CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Perbezaan Sambutan Tahun Baru Cina Di China Dan Malaysia

18-2-2015 12:49 PM| Diterbitkan: CMFreporter| Dilihat: 15461| Komen: 48



Koresponden Bernama, Niam Seet Wei berkongsi diarinya dari Beijing, antaranya perbezaan perayaan Tahun Baru Cina di China dan Malaysia.
BEIJING — Hanya dua hari lagi menjelang Tahun Baru Cina dan lazimnya makanan adalah bahagian penting pesta keramaian tradisi ini dalam kalangan masyarakat Cina di seluruh dunia.

Bagi orang Cina di Malaysia, Yu Sang or Yee Sang, salad ikan mentah-cara Teochew yang berasal dari Selatan China adalah satu daripada makanan popular yang biasa dihidangkan pada Tahun Baru Cina.

Makanan ini yang terdiri daripada hirisan sayur-sayuran pelbagai warna serta ikan mentah biasanya dihidangkan sebagai pembuka selera sebelum makan tengah hari atau makan malam.

Ketika menggaul yee sang ini, masing-masing akan berkata dengan suara kuat apa yang mereka inginkan pada tahun baru agar semua dapat mendengar ucapan mereka dan tercapailah impian masing-masing.

Namun, makanan ini hanya dikenali di Malaysia dan Singapura.

HIDANGAN UTARA CHINA
Le Gao, berusia 26 tahun dari bandar Dalian, utara China tidak tahu langsung tentang Yee Sang apabila penulis bertanya mengenainya.

“Dengar macam menarik tapi baru kali ini saya dengar,” katanya kepada Bernama.

Menurut Le, di Dalian, makanan yang mesti ada untuk sambutan Tahun Baru Cina terutama sekali pada petangnya termasuk ‘dumpling’, ‘dumpling’ pulut, ‘lettuce’ kurma, kuih pulut dan ikan.

“Kami juga ada meletakkan duit syilling yang bersih,biasanya 50 sen emas dalam beberapa ‘dumpling’ (jiaozi dalam bahasa Cina),” katanya, sambil menambah duit syilling adalah tanda nasib baik untuk menikmati tahun yang baik juga.

Di samping dumpling, kata Le makanan yang dihidang pada petang Tahun Baru Cina semuanya membawa makna yang simbolik.

Contohnya, kuih pulut simbol menjadi lebih meningkat atau lebih kaya setiap tahun; ikan bermakna mempunyai lebih banyak wang, lettuce simbol harta yang bertambah sementara dumpling pulut memperoleh banyak wang setiap tahun.

Le memberitahu penulis, semua ahli keluarganya akan berkumpul di rumah untuk makan dumpling dari waktu makan tengah hari sehingga tengah malam sambil main kad dan bersama-sama menonton program televisyen.

TRADISI DI BAHAGIAN TENGAH CHINA
Di Malaysia, satu daripada pantang larang Tahun Baru Cina ialah menyapu rumah pada hari pertama. Ini kerana orang Cina bimbang akan menyapu untung baik.

Bagaimanapun, masyarakat Cina di wilayah Hubei, bahagian tengah China tidak mengamalkan pantang larang ini.

“Sudah tentu kami menyapu rumah pada hari pertana Tahun Baru Cina.

“Mestilah sapu, ramai yang akan datang ke rumah, lantai mudah kotor,” kata Yang Jing yang berusia 32 tahun.

Sehingga 50 orang saudara-mara Yang akan berkunjung ke rumahnya pada perayaan Tahun Baru Cina.

“Pada petang Tahun Baru Cina, biasanya kami makan ikan, ‘spring roll’ dan lotus. Sudah tentunya wain juga dihidangkan,” kata beliau sambil menambah sejak tahun-tahun kebelakangan ini, wain ala-Barat disajikan berbanding wain tradisi.

“Hari ini semuanya ala-Barat. Malahan tidak ada lagi makan besar di rumah. Sebaliknya kami makan di restoran pada petang Tahun Baru Cina sehingga hari ketiga atau keempat,” katanya.

Bagaimanapun, masyarakat di Hubei masih mengamalkan tradisi seperti membakar mercun, menghiasi rumah dengan tanglung merah, main mahjong dan berkunjung ke kuil.

BAGI ANG POW
Mendapat Ang Pow atau wang dalam sampul merah dianggap antara yang paling dinanti-nantikan pada perayaan Tahun Baru Cina.

Bagi kanak-kanak Cina, Ang Pow ini seolah-olah idaman mendapat hadiah Krismas.

Bagi masyarakat Cina di Malaysia, Ang Pow biasanya diberi oleh pasangan yang sudah berkahwin kepada rakan yang masih bujang dan ahli keluarga mereka.
Pemberian Ang Pow ini sebagai simbol mendapat rahmat sementara ibu bapa pula akan memberi Ang Pow kepada anak mereka yang belum berkahwin.

Bagaimanapun, lain pula halnya di Beijing, ibu negara China. Di sini, orang dewasa yang sudah bekerja, sama ada yang berkahwin atau bujang, perlu memberi Ang Pow kepada generasi muda dalam keluarga mereka yang belum ada pendapatan.

“Ibu bapa kami tidak akan memberi kami Ang Pow selepas kami mula bekerja. Sebaliknya kami akan memberi mereka Ang Pow sebagai tanda sayang dan untuk mendapat restu mereka,” kata Zhang Zhe.

Menurut Zhang, seperti masyarakat Cina di wilayah lain, masyarakat di Beijing akan menikmati makanan seperti dumpling, kuih pulut dan ikan ketika menyambut Tahun Baru Cina.

