CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Misteri & Sejarah Lihat artikel

Anak Kerak – Ilmu Hitam Bayi Dibunuh Sebelum Lahir

12-2-2015 03:57 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 29781| Komen: 51

Anak Kerak – Ilmu Hitam Bayi Dibunuh Sebelum Lahir



Anak kerak atau Anak Krok, dikatakan berasal dari janin atau bayi di dalam kandungan yang dibunuh sebelum dilahirkan. Anak kerak yang paling kuat dikatakan berasal daripada mayat bayi yang merupakan anak sulung dan ibu bapanya juga merupakan anak sulung.

Bayi tersebut dilahirkan pada hari Selasa dan dibunuh dalam lingkungan umur 6 hingga 7 bulan dalam kandungan. Mereka dikecutkan (salai) oleh bomoh bagi tujuan amalan perubatan dan juga bagi tujuan melakukan kejahatan.

Anak kerak ini perlu dilayan dan dijaga dengan baik. Ini kerana, ia dikatakan akan memakan tuannya sekiranya terbiar. Oleh itu, semua perkakasan seperti buaian, kelambu nyamuk, bantal, tilam, dan hidangan susu perlu disediakan secara berterusan selagi anak kerak ini tidak dibuang.

Anak kerak ini biasanya dibeli dari Tok Cha siam atau Tok Bomoh. Popularnya di Malaysia area Kelantan dan Kedah. Terdapat beberapa grade (semakin kuat semakin mahal). Tujuanya pelbagai, biasanya digunakan untuk pelaris (sehingga menutup kedai-kedai orang lain), pengasih, pendinding (kebal, kuat, hebat) dan untuk khianat orang lain.

Anak Kerak
Popular juga orang menggunakan anak kerak ini untuk bermain nombor ekor dan mahu cepat kaya. Grade paling rendah di ambil dari janin dan dicampurkan dengan beberapa bahan yang telah ditapakan dan dibentukkan ke dalam acuan dijadikan patung kecil lalu dimasukkan ke dalam botol yang dipecahkan kepada grade-grade yang lebih kecil supaya semua orang mampu memilikinya. Manakala grade paling mahal adalah dari janin itu sendiri, ditapakan dan dibalut kain kuning.

Orang yang beli anak kerak ini akan diberi syarat perjanjian oleh Tok Cha. Antaranya kena beri makan kepada anak kerak ini. Kalau tidak diberi makan maka akan mengamuklah anak kerak ini terhadap tuannya. Anak kerak yang paling "power" dan mahal biasanya dimiliki oleh Tok Bomoh.

Mereka menggunakan beberapa "bodypart" (anggota/panca indera) janin yang telah ditapakan ini sebagai sihir untuk melihat jarak jauh dan mendengar jarak jauh. Contohnya bila mangsa yang disihir pergi berubat, maka Tok Bomoh boleh tahu dengan menggunakan "bodypart" seperti mata janin disihir ke mata si mangsa, jadi tok bomoh boleh melihat apa yang mangsa lihat, dan telinga janin juga digunakan untuk mendengar. Lebih kurang mcm "spycam".

Toyol


Toyol dan Anak Kerak
Dua jenis yang hampir sama tapi tak serupa dan tugasnya berbeza. Toyol tugasnya mencuri duit manakala Anak Kerak tidak membuat kerja-kerja tersebut. Anak Kerak lebih pada kerja ala-ala "James Bond" dan berprofil tinggi. Anak kerak susah dikesan kerana kelicikkanya, hanya perawat yang benar-benar mengetahui punca, baru anak kerak ini akan muncul. Tanpa mengetahui punca, maka berulang-ulanglah perawat akan meruqyah pesakit dengan muka "blur". Manakala Toyol boleh dikesan dan dihalang dengan mudah dari menggangu si mangsa.

Pesanan

Sesungguhnya perbuatan ini adalah HARAM dan SYIRIK. Pembaca dilarang sama sekali mencuba, membeli atau membelanya kerana esok nak mati susah!!! Benda ini perlu DIWARISKAN dan menjadi SAKA. Jangan tersilap langkah.. Sekali silap sampai bila-bila anda akan menderita. Bahkan anak cucu yang tidak mengetahuinya juga bakal menderita.

4

Bagus
1

Marah
7

Terkejut
1

Sedih

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (14 people)

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote matahari7001 28-1-2015 10:13 AM
giler betul drg ni
Quote apiang 28-1-2015 10:24 AM
perghhh
sedih nengok... baby jd cenggitu...

