CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Budaya Berhutang Bawa Musibah

12-2-2015 12:45 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 7032| Komen: 32

Budaya Berhutang Bawa Musibah

Gambar hiasan



SETIAP kali membaca kisah ah long bertindak di luar perikemanusiaan ke atas peminjam seperti merantai, mengurung, mengugut, rumah disimbah cat merah, pasti mengundang rasa geram di hati saya.

Pada hari ini, kes berkaitan ah long seperti sudah menjadi cerita biasa. Selain terperangkap hutang ah long, ramai juga yang berhutang dengan hutang bank, koperasi dan pelbagai agensi hutang yang diberi lesen. Statistik yang mengkhuatirkan mengenai kes muflis sudah berkali-kali dilaporkan termasuk dalam kalangan generasi muda.

Jika orang miskin yang terdesak terpaksa berhutang dan tidak mampu membayar, ia dianggap penyakit sosial. Bagaimanapun, jika orang kaya berhutang dan tidak boleh melunaskan hutang, ia dianggap kesilapan sistem ekonomi.

Persoalannya, kenapa budaya berhutang semakin menjadi-jadi dalam masyarakat di negara ini?

Anehnya status seorang individu pada hari ini bergantung kepada keupayaan berhutang atau penarafannya di sisi institusi kewangan. Ertinya, jika seorang individu atau negara itu tidak mampu berhutang dengan institusi kewangan, ia dilihat berstatus rendah. Sebuah negara yang tidak mampu berhutang dengan bank adalah satu ciri ketidakupayaannya berurusan dengan institusi kewangan yang menjadikannya berstatus rendah di sisi negara-negara di dunia.

Demikian juga status sebuah negara akan terjejas jika penarafan keupayaan berhutang diturunkan. Beberapa agensi penarafan keupayaan berhutang mengklasifikasikan negara mengikut kod dari huruf besar atau kecil, simbol + atau - selain nombor.

Agensi seperti Moody’s, S&P dan Fitch Ratings yang diiktiraf oleh Bank Pusat Eropah menjalankan penarafan kredit untuk negara dan sektor bisnes. Antara kod yang diguna seperti AAA, AA (tinggi), AA, AA (rendah), A (tinggi), A, A (rendah), BBB (tinggi), BBB dan BBB (rendah).

Suatu masa dahulu, perbuatan berhutang amat memalukan. Kini, berhutang menjadi kayu ukur status sosial. Lagi besar hutang bernilai jutaan ringgit, lagi hebat dilihat pada status sosial.

Disebabkan itu, di peringkat antarabangsa negara-negara berlumba-lumba mencapai penarafan kredit yang tinggi. Bila diumumkan penarafan kreditnya rendah, itu melambangkan ketidakupayaan sesebuah negara untuk berhutang. Maka, negara itu dikategori sebagai negara yang tidak layak berhutang, sekali gus ditanggapi sebagai negara berekonomi lemah.

Hutang negara

Pada akhir Jun 2013, jumlah hutang negara sebanyak RM284.7 bilion atau 28.8 peratus daripada Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK). Hutang negara ialah hutang yang ditanggung oleh negara berikutan pinjaman yang diperoleh oleh kerajaan dan swasta daripada punca luar. Hutang negara merangkumi hutang luar negeri Kerajaan Persekutuan, perusahaan awam bukan kerajaan dan sektor swasta.

Hutang Kerajaan Persekutuan melibatkan hutang yang ditanggung oleh Kerajaan Persekutuan daripada sumber dalam dan luar negeri. Sehingga 30 September 2013, jumlah hutang Kerajaan Persekutuan ialah sebanyak RM529.2 bilion atau 53.6 peratus daripada KDNK. Daripada jumlah tersebut sebanyak RM512.3 bilion atau 96.8 peratus merupakan hutang dalam negeri manakala bakinya RM16.9 bilion atau 3.2 peratus merupakan hutang luar negeri.

Dikatakan jumlah hutang luar negeri yang rendah itu adalah selaras dengan dasar kerajaan untuk mengutamakan pinjaman dalam negeri yang mempunyai kecairan yang tinggi, kos pinjaman yang lebih rendah serta dapat meminimumkan risiko pertukaran mata wang asing.

Kerajaan Persekutuan juga dari semasa ke semasa memberi jaminan kepada badan berkanun dan syarikat kerajaan untuk meminjam bagi membiayai projek-projek pembangunan yang juga kononnya untuk kepentingan rakyat. Jaminan ini diberikan mengikut Akta Jaminan Pinjaman (Pertubuhan Perbadanan) 1965.

Sehingga 30 Jun 2013, baki pinjaman yang dijamin oleh kerajaan atau tanggungan tidak langsung ialah sebanyak RM147.3 bilion, yang terdiri daripada pinjaman domestik RM141.8 bilion dan pinjaman luar RM5.52 bilion yang melibatkan tiga badan berkanun dan 27 syarikat berkaitan kerajaan. Prestasi bayaran balik pinjaman dikatakan adalah baik dan mengikut jadual ditetapkan tanpa sebarang tunggakan.

Berhutang juga bukan sekadar di peringkat negara tetapi juga di peringkat individu. Di peringkat individu dan juga secara kolektif, rakyat negara ini telah terpedaya dengan budaya berhutang dan sikap mesra dengan budaya berhutang. Sebabnya, ia didorong oleh sifat gelojoh dan kita telah membina keghairahan untuk berbelanja melebihi kemampuan. Budaya ini sepatutnya dihentikan. Generasi masa depan akan terbeban dengan hutang yang ditinggalkan oleh generasi sekarang yang kemudian akan ditanggung oleh generasi seterusnya.