“Biasanya, masyarakat tempatan akan berkunjung ke kuil pada hari besar itu,” tambah Zhang.

Pesta kuil adalah satu daripada kegiatan tahunan yang popular di China semasa perayaan Tahun Baru Cina.

Banyak pesta diadakan di mana terdapat beratus-ratus gerai menjual pelbagai jenis kudapan, makanan, kraftangan serta barangan antik.– BERNAMA

12

Bagus
2

Marah
3

Terkejut
4

Sedih
4

Lawak
8

Bosan

Friends Rank (33 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote budakshinchan 18-2-2015 06:59 AM
lain tempat lain adatnya kot.. maybe ada yak just utk memeriahkan perayaan dorang .. di practice kan utk penduduk setempat je..

mesti semangat dorang nk raya arini.. aduhaiii.. rindu plak nk anyam daun ketupat #4bulanlagik
Quote MengkuduMasam 18-2-2015 07:11 AM
cina sana pembersih sket kot... sapu lantai bila perlu...

Quote makneng 18-2-2015 07:12 AM
X sabor nak lambung yee sang nih..
Quote batmana 18-2-2015 07:22 AM
happy chinese new year tuk forumers chinese sini @ yg ada ginetik dna cina

Quote chinta89 18-2-2015 09:48 AM
lain tempat lain tradisi
Quote spiderman80 18-2-2015 10:52 AM
batmana replied at 18-2-2015 07:22 AM
happy chinese new year tuk forumers chinese sini @ yg ada ginetik dna cina

Calling Uncle @Anak_Nogori
Quote DARSITA 19-2-2015 09:01 AM
dulu cina kan miskin  .. hanya cina di Selatan jer pandai makan ikan ikan ni. Belah utara semua makan roti, noodles.

Tapi main mercun mmg tak sama! sana main mercun di padang luas ko main lah dari petang sampai ke pagi tak dak siapa kisah. Macam duduk kat tempat perang!! Malaysia punya kegilaan bakar mercun tak setanding di China.

Aii sambut CNY kat China -- emm tak terasa sebab kedai elok jer bukak tak susah cari barang bukan mcm di Malaysia seminggu kedai tutup.
Quote spiderman80 19-2-2015 12:16 PM
DARSITA replied at 19-2-2015 09:01 AM
dulu cina kan miskin  .. hanya cina di Selatan jer pandai makan ikan ikan ni. Belah utara semua maka ...

Sis orang Cina ke? Setuju di Malaysia, peniaga Cna akan tutup kedai beberapa hari senpena CNY...jadi berdoalah jangan tayar keta pancit nanti susah.
Quote Modngengade 19-2-2015 12:25 PM
Chinese all over the world...pasti ada perbezaan budaya sedikit sebanyak
Quote sabbath_shalom 19-2-2015 12:27 PM
makneng replied at 18-2-2015 07:12 AM
X sabor nak lambung yee sang nih..

ritu ada yg kata haram...tak tahu la kalau Najib dan Rosmah buat otomatik jadi halal

kena tanya lobai @mnm77

tak dilupai lobainita @modngengade
Quote sabbath_shalom 19-2-2015 12:30 PM
Modngengade replied at 19-2-2015 12:25 PM
Chinese all over the world...pasti ada perbezaan budaya sedikit sebanyak

tapi ko x boleh accept Malay Singaporean x masak lemang persis suku Jakun kan...
Quote Modngengade 19-2-2015 12:32 PM
sabbath_shalom replied at 19-2-2015 12:30 PM
tapi ko x boleh accept Malay Singaporean x masak lemang persis suku Jakun kan...

Dan aku jugak x boleh accept penjilat yahudi spt kau
Quote setokinpurple 19-2-2015 12:33 PM
Happy chinese new year kpd semua bangsa cina. Bila uolls cuti iolls agak terasa sbb iolls byk berurusan dgn org cina.. Untungnya dpt byk limau berkotak2 uolls. Angpow pon dpt
Quote sabbath_shalom 19-2-2015 12:33 PM
CNY kat China ada pokok berbunga sbb musim bunga...kat Malaysia x da.
Quote enchikfitz 19-2-2015 12:34 PM
Happy CNY utk @spiderman80 dan puan botakchinpeng dgn ucapan: Dah raya ke belom?
Quote sabbath_shalom 19-2-2015 12:35 PM
Edited by sabbath_shalom at 19-2-2015 12:36 PM
DARSITA replied at 19-2-2015 09:01 AM
dulu cina kan miskin  .. hanya cina di Selatan jer pandai makan ikan ikan ni. Belah utara semua maka ...

kat tempat aku elok je buka...diorg bergendang dlm kedai...biasa kedai runcit mmg bukak

Ni diorg tgh bergendang lagi....
Quote ultra78 19-2-2015 12:36 PM
Contohnya, kuih pulut simbol menjadi lebih meningkat atau lebih kaya setiap tahun; ikan bermakna mempunyai lebih banyak wang, lettuce simbol harta yang bertambah sementara dumpling pulut memperoleh banyak wang setiap tahun.


Segalanya berkaitan wang dan harta

Quote sabbath_shalom 19-2-2015 12:38 PM
Modngengade replied at 19-2-2015 12:32 PM
Dan aku jugak x boleh accept penjilat yahudi spt kau

Hamboiii

najib jilat hindu x pe
Quote ice_sky92 19-2-2015 12:46 PM
Happy Chinese New Year.

Lihat semua komen(48)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-11-2024 12:39 PM GMT+8 , Processed in 0.057861 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top