CARI Infonet

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Hot Topic Lihat artikel

Nurul Nuha calon PKR di Permatang Pauh?

11-2-2015 03:28 PM| Diterbitkan: admin6| Dilihat: 11289| Komen: 51

Description: Spekulasi bahawa anak perempuan Datuk Seri Anwar Ibrahim, Nurul Nuha akan bertanding di kawasan Parlimen Permatang Pauh, Pulau Pinang kini semakin bertiup kencang.
Nurul Nuha tanding kerusi Pmtg Pauh?




Spekulasi bahawa anak perempuan Datuk Seri Anwar Ibrahim, Nurul Nuha akan bertanding di kawasan Parlimen Permatang Pauh, Pulau Pinang kini semakin bertiup kencang.

Anak sulung Anwar, Nurul Izzah yang juga naib presiden PKR bagaimanapun berkata Pakatan Rakyat hanya akan memutuskan perkara itu minggu depan.

Beliau mengelak ketika ditanya jika adiknya itu sememangnya akan bertanding di kerusi berkenaan.

Jelasnya, sidang media pada pagi ini bertujuan untuk memaklumkan tentang perhimpunan 'Berarak Demi Kebebasan' dan tidak berbangkit mengenai calon bagi pilihan raya kecil kawasan itu.

"Sukar untuk teruskan hidup dalam iklim politik di Malaysia terutama jika anda adalah pembangkang.

"Buat masa ini, ibu saya (Presiden PKR Datuk Seri Wan Azizah Wan Ismail) dan saya yang akan memimpin," katanya kepada pemberita.

Sesetengah pihak mendakwa Anwar berhasrat untuk melihat Nurul Nuha bertanding di kerusi kubu kuatnya itu.

Anwar terpaksa mengosongkan kerusi tersebut ekoran keputusan Mahkamah Persekutuan semalam yang mengekalkan hukuman penjara lima tahun ke atasnya.

Beliau juga sebelum ini didakwa mengamalkan nepotisme kerana jawatan utama dalam PKR diisi anggota keluarganya - Wan Azizah menjadi presiden dan Nurul Izzah menjadi naib presiden.

Jika Nurul Nuha benar-benar menjadi calon di Permatang Pauh, ia mungkin akan menyukarkan Pakatan untuk memilih ketua pembangkang yang baru.

Isu pencalonan berkenaan, dan soal pelantikan ketua pembangkang yang baru bakal menjadi agenda utama dalam mesyuarat majlis pimpinan Pakatan, Jumaat depan.

1

Bagus
1

Marah
1

Terkejut
2

Sedih
1

Lawak
5

Bosan

Friends Rank (11 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote sabbath_shalom 11-2-2015 02:59 PM
Cantiknye muka anak2 anwar ni
Quote kentel 11-2-2015 03:03 PM
parti anak beranak....cc @Modngengade
Quote jerukkedondong 11-2-2015 03:14 PM
Gud luck nuha...
Lawa2 la ank anwar dan kak jijah ni
Quote shamsadis 11-2-2015 03:14 PM
aku rasa BN takkan bertanding dekat Permatang Pauh untuk menghormati Anwar
Quote Modngengade 11-2-2015 03:19 PM
kentel replied at 11-2-2015 03:03 PM
parti anak beranak....cc @Modngengade

bontot kuali mengata bontot cerek hitam legam konsepnyerrr......


@kecimpret

Quote kentel 11-2-2015 03:33 PM
Modngengade replied at 11-2-2015 03:19 PM
bontot kuali mengata bontot cerek hitam legam konsepnyerrr......

suka la dgn statement sis..terkentut kita gelak...

B1qTQimCYAA8zgF.jpg
Quote asyriqa 11-2-2015 03:45 PM
apa pesen si izzah punya tudung tuh... makin selekeh plak nampak...  bape umur si nuha ni... nampak macam budak2 plak... abis seme anak beranak join politik...
Quote cik_tonggek 11-2-2015 03:47 PM
akak tak rasa khairul laki si nuha ni nak bagi bertanding
alangkan keja pun dia tak bagi
soh dok rumah jaga anak je
nextttttttt
Quote batmana 11-2-2015 03:47 PM
asyriqa replied at 11-2-2015 03:45 PM
apa pesen si izzah punya tudung tuh... makin selekeh plak nampak...  bape umur si nuha ni... nampa ...

selekeh2 pn tutup aurat tak macam pujaan kak mah ko tiap2 hari pakai topi kaledar

Quote ad_hoc79 11-2-2015 03:48 PM
empayar anwar jadiknye
Quote asyriqa 11-2-2015 03:52 PM
batmana replied at 11-2-2015 03:47 PM
selekeh2 pn tutup aurat tak macam pujaan kak mah ko tiap2 hari pakai topi kaledar

bikkkk mama tu pujaan hati kuuu... no no no BIG no... pujaan hatiku kak jijah kipas...
Quote belilies 11-2-2015 03:54 PM
omaigad. ni semua anak beranak. nurul nuha ni mcm muka maknya jijah. yg nurul izzati mcm muka apaknya nuar.
Quote johnazizul 11-2-2015 03:55 PM
Nanti semua adik beradik dah tua skit, tiap2 negeri hantar sorang anak bertanding...
Quote TuntungReturn 11-2-2015 03:56 PM
ni bukan kroni ok.ni dinamakan demokrasi tepimpin...
Quote Innrukia 11-2-2015 03:59 PM
Perjuangan utk rakyat? Boring.. Next!
Quote belacan_gurl 11-2-2015 04:00 PM
Konsep mkn anak beranak gitu....nway Izzah lagi cun dari adiknya....
Quote alesandra 11-2-2015 04:14 PM
cik_tonggek replied at 11-2-2015 03:47 PM
akak tak rasa khairul laki si nuha ni nak bagi bertanding
alangkan keja pun dia tak bagi
soh dok r ...

chuols kenal  kah laki si nuha?ditambah pulak cth.. izzah pun sampai cerai berai lagila laki dia tak bagi khenn
Quote cik_tonggek 11-2-2015 04:22 PM
alesandra replied at 11-2-2015 08:14 AM
chuols kenal  kah laki si nuha?ditambah pulak cth.. izzah pun sampai cerai berai lagila laki dia t ...

khuennnn
khairul tuh bukan jenis shahrir yg turut je apa bini nak
siang2 lagi mamat tu dah ckp tak bagi bini keja
dah sediakan rumah sendiri utk nuha
cuma time dia fly je nuha agak bebas nak pi rumah apaknye kat segambut tu ke
or rumah mertua kat bangi tak silap akak
lagi pun anak dah dua si nuha tu
kecik2 lagi
nuha tu pun jenis dok rumah, try2 resepi masakan
shopping2 jenjalan ikut laki
party anak2 dgn kakak ipar
takde nya dia reti nak besyarah mcm kakak nyer tuh
ko jangan memain, khairul tuh pilot al-hafiz (walaupun pilot dia hafal alquran)
kalo derang kat segambut, khairul ni haaa yg jadi imam solat
Quote Caranthir 11-2-2015 04:29 PM
party chap anak-beranak ... memperjuangkan gigih nepotism

Lihat semua komen(51)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

14-6-2024 07:33 AM GMT+8 , Processed in 0.075568 second(s), 49 queries .

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top