Angka pengguna di negara ini yang menggunakan kad kredit sudah begitu ramai dan mereka menanggung hutang bernilai berbilion ringgit. Angka ini kian meningkat. Malah, memiliki tiga kad kredit setiap seorang juga semakin lazim.

Malaysia mencatatkan kadar peningkatan bilangan muflis sebanyak 235,635 orang seperti yang dicatatkan berakhir Disember 2013. Daripada jumlah tersebut, kadar peningkatan itu dapat dilihat berdasarkan statistik setiap tahun sebagaimana yang disenaraikan Jabatan Insolvensi.

Maklumat yang dibentangkan di Parlimen menyatakan, jumlah keseluruhan mereka yang muflis dari 2007 hingga 2013 ialah sebanyak 122,169 orang. Kebanyakan mereka membuat pinjaman perumahan, kenderaan, peribadi dan perniagaan.

Trend berbelanja


Sayang sekali , perangai untuk berbelanja lebih ini diamalkan di semua peringkat. Hatta, dalam kalangan kelompok yang ekonomi lemah akibat teruja melihat gaya hidup golongan berada. Lebih merunsingkan generasi muda kini menunjukkan trend berbelanja di luar kawalan.

Adakah menginginkan sesuatu yang mahal dan mengikut trend semasa itu melambangkan masyarakat yang hebat atau negara yang maju? Kononnya, jika keinginan pengguna mahu lebih daripada yang sedia ada, maka usaha inovasi dan penyelidikan akan semakin rancak kerana dapat menghasilkan lebih banyak barangan dan perkhidmatan untuk memenuhi keghairahan pengguna.

Nampaknya, inilah asas ekonomi kapitalis dunia Barat: Bahawa kemajuan bergantung kepada pasaran. Keinginan pengguna meningkat, pasaran menjadi aktif dan semakin berkembang, lantaran itu penyelidikan dan pembangunan akan menjadi lebih agresif.

Akibatnya pengguna terliur untuk membeli lebih banyak sehingga sanggup berhutang demi memenuhi nafsunya untuk memiliki dan terus memiliki. Tidak difahaminya betapa berhutang menambahkan satu lagi beban hidup. Beban hidup itu sebenarnya boleh dielakkan.




Bagus

Marah

Terkejut

Sedih
1

Lawak

Bosan

Friends Rank (1 people)

  • Lawak

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote azie.dz 11-2-2015 05:34 PM

















baiklah....
Quote lavapuma 11-2-2015 05:36 PM
antara musibahnyer...p1wimax kena potong pastu nama kena ctos...




Quote mak_wa95 11-2-2015 05:39 PM
bestnya nama jalan tu..

peringatan tu
Quote babydoll 11-2-2015 06:13 PM
byk pulak benang pasal hutang kt bod CI hari ni. semoga dgn semua benang ni dapat memberi peringatan pada kita semua mengenai hutang. dah pinjam, bayar..

*pesanan utk diri sendiri juga*
Quote Syd 11-2-2015 06:18 PM
lavapuma replied at 11-2-2015 05:36 PM
antara musibahnyer...p1wimax kena potong pastu nama kena ctos...

astagerrrr

ingatkan dah lupa citer tuh  

rupanya maseh lagi

abam laba nehh mcm debt collector laaaaa
Quote amiraira 11-2-2015 06:18 PM
ramai anak muda diistihar muflis kerana terlalu boros berbelanja.....
Quote Modngengade 11-2-2015 06:21 PM
Syd replied at 11-2-2015 06:18 PM
astagerrrr

ingatkan dah lupa citer tuh  

Ini tered nasihat menasihat sajork abe syed...

Kita umpama mendedangkan nasyid teladan giteww
Quote BotakChinPeng 11-2-2015 06:32 PM
lavapuma replied at 11-2-2015 05:36 PM
antara musibahnyer...p1wimax kena potong pastu nama kena ctos...

kesian engko
Quote Kittie 11-2-2015 06:33 PM
Korang nih... mmg sajer jer kan?
Quote guesswho09 11-2-2015 06:37 PM
Thread tu pon dah ghaib ek
Quote BotakChinPeng 11-2-2015 06:45 PM
Pekerja kosmo miskin  yg  meroyan ni  umpama paku dulang
Quote Felycya 11-2-2015 07:30 PM
Wa bukan along
Wa cume nk tolong

Quote lurve82 11-2-2015 07:42 PM
hutang manyak hutang~~~~
hutang ceti di bawa mati~~~
hutang budi tergadai body~~~
hutang ptptn xboleh keluar negeri~~~
bahana hutang~~~




Quote ~anya~ 11-2-2015 07:44 PM
Hahahahaha...
Terer sungguh membahan...
Quote matahari7001 11-2-2015 09:22 PM
ironic eak name jalan n iklan die huhu
Quote ctaz 11-2-2015 09:31 PM
minggu nih minggu citer hutang kat isu semasa....



HAR
Quote sapp73 11-2-2015 09:35 PM
Hari kisah hutang ke arini...
Quote isseliparjepun 11-2-2015 09:45 PM
Sedang berusaha meminimumkan hutang sedia ada. Pokok pangkalnya..hidup ukur baju di badan sendiri je la.
Quote maplesue 11-2-2015 11:39 PM
Hutang memang menakotkan

Lihat semua komen(32)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

30-10-2024 03:31 PM GMT+8 , Processed in 0.048168 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top