CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Hot Topic Lihat artikel

Himpunan kecoh, Adam Adli, Fariz ditahan

23-2-2015 09:43 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 7817| Komen: 40

Himpunan kecoh, Adam Adli, Fariz ditahan



KUALA LUMPUR - Himpunan #KitaLawan petang tadi dihadiri kira-kira 50 peserta bagi menunjukkan solidariti kepada Datuk Seri Anwar Ibrahim yang pada mulanya berlangsung secara aman bertukar kecoh apabila salah seorang aktivis, Adam Adli Abdul Halim ditahan polis.

Adam Adli yang diiringi lebih kurang enam anggota polis berpakaian biasa diarahkan ke Balai Polis Dang Wangi sebaik himpunan itu tamat.

Ekoran penahanan itu, peserta himpunan itu yang berada di hadapan pusat membeli-belah Sogo kemudian berkumpul di depan balai polis tersebut.

Keadaan mula kecoh apabila polis bertindak menutup pintu pagar utama dengan dikawal rapi lebih kurang 20 anggota di sebelah dalam dan luar balai polis itu.

Dalam kekecohan antara peserta dengan anggota polis, seorang lagi aktivis, Fariz Musa ditahan untuk dibawa ke Balai Polis Jinjang.

Adam Adli dan Fariz difahamkan ditahan di bawah Seksyen 143 Kanun Keseksaan mengikut Akta Perhimpunan 2012 kerana menganjurkan himpunan tersebut.

Himpunan hari ini adalah kali kedua dianjurkan selepas perhimpunan sama dibuat, minggu lalu.

Anak kedua Anwar, Nurul Nuha yang menyertai perhimpunan itu turut menyampaikan ucapan dengan menyeru kepada semua rakyat supaya menentang kezaliman dan penindasan.

“Bermula dengan satu langkah. Pesanan ayah (Anwar) jangan gusar, kerana perjuangan kita belum selesai, kita akan melawan kezaliman.

“Kami akan terus beri tekanan dengan menganjurkan himpunan seperti ini untuk menegakkan keadilan,” katanya.

Sebelum itu, himpunan dimulakan dengan Tarian Naga sempena sambutan Tahun Baharu Cina.

Pada 10 Februari lalu Anwar dijatuhi hukuman penjara lima tahun kerana gagal dalam rayuan mengetepikan sabitan kes meliwat pembantu peribadinya tujuh tahun lalu.



Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote poison_paradise 22-2-2015 11:38 AM
Geng2 liwat la ni :
Quote AMDTurion 22-2-2015 11:39 AM
Kecoh. Sama mcm geng sekutu dia. Geng pa ri a.
Quote sabbath_shalom 22-2-2015 11:39 AM
@Anak_Nogori suka sangat follow kisah adam adli ni...sesuatu sangattt
Quote hanakikan 22-2-2015 11:43 AM
50 org je. Mana yg lain2?
Quote jazaa 22-2-2015 11:43 AM
pasal apa dia ni tak blh nk pikir-pikir lagi???.....

masadepan pun tak de halatuju lagi nk memekak.....
Quote Knowlee 22-2-2015 03:39 PM
Sorg kawan perempuan ai adalah penyokong setia budak bodo ni. Siap argue dgn ai punya nak menangkan budak bodo ni. Sanggup post segala benda pasal budak bodo ni kat FB.
Quote cmf_premierleag 22-2-2015 03:44 PM
hanakikan replied at 22-2-2015 11:43 AM
50 org je. Mana yg lain2?

Yang lain sibuk bakar mercun ngan kopek buah limau
Quote cmf_premierleag 22-2-2015 03:45 PM
Kesian acik2 nak shopping sales sales sales diskaun kat sogo pun x aman jah
Quote sepitsiput 22-2-2015 03:46 PM
adam adli ni dari raut wajah dia nampak x sihat...murung... resah... entah ler... beza sgt dgn muka anwar yg suci zaman muda2 dulu...

camne nk jd waris anwar ni?
Quote batu kikir 22-2-2015 03:52 PM
Alhamdullillah.........2 mangkok hayun yang otak letak kat lutut.
Ada orang bergumbira dapat montot..............mangkok buat anarki tak sudah2.

