CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Anak Jawa Tanding Calon Presiden Negara Kecil Surinam

18-2-2015 12:49 PM| Diterbitkan: CMFreporter| Dilihat: 9328| Komen: 76


JAKARTA – Jika sebelum ini, Indonesia berbangga dengan Presiden Amerika Syarikat, Barack Obama kerana beliau semasa kecil pernah dibesarkan dan ada keluarga tiri di negara tersebut, kali ini republik itu bermegah dengan satu lagi pencapaian hebat.

Ini kerana salah seorang calon presiden Surinam, sebuah negara kecil di benua Amerika Selatan, Raymond Sapoen mengesahkan keturunan beliau memang berasal dari pulau Jawa, malah berbangga mempunyai ramai saudara mara di Indonesia sehingga kini.

Stesen BBC melaporkan, Sapoen yang lahir pada 25 Oktober 1967, berasa gembira mendapat inspirasi susulan perhatian rakyat Indonesia apabila media tempatan mendedahkan nenek moyang beliau ialah hamba abdi dari Jawa yang dibawa ke Surinam.
Pendatang Jawa beragama Islam dibawa masuk penjajah Belanda ke Surinam pada kurun ke-19 sebagai hamba abdi. – Gambar hiasan


“Rasanya senang mendengar reaksi dari Indonesia terkait diri saya. Saya juga senang sekali mengetahui adanya dukungan dari Banyumas,” kata beliau merujuk kampung halamannya di Kanding mukim Somagede di daerah Banyumas, wilayah Jawa Tengah.

Bekas menteri pendidikan dan pembangunan rakyat dari 2010 sebelum menjadi menteri perdagangan dan industri Surinam sejak 2012 itu mencalonkan diri secara rasmi untuk bertanding jawatan presiden pada pemilihan umum negara itu Mei depan.

Beliau bakal mewakili Parti Pertjaja Luhur atau disebut juga Pandawa Lima Bersaudara yang dipimpinnya bagi mewakili kaum minoriti Jawa berjumlah lebih 80,000 orang atau 14 peratus daripada penduduk Surinam, bekas tanah jajahan Belanda itu.

Sebuah kapal Belanda membawa imigran Jawa tiba di Surinam pada 8 Ogos 1890 dan diiktiraf sebagai hari cuti umum rasmi kebangsaan bagi memperingati peristiwa bersejarah itu. – Gambar hiasan

Sapoen yang fasih bertutur bahasa Jawa dengan keluarganya mendakwa, kehidupan etnik itu tidak berbeza dengan Indonesia, malah ada perayaan khas Hari Jawa setiap 8 Ogos sejak Surinam merdeka pada 1975 bagi memperingati ketibaan mereka ke Surinam.


“Kami juga ada sejumlah tradisi Jawa yang masih dilakukan di Surinam, termasuk tarian kuda kepang dan persembahan wayang kulit, bahkan Hari Raya Aidilfitri dan Aidiladha diiktiraf kerajaan Surinam sebagai cuti umum kebangsaan,” jelas beliau.

Biarpun dipisahkan dengan jarak sejauh 18,000 kilometer, sumbangan etnik itu khasnya dalam bidang pertanian dan perladangan sejak kurun ke-19 amat dihormati, selain mereka gigih menyebarkan dakwah Islam kepada penduduk tempatan.




Majoriti penganut Islam di Surinam adalah masyarakat Jawa yang sudah menetap di negara bekas jajahan Belanda itu sejak abad ke-19. – Gambar hiasan
Jika meraih majoriti dua pertiga daripada 51 ahli De Nationale Assemblée atau Parlimen Surinam, beliau presiden ke-10 negara itu, sekali gus orang Asia kedua di dunia selepas Alberto Fujimori dari Jepun pernah dilantik Presiden Peru (1990 – 2000).

Bercakap mengenai makanan, wakil rakyat kawasan Wanica berkeluasan 444 kilometer persegi dan berpenduduk lebih 77,000 orang itu mengakui; masyarakat Jawa Surinam tetap tidak dapat melupakan hidangan tradisi asal keturunan mereka.

“Makanannya tetap sama, tempe, tidak lain daripada yang ada di Indonesia, mesti ada ubi kentang, pisang goreng, mi, soto, pecel, tauhu. Lidahnya tidak lain, tetap lidah orang Indonesia,” ujar Sapoen dengan rasa penuh bangga. – Agensi

p/s:kalau mamat2 dutch kebanyakkan memang puji wanita dari Surinam ni lawa2
1

Bagus
6

Marah

Terkejut
2

Sedih
3

Lawak
6

Bosan

Friends Rank (18 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Kerêta_Angin 18-2-2015 08:47 AM
tapi nama dah berubah....bukan lagi sukarjo...ngatiman etc.

apa pendapat @peYno   
Quote tongkatwaran75 18-2-2015 08:51 AM
Kerêta_Angin replied at 18-2-2015 08:47 AM
tapi nama dah berubah....bukan lagi sukarjo...ngatiman etc.

apa pendapat @peYno

sapeon bukan nama jowo ker?
muka dia sejibik rakan sekampung aku...suratman namanye...
Quote Kerêta_Angin 18-2-2015 08:58 AM
tongkatwaran75 posted on 18-2-2015 12:51 AM
sapeon bukan nama jowo ker?
muka dia sejibik rakan sekampung aku...suratman namanye...

bukannya sapoen?
Quote Decaffeinated 19-2-2015 09:47 AM

disebut 'sapun' kan?


