Salam semua. Harini Nadia nak kongsikan sedikit maklumat mengenai cyst. Ini adalah soalan popular yang sering diajukan pada Nadia dari pelanggan dan bakal pelanggan iaitu bagaimana cara merawat atau mengatasi masalah cyst tanpa menjalani pembedahan. Ya, memang ada alternatif semulajadi untuk mereka yang mempunyai masalah cyst untuk merawat tanpa pembedahan.Sebelum itu, jom saya terangkan serba sedikit info info berkaitan cyst. APA ITU CYST?
Menurut kata Dr. Zubaidi Ahmad ovarian cyst tu bukan penyakit.Ovarian cyst ini selalunya dihadapi oleh wanita muda. Dan selalunya, kehadiran cyst ini tidak menunjukkan simptom-simptom tertentu. Ianya diketahui apabila pemeriksaan ultrasound atau pelvic secara rutin dilakukan. Secara amnya, setiap kali kitar haid, organ ovari akan mengelembung dinamakan ovarian follikel. Ianya mengandungi ovum dan apabila ovum dikeluarkan, sepatutnya ovari akan mengecut, tetapi sesetengah akan membesar melebihi 2cm. Ini dikenali sebagai cyst. 95% ovarian cyst ini adalah tidak merbahaya tetapi adakalanya ia bole mendatangkan kemudaratan seperti sakit bawah abdomen, rasa kembung abdomen, sakit pada payudara, merasa letih, masalah ketidak kesuburan dan sakit kepala.
Walaupun bukan semua ovarian cyst mesti dibuang, tetapi semua kes ovarian cancer mestilah menjalani pembedahan pembuangan ovari. Bagi ovarian yang bukan kanser dan tidak mendatangkan masalah kepada pesakit, doktor akan menimbang antara risiko dan kebaikan pembedahan itu. Pembedahan akan di pertimbangkan jika berlaku perkara-perkara berikut;
TAPI ! perlu saya ingatkan disini. Ramai yang menganggap selepas cyst dibuang, maka mereka telah terselamat dari penyakit tersebut. Sebenarnya SALAH ! Cyst oleh berulang dan tumbuh kembali walaupun telah dibuang melalui pembedahan (klik link untuk info lanjut). Oleh itu, bagi pesakit cyst perlulah lebih menekankan aspek kesihatan diri, pemakanan yang bagus . Ya, masih ada lagi rawatan cyst tanpa pembedahan. Tak percaya? Jom kita baca |
ADVERTISEMENT