CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Ladylista Makanan Lihat artikel

Sibuk di Pejabat? Ketahui 5 Jenis Snek Sihat Untuk Dimakan di Pejabat

17-2-2015 04:27 PM| Diterbitkan: CMFreporter| Dilihat: 6608| Komen: 12



Bagi yang sibuk bekerja di pejabat, daripada pagi sehingga lewat petang atau malam, sudah tentu kerap berasa lapar, bukan? Selain itu, oleh kerana terlalu sibuk dengan kerja, kadang-kadang kita tidak ambil peduli tentang diet harian – makan apa sahaja makanan yang cepat seperti fast food, junk food dan sebagainya. Ini semua tidak menyihatkan dan bakal memudaratkan badan kita dimasa hadapan.

Hari ini, Wanista mengajak anda untuk membeli stok makanan atau snek yang sihat untuk disimpan di pejabat. Supaya, apabila anda lapar, anda hanya perlu makan snek yang menyihatkan daripada perlu keluar membazir masa mencari makanan yang tidak menyihatkan.
Berikut merupakan antara stok makanan yang menyihatkan yang perlu anda simpan di pejabat, sebagai penyelamat jika perut anda berbunyi minta diisi semasa bekerja. Makanan-makanan ini boleh digabungkan untuk menjadi satu hidangan yang lazat – bukan makanan masa lapang atau tea time sahaja, tapi untuk makanan tengahari pun boleh!

Roti gandum penuh
Sandwich adalah yang paling mudah untuk disediakan. Boleh saja makan roti kosong atau letakkan sesuatu pada roti anda untuk menyediakan makanan tengahari yang ringkas dan pantas! Yang penting, menyihatkan.
Yogurt rendah lemak
Boleh dimakan begitu saja. Anda juga boleh masukkan buah-buahan atau kekacang di dalamnya, ia akan menjadi satu hidangan yang tinggi nutrisi.
Tuna atau ayam dalam tin
Makanan-makanan ini tidak perlu dimasak, jadi ia mudah disediakan. Pilihlah jenis tuna atau ayam yang dipaketkan dalam air berbanding minyak kerana ia lebih rendah kalori. Letakkan sedikit mustard atau mayones dan nikmati dengan roti gandum penuh anda. Nah, siap!
Badam atau mentega kacang
Kekacang merupakan sumber protein, yang membuatkan anda lebih bertenaga. Terpulang mana satu pilihan anda, sama ada mahu dicampurkan ke dalam yogurt atau dinikmati bersama roti. Tapi ingat, jangan makan berlebihan pula, kerana makanan-makanan ini juga mengandungi kandungan kalori.
Buah-buahan
Selain dijadikan snek, buah-buahan boleh dijadikan hidangan versatil apabila dicampurkan ke dalam yogurt. Selain itu, anda boleh makan buah bersama roti. Bayangkan mentega kacang dimakan bersama pisang? Sedap!
Sangat mudah, bukan? Jom amalkan pemakanan yang sihat di pejabat, bermula hari ini!



Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote cpixie 25-12-2014 12:57 PM
terima kasih berkongsi tips yang berguna.
Quote bonsari 2-1-2015 04:33 PM
buat cessar salad, best sekali makan kat office.
Quote anna_tan89 5-1-2015 09:17 AM
terima kasih atas tips yg bagus
Quote xAthenax 7-1-2015 12:35 AM

buleh juga
pack buahan seperti yang dijual
lengkap dengan cecahnya
Quote boocasper 9-2-2015 10:36 AM
xAthenax replied at 7-1-2015 12:35 AM
buleh juga
pack buahan seperti yang dijual
lengkap dengan cecahnya

wah bestnya buat macam ni...awak buat ke? rajinnyee
Quote xAthenax 9-2-2015 04:10 PM
boocasper replied at 9-2-2015 10:36 AM
wah bestnya buat macam ni...awak buat ke? rajinnyee

yang ni bukan kaka buatgambar contoh saja

kaka choice of fruit green apple , jambu batu, cherry tomato dan timun
green apple kena campur dengan juice limau dulu
supaya tidak bertukar warna
cecah pula kicap + cili favourite
kuah rojak sedap gak tapi leceh..melekit


Quote boocasper 10-2-2015 11:19 AM
xAthenax replied at 9-2-2015 04:10 PM
yang ni bukan kaka buatgambar contoh saja

kaka choice of fruit green apple , jambu batu, cherry ...

best jugak ye buat mcm ni...senang...sayur tu kalau nk masak tinggal grab and cook je..hehehe
Quote rain2169 14-2-2015 07:29 PM
wah menariknya..... nak try la....
Quote Ddion 8-4-2015 09:36 PM
Yup, selalu dkt ofis, suka Mkn apple, Pisang, Oren, yogurt Dan cashews
Quote palomaf4 13-4-2015 09:07 AM
menarik....ringkas...boleh buat
Quote kristal9 18-4-2015 10:19 PM
mkn pretzel yg kecik2 tu pun sedap gak. tapi tak sure pulak dikira sebagai sihat ke tak
Quote kristal9 18-4-2015 10:20 PM
mkn pretzel yg kecik2 tu pun sedap gak. tapi tak sure pulak dikira sebagai sihat ke tak

Lihat semua komen(12)

Sub-category


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

25-11-2024 03:36 AM GMT+8 , Processed in 0.040697 second(s), 26 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top