Quote Decaffeinated 19-2-2015 09:53 AM
face it dia asal jawa bukan asal indon.

indon adalah bangsa baru yg dicipta pasca penjajahan belanda. takder makna nak kaitkan juga dengan aceh segala. Timor Leste ?

artikel tu cuma kata dia coleh cakap jawa, kita pun tak pasti dia ni boleh berbahasa indon. if that's the case, it means he is more connected to jawa batu pahat than batak sumatera.

Quote Kerêta_Angin 19-2-2015 01:07 PM
Decaffeinated posted on 19-2-2015 01:47 AM
disebut 'sapun' kan?

ya... oe=u

sapun=tetap bunyi jawa    
Quote Kerêta_Angin 19-2-2015 01:10 PM
Decaffeinated posted on 19-2-2015 01:53 AM
face it dia asal jawa bukan asal indon.

indon adalah bangsa baru yg dicipta pasca penjajahan bela ...

rasanya mmg tak boleh berbhs indonesia...kecuali pernah belajar kemudiannya...

bhs pun jawa halus...
Quote enchikfitz 20-2-2015 12:49 AM
Jauh jugak tercampak sampai ke benua Amerika Selatan. Hebat!
Quote revolusi_30 20-2-2015 12:55 AM
Bukan saja di Pantai Pontian, di Pantau Surinam pun ada terdampar.. Apa kata @peYno
Quote peYno 20-2-2015 07:21 AM
Makanannya tetap sama, tempe, tidak lain daripada yang ada di Indonesia, mesti ada ubi kentang, pisang goreng, mi, soto, pecel, tauhu. Lidahnya tidak lain, tetap lidah orang Indonesia,” ujar Sapoen dengan rasa penuh bangga. – Agensi




see.... makanan pon persis makanan ruji org johor
Quote peYno 20-2-2015 07:28 AM
Kerêta_Angin replied at 19-2-2015 01:10 PM
rasanya mmg tak boleh berbhs indonesia...kecuali pernah belajar kemudiannya...

bhs pun jawa hal ...

kalau dijohor
wing johor guna bahasa jawa kasar

perangai pon kasar jee

tu yg sebut hanjing hina org biasa bagi wing johor
Quote MatDeghem 20-2-2015 07:48 AM
mana acik tabur garam. peyno sua mai
Quote MissNigga 20-2-2015 08:09 AM
salah org perenang dutch pompuan yang menang 4x100m previous olimpik jugak berasal dari surinam yang berketurunan Jawo ...
Quote MissNigga 20-2-2015 08:11 AM
at least .. there is a muslim community kat south america yang gegeh berdakwah mengembangkan ajaran Isle ...
Quote kentutmanis 20-2-2015 08:14 AM
Muka dieorg tetap indon walau dimana berada
Quote primemova 20-2-2015 08:18 AM
Selama ni malaysia selalu ckp malaysia negara berbilang kaum like no others... Rupanya negara surinam pun berbilang kaum... Ada jawa, cina, india, org asli, kokesen, etc...
Quote cancer_files 20-2-2015 08:51 AM
@Kerêta_Angin kurang tahu pasti tu bang...beliau dari Banyumas, bahasa Banyumasan beza ngan Jowo (Jawa Tengah dan Jogjakarta)

Banyumasan cenderung "ngapak"....tapi mungkin beliau terikut bahasa Jowo kebanyakan..
Quote XxNotTruexX 20-2-2015 09:49 AM
Edited by XxNotTruexX at 20-2-2015 09:52 AM

Biarkan Perkasa dan penganut Ketuanan Melayu bangga .... Calon presiden Sapoen bukanlah orang Jawa ... tetapi bagian dari diaspora Bangsa Melayu yang suci dan mulia ....

Next target ---> Pak De Zahidi for PM Malasya
Quote AbukRokok 20-2-2015 11:05 AM
time ni puak2 tu mulalah hegeh ke sana konon mlayu diaspora... pdahal depa xingin ngaku mulayu.

Lihat semua komen(76)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-11-2024 02:07 PM GMT+8 , Processed in 0.459066 second(s), 37 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top