Quote mamapea 28-1-2015 10:33 AM
giler la diorg ni..kesian baby yg tak berdosa tu..
Quote maplesue 28-1-2015 11:13 AM
Sampai macam ni sekali.
Kesian baby2 tu kena salai
Quote uori 28-1-2015 11:23 AM
kena salai?!  
Quote manehnya 28-1-2015 11:31 AM
sian baby tu x salah punn
Quote starcity 28-1-2015 11:39 AM
Last week siri drama Bercakap Dengan Jin ada siarkan episod anak kerak ni. Tp dlm citer tu dia puja mayat bayi utk jadi toyol
Quote adnil 28-1-2015 11:50 AM
kwn opis aku nih sorang katanya kena sihir... dia kenal dgn mamat nih, mamat nih dah jatuh chenta agung la dgn dia nih.. dia ni lak ms tu baru belasan tahun... xmau la kan terikat awal awal.. so ckp la xmau la kawin dgn mamat tuh.  mamat tu xpuas hati soh dia listkan 10 sebab nape xmau dgn dia.. so minah nih pas ckp bebaik xmau dgr member bengang so gi lah list yg mmg menyakitkan hati mendengornyer.  so lepas tu minah nih makin kurus sikit sikit.. bayangkan dari berat 60+ kg sampai dekat separuh berat hilang dalam jangkamasa tu.  tapi xsyak apa apa lah sampailah dia dah kawin setahun.. selama dia kawin tu mmg asyik je gaduh laki bini.. xpenah aman.  then satu hari tu dia temankan makcik dia berubat kat tganu.  tup tup ustaz tu tgk dia dan ckp dia kena sihir... ms tu gak terus berubat - ustaz tu kata ada anak kerak dlm badan dia.. so ustaz tu pun usaha keluarkan benda tu dr badan... lepas benda tu kuar mmg terasa cam lopong kat dlm perut dia katanya.. tapi berat dia mmg xnaik naik dah - ni dah beranak 4 masih kurus keding gak.
Quote Naurah_rik 28-1-2015 03:33 PM
adnil replied at 28-1-2015 10:50 AM
kwn opis aku nih sorang katanya kena sihir... dia kenal dgn mamat nih, mamat nih dah jatuh chenta ag ...

kesiannya kat membe ko tu .. ada jugak manusia perangai setan suka buat naya kat orang
Quote adnil 28-1-2015 04:06 PM
Naurah_rik replied at 28-1-2015 03:33 PM
kesiannya kat membe ko tu .. ada jugak manusia perangai setan suka buat naya kat orang

nak wat camner... sakit ati nyer pasal seme tolak tepi...
Quote Naurah_rik 28-1-2015 04:14 PM
adnil replied at 28-1-2015 03:06 PM
nak wat camner... sakit ati nyer pasal seme tolak tepi...

yang ni dikatakan akal letak kat kepala lutut ..........
Quote whadda 28-1-2015 04:28 PM
eee... jadi anak kerak tu bayi btol la... kesiannye... ade ke disalai bayi... takde hati perot langsung...




teringat pulak anak aku malam semalam cakap eee antuu antuu.. pastu kul 4pg bangun panas badan die... sorry la.. ter off topik pulak gara2 anak kerak=anak... tibe2 teringat...
Quote kupkapp 28-1-2015 04:42 PM
baby disalai. ape igt daging lembu ke huh
Quote Felycya 28-1-2015 11:51 PM
Anak kerak ni same ke
dgn Anak Krok eh ??,

kt tempat aku ni ada bomoh tu
siap psg signboard lg kt dpan
umah dy, sape2 yg nk memiliki anak krok sila dtg berjumpa ngan dy, umah dy pun dh seram, ada pokok usia sekitar ratusan tahun kt dpan umah, cantik je bonsai, tp nmpak angker gile.
Quote PongKang 29-1-2015 12:51 AM
Kejamnya salai baby.. pastu dipuja.
Dijadikan spycam?  Jual kt obama xyah usa buat drone bagai.
Quote epis 29-1-2015 10:13 AM
saya kadang tak faham zaman2 modern ni, ada lagi yang nak mengamalkan benda-benda macam ini, huhu...
Quote alaa 29-1-2015 11:27 AM
nauzubillah....
Quote Dadadi 29-1-2015 12:07 PM
masyallah...
tak takut Allah ker
Quote Leafumi 29-1-2015 08:36 PM
sedih nya

Lihat semua komen(51)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-11-2024 04:43 PM GMT+8 , Processed in 0.064348 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top