CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Banyak Minum Air Ketika Cuaca Panas

18-2-2015 12:52 PM| Diterbitkan: CMFreporter| Dilihat: 4085| Komen: 8


        KUALA LUMPUR - Orang ramai dinasihatkan supaya banyak minum air bagi mengelakkan daripada mengalami kejutan panas, selain memilih pakaian yang bersesuaian, berikutan cuaca panas dan kering ketika ini.   

        Yang Dipertua Pertubuhan Doktor-doktor Islam Malaysia (Perdim), Datuk Dr Ahmad Shukri Ismail, berkata minum air yang banyak penting bagi menggantikan elektrolit (mineral dalam darah) dalam badan yang terembes keluar semasa berpeluh.

        "Cuaca yang panas memudahkan orang ramai terdedah kepada pelbagai penyakit terutama demam dan apa yang kita paling takuti ialah 'heat stroke' (kejutan panas) yang berlaku apabila seseorang itu mengalami suhu badan melebihi 40 darjah.

        "Bagi mengelakkan perkara ini terjadi, paling penting pakai pakaian yang tidak tebal, mampu menyerap peluh dengan baik dan minum air yang banyak kerana badan kita akan banyak berpeluh kerana panas," katanya kepada Bernama di sini hari ini.

        Dr Ahmad Shukri berkata, apabila seseorang mengalami demam, badan pesakit akan menjadi lemah sekaligus memudahkan berlakunya jangkitan sekunder seperti jangkitan saluran pernafasan (URTI).
        "Apabila demam, pesakit mungkin mengalami sakit tekak yang boleh memberi kesan kepada tonsil. Kemudian mungkin berlaku jangkitan sekunder iaitu URTI yang boleh menyerang paru-paru dan akan menyebabkan radang paru-paru.

        Menurut kenyataan Jabatan Meteorologi Malaysia hari ini, negara pada masa ini sedang berada pada penghujung Monsun Timur Laut dan dijangka berakhir pada penghujung Mac ini.
        "Oleh yang demikian, kebanyakan kawasan terutamanya di utara pantai barat Semenanjung Malaysia kurang menerima hujan dalam tempoh yang panjang menyebabkan berlakunya cuaca panas dan kering.

        "Menjelang penghujung bulan Mac 2015 cuaca panas dan kering ini dijangka akan berakhir berikutan bermulanya musim peralihan yang akan membawa lebih banyak hujan," katanya.

        Dr Ahmad Shukri berkata bersempena cuti perayaan Tahun Baharu Cina ini, orang ramai juga akan bercuti dan melakukan aktiviti luar, dan mereka perlu memilih pakaian yang sesuai.
        "Jika melakukan aktiviti luar, orang ramai dinasihatkan agar tidak memaksa diri sebaliknya melakukan sesuatu bergantung kepada kemampuan diri.   

        "Seeloknya adalah untuk mengurangkan aktiviti luar terutama yang terdedah secara langsung kepada cahaya matahari terik," katanya.

        Dr Ahmad Shukri berkata sebagai alternatif, mereka boleh melakukan aktiviti luar yang sesuai seperti merentas hutan kerana ia kurang terdedah kepada cahaya matahari.

        "Selain itu, pilihlah untuk melakukan aktiviti pada waktu lewat petang ketika keadaan semakin redup bagi mengurangkan risiko atau kemudaratan pada kesihatan diri," katanya. - Bernama

8

Bagus
3

Marah
3

Terkejut
2

Sedih
4

Lawak
5

Bosan

Friends Rank (25 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote yusryimran 18-2-2015 07:14 AM
berbaldi baldi Iols minum air...masak..
Quote retnoel 18-2-2015 07:53 AM
Thanks doc..target 2 liter sehari..
Quote EJALTI 18-2-2015 07:58 AM
Especially, org2 tua, kena minum air bebanyak masa pepanas nih....
Quote Toppaz 18-2-2015 08:18 AM
Bg aku at least 3liter air sehari baru cukup sbb cuaca mmg panas ya amat skrg ni, mlm2 pun panas.
Quote chinta89 18-2-2015 09:43 AM
8.00 pagi-5.00 ptg = 3 liter.

dh balik rmh tak tahu dh berapa ml sb minum sukat gelas je. kat opis guna botol yg da ade tulis berapa liter.
Quote Bell 18-2-2015 09:46 AM
Musim panas kena minum air panas. Lemak-lemak akan terbakar.
Quote prettyuglybabe 18-2-2015 12:38 PM
jenuh la aku yang tak suka minum air ni
Quote Artemesiaa 18-2-2015 12:52 PM
Panas2 ni kena minum air banyak.  Nasib Malaysia ni jenis panas lembab boleh le tahan lagi.  Kalau jenis panas kering lagi le teruk kesannya.

Lihat semua komen(8)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-11-2024 08:04 AM GMT+8 , Processed in 0.228836 second(s), 26 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top