Secara lazimnya, keguguran biasanya dikaitkan dengan masalah kaum wanita. Tetapi pada hakikatnya ia juga berhubungan rapat dengan kaum lelaki. Sebilangan kaum wanita yang mengalami keguguran mungkin akan menderita dalam keguguran secara berulang dan dipersalahkan oleh ahli keluarganya. Selepas membuat pemeriksaan, mereka barulah menyedari bahawa masalah keguguran adalah disebabkan oleh kaum lelaki.
Golongan kaum lelaki yang perlu bertanggungjawab dalam keguguran biasanya mempunyai sperma yang telah dirosakkan oleh faktor-faktor tertentu. Fungsi sperma dalam persenyawaan masih berupaya berjalan dengan lancar tetapi akan menyebabkan perkembangan embrio terbantut. Sebab utama ialah DNA sperma mereka telah dirosakkan oleh beberapa faktor seperti radiasi computer,merokok atau penyakit seperti Varicocele dan lain-lain lagi,akhirnya perkembangan embrio terbantut dan keguguran terjadi. Sebenarnya, sperma berhubungan rapat dengan tumbesaran dan perkembangan embrio serta keguguran alami. Sperma selain daripada berperanan dalam persenyawaan dengan ovum (dianggap sebagai fungsi tahap awal) ,ia juga berpengaruh terhadap seluruh proses perkembangan embrio (dianggap sebagai fungsi tahap akhir).
Sekiranya DNA sperma dimudaratkan, fungsi mengandung dan persenyawaan antara sperma dan ovum tidak akan banyak dipengaruh. Namun demikian, sekiranya DNA sperma menjadi abnormal pada peringkat pertengahan kehamilan, maka tumbesaran embrio terbantut ekoran dengan keguguran. Jika seseorang wanita sering mengalami keguguran alami secara berulang atau penghentian perkembangan embrio,malah tidak terdapat sebarang masalah dalam pemeriksaan badan. Maka suaminya perlulah membuat pemeriksaan lanjut untuk mengesahkan masalah kesihatan diri. Di samping itu,lelaki yang lanjut usia juga berisiko tinggi dalam menyebabkan isteri mengalami keguguran berulang. Berpandukan kajian yang dilakukan oleh pakar terhadap golongan lelaki yang berada dalam lingkungan umur melebihi 60 tahun dan umur 25 tahun, menunjukkan bahawa kedua-dua golongan ini tidak mempunyai perbezaan yang besar dalam kualiti air mani. Kepadatan sperma golongan lelaki tua adalah lebih tinggi tetapi motiliti lebih rendah berbanding dengan lelaki muda. Motiliti merupakan faktor utama dalam menentukan kejayaan kehamilan seseorang wanita. Walaupun demikian, motiliti sperma yang rendah tidak bermakna peluang kehamilan adalah tipis, tetapi mempunyai kesan buruk seperti embrio berisiko tinggi dalam menghadapi masalah perkembangan terbantut,keguguran,kelahiran pra-matang dan lain-lain komplikasi. ini akan menjejaskan peluang melahirkan bakal bayi yang sihat dan cerdas. Selain itu, jika seseorang lelaki tidak berejakulasi dalam tempoh yang panjang akan menyebabkan kepadatan sperma meningkat dan motiliti menjadi kian rendah serta peratusan kematian sperma bertambah. Jadi, jika seseorang wanita sering mengalami keguguran berulang, sebagai suami haruslah menyedari bahawa adakah masalah kesihatan diri merupakan faktor yang menyebabkan penderitaan keguguran dan bukan hanya mempersalahkan isteri. Untuk keterangan lanjut, sila layari laman web: https://www.facebook.com/pages/Ladies-Wombs/749625985082587 |
pulutsibaq replied at 15-1-2015 11:21 PM
Betul ke fakta ni???
ADVERTISEMENT