CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Ditinggalkan Kekasih Muda Selepas Berhabisan Rm40,000

26-2-2015 01:19 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 6786| Komen: 28

Ditinggalkan Kekasih Muda Selepas Berhabisan Rm40,000



Seorang wanita tidak menyangka percintaannya dengan lelaki yang 20 tahun lebih muda daripadanya rupa-rupanya hanyalah satu penipuan semata-mata.

Tracey Jackson, 48, telah berhabisan hampir RM40,000 untuk menyara dan membeli pelbagai hadiah untuk Atef Khadhraoui, 28, yang merupakan seorang warga Tunisia.

Kedua-duanya mula berkenalan menerusi sebuah laman cari jodoh dan Tracey mengaku dia jatuh cinta kerana sikap lelaki itu yang dilihat begitu terbuka menerima dirinya biarpun bergelar janda anak dua.



Bagaimanapun, selepas empat tahun bercinta, wanita itu mula berasa curiga kerana Atef begitu kerap meminta wang daripadanya dengan pelbagai alasan, selain pernah melihat dia menari dengan wanita lain sewaktu majlis pertunangan mereka.

Namun, lelaki itu begitu pandai memujuk sehingga Tracey kembali ‘cair’.

Tembelang Atef akhirnya pecah apabila wanita itu menerima mesej daripada seorang wanita yang dikenali sebagai Mariem di Facebook.

“Dia memberitahu bahawa Atef merupakan kekasihnya dan dia hanya menggunakan saya untuk mendapatkan wang. Apabila saya melihat gambar profailnya, saya terkejut kerana Mariemlah gadis yang menari bersama Atef sebelum ini.

“Saya rasa seolah-olah sedang mengalami mimpi ngeri. Tetapi, apabila saya meminta penjelasan Atef, dia memberitahu Mariem hanya gadis bodoh yang meminatinya,” katanya, memetik Mirror.

Pada 14 Januari lalu, Tracey akhirnya menemui kebenaran apabila melihat gambar sijil perkahwinan yang dimuatnaik oleh tunangnya itu di laman Facebook.

Menurutnya, lelaki itu hanya ketawa apabila diminta memberi penjelasan dan tidak pernah memohon maaf kepadanya sehingga ke hari ini.

Sementara itu, Atef yang ditemui media meminta agar Tracey melupakannya.
“Saya sudah berkahwin dengan kekasih saya. Saya tak perlukan Tracey dan saya membayar kos majlis perkahwinan dengan wang saya sendiri,” katanya.


Bagus
6

Marah
1

Terkejut
1

Sedih
9

Lawak
1

Bosan

Friends Rank (18 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Modngengade 24-2-2015 02:01 PM
kau tu dah lah kertu..janda anak dua..gemuk pulak.....ada hati nak berkapel dgn anak hekan muda????

kenapa tak ikut contoh @Orange1  yg sedar diri..cuma mengharapkan belaian gagak nigeria sajork....
Quote DayangKirana 24-2-2015 02:20 PM
if things are too good to be true...it probably is..
lesson learned, just move on bebeh..
Quote znuyul 24-2-2015 02:30 PM
sebuah hakikat yang pedih...
Quote gula_tebu 24-2-2015 02:32 PM
kesiannya ko kak. bertabah la. tu la lainkali duet banyak tu guna buat diet. baru la slim sikit. nak ikat anak hekan bukan senang kak oi.
Quote dragger 24-2-2015 02:34 PM
duit tu hulur kat aku pun bagus.. bole beli Perdana Turbo buat main kat trek..
Quote intriQue 24-2-2015 02:38 PM
DayangKirana replied at 24-2-2015 02:20 PM
if things are too good to be true...it probably is..
lesson learned, just move on bebeh..

exactly....i agree


Quote jerukkedondong 27-2-2015 06:34 PM
Senyummu dalam tangisku
Quote dani-rox 27-2-2015 07:09 PM
cari pembunuh upahan... buat kematian jantan pisau cukur tu spt satu kemalangan.
Quote manjalara_01 27-2-2015 11:38 PM
dani-rox: cari pembunuh upahan... buat kematian jantan pisau cukur tu spt satu kemalangan.


fuh..dahsyat u punye statement...eheheh....

sometimes i rs..kalau u dh rasa something not right dgn org tu...perlu la siasat betul2...
upah private investigater kalau byk duit...eeheheh...kalau xde duit...mintak tlg atok ke nenek...undercover...ehehehe...
the sooner...u dpt tahu...the truth..the better...
Quote CrowneGlory 28-2-2015 01:58 AM
Kasihan...berpijak lah dibumi yg nyata... Elak ditipu mamat2 bewak..
Quote leni 28-2-2015 02:38 AM
Wanita berbadan gempal memang selalu kena tipu. Jadi marilah kita jadi slim...
Quote mommymonster82 28-2-2015 03:27 AM
Kenapa org kutuk pompuan tu? Jantan tu yg jahat...
Quote xoxopac08 28-2-2015 07:45 AM
Lelaki muda ke. Lelaki tua ke. Sama je. Sume lelaki suka amek kesempatan atas kelemahan pompuan. Mentang2la pompuan sekang lagi byk duit dari lelaki
Quote mak_wa95 28-2-2015 07:49 AM
sian pompuan nak kasih sayang tapi ditipu pulak...

lelaki mana2 kaum pun suka ambik kesempatan..
Quote green_coffee 28-2-2015 08:34 AM
Jantan x guna...sian acik ni..
Quote Decaffeinated 28-2-2015 12:06 PM
Atef Khadhraoui tu islam ka?...

Quote moocoww 28-2-2015 12:10 PM
Kesian acik ni...ni jantan tarak guna...
Quote cucuq 28-2-2015 12:24 PM
kat msia ni pown byk kes mcm ni..lgi2 kes melibatkan awang hitam..last2 merana..duit kene kebas, laki tu hidup bebas joli harta ko..
Quote chica_chica 28-2-2015 01:21 PM
ala selalu set2 makcik pprt council flat yg live on benefits camni jer yg termakan janji pelesu arab2 third world country ni.banyak kali dah baca kat dailymail

Lihat semua komen(28)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 08:41 AM GMT+8 , Processed in 0.058010 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top