LadyLista - Bagi juara Akademi Fantasi ke sembilan, Hazama Azmi, 31, mengakui sukar untuk menemui lagu yang akan mengekalkan namanya di persada tanah air. Dia juga mengakui agak memilih untuk bekerja dengan seseorang komposer dan pernah menolak beberapa lagu yang dirasakan kurang sesuai untuk dirinya. "Selepas lagu Malaikat ramai juga yang beri lagu kepada saya untuk dijadikan single terbaharu, namun kebanyakkannya tidak sesuai dengan saya. "Sebenarnya susah untuk cari lagu yang baik sebab kita pun tidak dapat nak jangka apa pendengar mahu. Lagu Relakan Jiwa dulu pun, pada asalnya saya tidak jangka ia akan hit," ujarnya. Dia yang akan muncul dengan lagu baharu berjudul Sampai Mati yang merupakan lagu tema bagi drama Akasia berjudul Hati Perempuan yang akan bersiaran tidak lama lagi.
|
ADVERTISEMENT