Quote Innrukia 22-2-2015 03:52 PM
Pesanan mak ayah dia plak mcm mana?
Bukan dia menzalimi diri sendiri & org  lain ka?
Nnt 20-30 thn lagik bila segalanya dah layu lain la ayatnya
Quote NAT_11 22-2-2015 04:42 PM
Innrukia replied at 22-2-2015 03:52 PM
Pesanan mak ayah dia plak mcm mana?
Bukan dia menzalimi diri sendiri & org  lain ka?
Nnt 20-30 thn ...

20-30-40 tahun lagi, jadiklah diaorang ni macam Hisapmudin Rais.
Terumbang ambing and berserabut tanpa apa-apa pegangan hidup.
At his age of 60++, orang lain dah berehat dengan keluarga, anak
& cucu dan harta benda yang dikumpul masa muda, si Hishamudian
Rais ni, masih lagi berdemo di jalanan terjerit terpekik macam orang
sewel - fucking sana, fucking sini dengan budak-budak half his age.
Budak-budak tu pun  tak respect dia. Di belakangnya, diaoranrg certia
PAKCIK tu mintak dipanggil 'brother' saja.................KIHKIHKIHKIH.
Quote Anak_Nogori 22-2-2015 04:47 PM
NAT_11 replied at 22-2-2015 04:42 PM
20-30-40 tahun lagi, jadiklah diaorang ni macam Hisapmudin Rais.
Terumbang ambing and berserabut  ...

Tulah..yg sezaman dgn hisamudin rais spt ruslan kassim..lama undur diri dah.

Yg untung...rahim ghaus..
Quote NAT_11 22-2-2015 04:57 PM
Anak_Nogori replied at 22-2-2015 04:47 PM
Tulah..yg sezaman dgn hisamudin rais spt ruslan kassim..lama undur diri dah.

Yg untung...rahim  ...

Kekadang kesian juga dengan si Hisamuddin Rais ni.
Wasting his life away for Anwar, padahal he could be someone
or somebody macam orang-orang sezamannya. Anwar sendiri
berkeluarga dan mengumpul harta dengan banyak untuk hidup
senang, terbang ke sana, terbang ke sini. Tapi Hishamuddin,
macam kutuperak, berkawan dengan budak-budak half his age.
Takda pegangan hidup dan takda kepercayaan agama. My nephew
yang satu ketika dulu sebelom jadik waras, pernah bergang dengan
dia. Selalu duduk ketawa-ketawakan PAKCIK tu............KIKIKI.
Quote ~anya~ 22-2-2015 05:04 PM
Anak_Nogori replied at 22-2-2015 04:47 PM
Tulah..yg sezaman dgn hisamudin rais spt ruslan kassim..lama undur diri dah.

Yg untung...rahim  ...


Ketum tak tolong brader hisapmudin nih kah uncle AN? Takkan ketum tak tolong apa2.... ish ish ish....paling kurang pon bagi lah karipap ngam air nescafe...
Quote Anak_Nogori 22-2-2015 05:05 PM
NAT_11 replied at 22-2-2015 04:57 PM
Kekadang kesian juga dengan si Hisamuddin Rais ni.
Wasting his life away for Anwar, padahal he co ...

Mmmmmm...tunggu sikit masa lagi lah...dia akan jd spt shahnon mr shit menyesal seumur hidup berjuang bagai nak rak..tapi akhirnya dilupakan begitu saja.
Quote famri7 22-2-2015 05:06 PM
Adam adli nih sesuatu sngt dgn gigeh nk mendampingi aljubouri..ingin test market lubang jambu kah sis?
Quote Anak_Nogori 22-2-2015 05:06 PM
~anya~ replied at 22-2-2015 05:04 PM
Ketum tak tolong brader hisapmudin nih kah uncle AN? Takkan ketum tak tolong apa2.... ish ish is ...

Adalah anya..tukang jaga pintu stadium bila nak demo je...
Quote NAT_11 22-2-2015 05:13 PM
famri7 replied at 22-2-2015 05:06 PM
Adam adli nih sesuatu sngt dgn gigeh nk mendampingi aljubouri..ingin test market lubang jambu kah si ...

Mungkin dia cuma dapat bergang dengan 'Brader Hisapmuddin'.
Lama-lama nanti dapatlah dia mohon jadi 'Coffee Boy'.......

Lihat semua komen(40)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-11-2024 10:32 PM GMT+8 , Processed in 0.158333 second(s), 33 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top