CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Taktik Mencuri Ketika Bersolat Tumpas

13-2-2015 05:18 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 6693| Komen: 26

Taktik Mencuri Ketika Bersolat Tumpas


Gambar hiasan.

SEPANG: Keluarga ini menjadikan individu yang sedang bersolat sebagai sasaran untuk mereka mencuri. Seorang lelaki, bersama dengan isteri dan anak perempuan tirnya menjadikan surau sebagai lokasi strategik untuk mereka menjalankan kegiatan haram dengan mencuri barang berharga seperti beg tangan ketika orang awam sedang khusyuk menunaikan solat.

Mereka akhirnya ditahan, dan keluarga pencuri ini dipercayai terlibat 18 kejadian curi yang berlaku di sekitar Selangor, Kuala Lumpur termasuk di Genting Highlands serta Seremban.

Ketua Polis Daerah Sepang, Supritendan Mohd Yusoff Awang berkata pihak polis berjaya menahan kesemua suspek berikutan kekecohan yang berlaku dalam satu kejadian ketika suspek cuba mencuri tas tangan seorang wanita berusia 30 tahun di sebuah surau di IOI City Mall, Puchong, 2 Februari lalu.

"Dalam tas tangan milik wanita itu terdapat dompet, MyKad, kad ATM serta Iphone 5S.

"Daripada kejadian tersebut, pihak polis berjaya menjejaki kediaman keluarga suspek yang terletak di Taman Hulu Langat Jaya di Cheras," katanya kepada pemberita dalam satu sidang media di Ibu Pejabat Polis Sepang pada Rabu.

Beliau berkata pasukan siasatan jenayah menyerbu rumah berkenaan pada pukul 11.30 pagi, 5 Februari dan menahan dua wanita dan seorang lelaki berusia antara 23 hingga 47 tahun.

"Polis turut merampas 26 telefon bimbit, tujuh tablet pintar, tiga komputer riba, enam kamera, tas tangan dan barangan kemas dalam sebuah bakul.

"Polis percaya semua barangan tersebut dipercayai dicuri ," katanya sambil menambah pasangan suami isteri yang ditahan itu turut diuji positif mengambil dadah jenis methamphetamine.

Supritendan Mohd Yusoff berkata hasil siasatan mendapati suspek terlibat dengan 18 kes kecurian namun polis percaya jumlah sebenar mungkin lebih daripada itu.

Beliau berkata antara modus operandi yang digunakan suspek ialah: Si ibu dan anak perempuannya akan pergi ke surau untuk mencari mangsa manakala suspek lelaki akan menunggu dalam kenderaan untuk memudahkan mereka melarikan diri.

"Salah seorang daripada suspek akan berpura-pura menunaikan solat sementara seorang lagi akan mencuri barangan yang dibiarkan tanpa ada orang yang menjaganya."

Mohd Yusoff berkata ketiga-tiga suspek telah mencuri di surau kawasan rehat dan rawat (R&R) Dengkil arah Utara dan Selatan, R&R Genting Sempah, R&R Nilai, pusat beli belah Setia Alam, R&R Restoran Jejantas Sungai Buloh  serta masjid di Bukit Jelutong.

Mereka juga dipercayai terlibat dengan kejadian curi di beberapa R&R di Seremban Utara dan Selatan.

Mengulas lanjut, beliau berkata si ibu merupakan individu yang dikehendaki oleh pihak polis kerana dipercayai terlibat dengan kes kemalangan maut di Melaka dan kecurian di Johor Baru sementara si ayah pula pernah ditahan kerana memiliki senjata berbahaya.

11

Bagus
9

Marah
10

Terkejut
16

Sedih
15

Lawak
12

Bosan

Friends Rank (73 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote mdhelmi 13-2-2015 10:54 AM
1 keluarga makan hasil haram....aduhai
Quote jazaa 13-2-2015 11:01 AM
Hari-harii merayau cari mangsa....
Quote AMDTurion 13-2-2015 11:02 AM
Mak pak dah satu hal. Anak lak mencerminkan kegagalan ibu bapa. Apalah nk jd?
Quote batmana 13-2-2015 12:11 PM
pastu jual murah2 dlm mudah.my

mmg dajal betul
Quote jengkoil 13-2-2015 12:20 PM
Mak nga pak potong tangan...anak pi anta pusat pemulihan..
Quote lavapuma 13-2-2015 12:24 PM
memang ramai orang mencuri waktu solat.....

baca alfatihah laju2...bacaaan time ruku dgn sujud, iktidal kekadang tak baca...

solat 4 rakaat...seminit dia boleh kasi setel...

laju cam bullet train...

Quote anno_miss 13-2-2015 12:28 PM
Aktiviti sekeluarga ke?...huhuhu...
Quote lavapuma 13-2-2015 12:31 PM
“Sejahat-jahat pencuri adalah orang yang mencuri dalam solatnya. Para sahabat bertanya : “Wahai Rasulullah, bagaimana ia mencuri dalam solatnya?” Baginda menjawab : “Ia tidak menyempurnakan rukuk dan sujudnya.” (HR Ahmad).



lain kali jangan mencuri waktu solat.


Quote lavapuma 13-2-2015 12:39 PM
FAWAYLUNLIL MUSALLIN.
ALLAZHI NAHUM AN SALATIHIM SAHOON..


celaka la orang2 yang sembahyang
iya itu mereka yang lalai dalam sembahyangnya.




Quote BotakChinPeng 13-2-2015 01:00 PM
Bangsa apa tuh ?

Nampak macam .......
Quote tempur 16-2-2015 07:17 AM
kalau macm i dah boleh potong tangan dan kaki je..memang mencuri tu sbg kerjaya bukan tersepit pun...ni dah tangkap pastu lepas balik..pastu buat balik....memang x insaf kalau x bagi hukuman berat dalam penjara...
Quote Lina66 16-2-2015 08:40 AM

Keji betol perangai
Quote FanTasyCreaTioN 16-2-2015 08:48 AM
contoh kegiatan mencuri ketika orang tengah bersolat

[youtube]p0RTNVcnAKg[/youtube]

[youtube]unwcxBBy_9E[/youtube]

[youtube]ccuXsR7PfW0[/youtube]


Quote GhostWalking 16-2-2015 08:50 AM
FanTasyCreaTioN replied at 16-2-2015 12:48 AM
contoh kegiatan mencuri ketika orang tengah bersolat

bila dah terdesak macam2 idea kreatif yang datang
Quote Lina66 16-2-2015 08:59 AM
GhostWalking replied at 16-2-2015 10:50 AM
bila dah terdesak macam2 idea kreatif yang datang


naper jadi kat negara islam heh kak...
sedangkan islam tak mengajar umat nye mencuri... org2 malaysia ni bab islam champion tol bebual..
Quote Feedoss 16-2-2015 09:33 AM
keluarga bahagia buat jahat sama2.. tp didikan anak tu cmne la?
Quote fiezameysekali 16-2-2015 09:42 AM
iols g sopim mall pakai beg galas...
kalo solat duk galas beg jgk.. hahahaha
uiii..bio ler nampk pelik janji xde org curi kan..
bukan leh cye org skrg ni
Quote tomatome 16-2-2015 09:51 AM
kesian anak kecik2 pun da diajar curi.. kje malasss
Quote missDollie 16-2-2015 10:00 AM
pasangan suami isteri yang ditahan itu turut diuji positif mengambil dadah jenis methamphetamine


patut la..pasangan bahagia..mana kisah duit halal haram janji dapat lepas gian..

Lihat semua komen(26)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 08:35 PM GMT+8 , Processed in 0.054580 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top