CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Imigresen Australia Nafi Lulus Temu Bual Media Sirul

23-2-2015 01:37 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 7050| Komen: 45

Imigresen Australia Nafi Lulus Temu Bual Media Sirul


Jabatan Imigresen Australia berkata ia tidak meluluskan sebarang temu bual television dengan Sirul Azhar Omar yang dihukum gantung di Kuala Lumpur yang kini sedang ditahan di pusat tahanan Villawood di Sydney.

Jurucakap jabatan itu bagaimanapun tidak menolak kemungkinan mengenai temu bual itu pada masa akan datang jika proses permohonan sepatutnya dipenuhi, lapor The Age.

Sirul Azhar Umar sebelum ini dilaporkan berkata dia telah berunding dengan stesen televisyen Australia untuk temu bual di mana beliau akan mendedahkan siapa yang mengarahkan untuk menembak wanita Mongolia Altantuya Shaariibuu.

Seorang jurucakapnya, Peter Dutton dilaporkan berkata secara umumnya, jabatan itu tidak membolehkan temu bual dalam pusat tahanan atas sebab-sebab operasi.

Sirul, bekas pengawal peribadi Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Abdul Razak, memerlukan kelulusan peringkat tertinggi untuk merakam temu bual media dalam Villawood, di mana dia ditahan sejak ditangkap di Queensland pada 20 Januari.

Dalam komennya, Najib menyifatkan sebagai "mengarut" dakwaan Sirul yang dia diarahkan oleh "orang penting" untuk membunuh Shaariibuu.

Bulan lalu Mahkamah Persekutuan mensabitkan Sirul dan seorang lagi bekas anggota pasukan elit polis, Azilah Hadri dengan kesalahan membunuh Altantuya dan menjatuhkan hukuman mati ke atas kedua-duanya.

7

Bagus
5

Marah
12

Terkejut
9

Sedih
2

Lawak
8

Bosan

Friends Rank (43 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote akusukaq 21-2-2015 10:21 AM
Dah pulak . Kan  dah anti klimaks jadi nya. Teman ke Sidney bercuti tahun baru cina je
Quote EJALTI 21-2-2015 10:23 AM
Dah antiklimaks plakkkkkk.....

Tak dapat la iols nak ber popcorn bagai senin nih.....
Quote Kittie 21-2-2015 10:24 AM
Dah agak dah.
Quote bluemenx 21-2-2015 10:36 AM
kan.. betul tak aku ckp... sinetron demi sinetron.  

hubungan Mal dgn Aussie kuat
Quote akusukaq 21-2-2015 10:36 AM

Memang nya selalu pun macam ni. Lain kali jangan heboh heboh dulu. Pasti tak jadi
Quote kambeng_masam 21-2-2015 10:38 AM
azilah ke mana now? senyap je?
Quote EJALTI 21-2-2015 10:40 AM
kambeng_masam replied at 21-2-2015 10:38 AM
azilah ke mana now? senyap je?

Kat Malaysia rasanya.....
So, kalau bersuara macam si sirul, memang senang sgt la kena heart attack.

Kehkehkehkeh......
Quote ice_sky92 21-2-2015 10:41 AM
Dah agak. Orang atas ni pengaruh kuat. Dah nasib kau Sirul. Siapa suruh setuju jadi kambing hitam.
Quote jetrofa 21-2-2015 10:44 AM
Villawood Immigration Detention Centre



Quote akusukaq 21-2-2015 11:17 AM
Semua pun labun kedai kopi . Auta lebeh dari fakta . Tu sebab hanya laku kat luar mahkamah
Quote noor2 21-2-2015 11:19 AM
Betulla apa yang kelana36 jangka sebelum ni.....brilliant !!
Quote noor2 21-2-2015 11:20 AM
Padan muka PAS ....awal2 lagi dah heboh....buatla senyap2
Quote ResellerMaxis 21-2-2015 11:56 AM
noor2 replied at 21-2-2015 11:20 AM
Padan muka PAS ....awal2 lagi dah heboh....buatla senyap2

Penafian ni dari jabatan imigresen ausie..xde kaitan dengan kerajaan malaysia..

Lainlah kalau mahfudz dah minta kebenaran sirul n mibta kebenaran imigresen aussie..

Dah ada surat persetujuan kedua-dua ni..baru announce..incase kalau kerajaan nak halang macam yang dijangka forumer dalam thread sebelum ni..macam internet n telefon diputuskan lah apa..

Wat jer teleconference tu di aussie..kompom kerajaan xde kuasa nak putuskan telefon n internet di aussie..

Tapi berdasarkan past record pas pun i dah boleh agak xkan jadi kenyataan..hehehe kalau dap yang cakap pun mungkin 50% boleh jadi..kalau pas..10% pun x rasanya..

Kalau xcayer..u tengok lah..lelas ni mereka bukab sahaja xkan apply permission dari gomen aussie..bahkan mereka akan hebahkan bahawa najib yang halang..hahaha
Quote AbukRokok 21-2-2015 12:05 PM
bluemenx replied at 21-2-2015 10:36 AM
kan.. betul tak aku ckp... sinetron demi sinetron.  

hubungan Mal dgn Aussie kuat

berkat MH370
Quote Anak_Nogori 21-2-2015 12:06 PM
So..sapa yg benarkan lapuran sebelum ni?
Quote noor2 21-2-2015 12:16 PM
ResellerMaxis replied at 21-2-2015 11:56 AM
Penafian ni dari jabatan imigresen ausie..xde kaitan dengan kerajaan malaysia..

Lainlah kalau m ...

Siapa yang arahkan sirul membunuh altantuya?
Quote akusukaq 21-2-2015 12:33 PM
ResellerMaxis replied at 21-2-2015 03:56 AM
Penafian ni dari jabatan imigresen ausie..xde kaitan dengan kerajaan malaysia..

Lainlah kalau m ...

Pasti akan ada mcm 2 alasan mengapa tak jadi dr cai cai imi aussie dah kena beli
Gomen aussi nak jaga hubungan diplomasi
pak jib bayar billion 2 pd gomen aussie
dan lain lain lagi

Yang pasti cai cai dah kena kelentong dgn Mahfus.Buat gempar habes sudah nya mcm kisah labu labi



Quote zidane_ziege 21-2-2015 12:36 PM
pembangkang & semua yg nk menentang kerajaan malaysia bangang..ada plan semua nak dihebohkan..apa nak diharap pada mereka ni memerintah negara? silap2 nanti semua strategi perang negara dibgtau kat musuh sblm musuh mai serang..bodo..

kerajaan x bijak..pembangang yg bangang
Quote primemova 21-2-2015 12:42 PM
Sekadar ckp kosong tuduhan tanpa bukti ...... everyone is innocent until proven guilty, termasuk najib.......

Lihat semua komen(45)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-11-2024 07:47 AM GMT+8 , Processed in 0.087854 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top