaya laki tegap/gagah cm sepol bole surrender dgn batang zakar org tnpa ada kesan kene belasah, dadah, diikat bagai .......

Quote jengkoil 9-2-2015 01:01 PM
Maaf yaa.... nak tanya...

nape tanda kat dahi tu kat bahagian lekuk..bukan bahagian yang timbul?

Sekedar bertanya..
Quote rayna_raynes 9-2-2015 01:04 PM
jengkoil replied at 9-2-2015 01:01 PM
Maaf yaa.... nak tanya...

nape tanda kat dahi tu kat bahagian lekuk..bukan bahagian yang timbul?
...

tekan dgn pensel dua batang

Quote jengkoil 9-2-2015 01:08 PM
rayna_raynes replied at 9-2-2015 01:04 PM
tekan dgn pensel dua batang

Isyyyy...kayak nye gitu...manaaaa mungkiinn..

Sujud lama ni...

harap bukan kesan dipatuk...
Quote rayna_raynes 9-2-2015 01:16 PM
jengkoil replied at 9-2-2015 01:08 PM
Isyyyy...kayak nye gitu...manaaaa mungkiinn..

Sujud lama ni...

dipatuk ular sawa mungkin

Quote Loxlaxman 9-2-2015 01:20 PM
batmana replied at 9-2-2015 01:00 PM
cuma org yang punyai sel2 otak tk bercantum dgn sempurna aja percaya laki tegap/gagah cm sepol bole  ...

Si musibat kamjat mappla poookey ni bebal sebab fulus belum settle lagi .. lobang jubo dah kena sesah dengan dildo, ketum dah kena dakwa..esok dah nak masuk jel ..tapi fulus yg macai janji lum masuk akaun lagi .. hahahahaha .. boleh baca otak tiga kupang macai-macai bodo a.k.a bingai! Elok korang masuk belajarOxford pas tu kangkang kat England lagi baik....



Quote pilot 9-2-2015 01:25 PM
kalau diri sendiri tak jaga maruah, tak pertahankan maruah, igt orang lain nak peduli ke pasal maruah kita?
sekian...bertabahlah sepol...
Quote Ah_Kwan 9-2-2015 02:05 PM
jengkoil replied at 9-2-2015 01:01 PM
Maaf yaa.... nak tanya...

nape tanda kat dahi tu kat bahagian lekuk..bukan bahagian yang timbul?
...

keh keh keh

apa beza ada tanda pada lekuk atau timbul?
lekuk ka..timbul ka..semua nya bengong..

pada dahi ada kalimah Allah yang bercahaya...lagi mau kasi hitam ...
mana blaja ka ini olang..

keh keh keh
Quote cik_tonggek 9-2-2015 02:55 PM
jengkoil replied at 9-2-2015 05:01 AM
Maaf yaa.... nak tanya...

nape tanda kat dahi tu kat bahagian lekuk..bukan bahagian yang timbul?
...

daki susah nak tanggal kat bahgian dalam lekuk
ade nak rekemen produk apa2 tak
Quote jazaa 9-2-2015 03:12 PM
lekuk kat dahi org gak yg korang diskus kannn.....:zz
Quote spiderman80 9-2-2015 03:14 PM
Buntut beliau mesti cantik dan licin. Ketum patut berbangga pernah merasanya.
Quote tobobon 9-2-2015 03:22 PM
people still question kenapa dia tak melawan semasa diliwat. takkan rela jer menadah b*****?

lagipun dia bukan pengsan, tidak juga di beri dadah atau ubat ker
Quote sharfox 9-2-2015 05:30 PM
Kalau la xda isu dia berchat dgn Papagomo ari tu, mesti kes ni lebih clean.
Quote EJALTI 9-2-2015 05:39 PM
Sepol....:zz:zz:zz
Quote jetrofa 9-2-2015 05:45 PM

...tanda kat dahi tu bukankah diperolehi semasa heol hentak2 dahi kat lantai masa posisi menonggeng?

Lihat semua komen(108)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 02:27 AM GMT+8 , Processed in 0.048638 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top