CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Jerat Percintaan Untuk Tarik Sertai Isis

27-2-2015 06:17 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 8239| Komen: 30

Jerat Percintaan Untuk Tarik Sertai Isis


PETALING JAYA – Gambar-gambar ‘abam handsome’ (lelaki tampan) dilihat digunakan untuk menarik minat remaja perempuan menyertai kumpulan militan di Syria.
Terbaharu pihak yang merekrut anggota baharu mengambil kesempatan dengan kaedah ‘rayuan seks’ untuk menarik minat remaja perempuan yang mudah tertipu.

Salah satu pengendali akaun Facebook, dikenali sebagai Abu Chechnya di Rusia (http://on.fb.me/ 1Avavyn), meletakkan gambar militan Chechen di Syria.
Menerusi ruangan komen pada gambar itu, secara terang pengendali akaun Facebook itu membalas komen seorang pengguna lain dengan menulis: “Ada yang berkenan ke kat dalam gambar tu??? Abam2 shishani handsome2 wowww hahaha!!! (Berminat dengan sesiapa di dalam gambar? Orang-orang di sini kacak).”'


Ahli psikologi klinikal, Prof Madya Dr Alvin Ng berkata secara umumnya remaja cenderung mendekati apa sahaja yang menarik minat mereka.

“Remaja perempuan dan lelaki berdarah panas. Terutamanya mereka dari keluarga yang bermasalah mudah tertarik dengan unsur pengembaraan dan cuba untuk melarikan diri kerana mereka percaya tempat baharu mungkin lebih baik,” katanya.

Pihak yang merekrut juga bijak bermain dengan emosi apabila menyatakan bahawa mereka adalah orang-orang yang dipilih hingga membuatkan remaja itu berasa istimewa.

“Anak-anak muda yang merasa seperti seorang buangan di rumah mereka sendiri atau masyarakat mudah untuk terpedaya,” katanya.

Menurut Dr Ng, adalah tidak adil untuk menyalahkan sistem pendidikan apabila golongan muda dari Malaysia berasa terdorong untuk berperang di negara lain.

“Keadaan ini juga boleh berlaku kepada golongan muda dan orang dewasa di negara-negara maju. Perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi memungkinkan ahli militan direkrut dari seluruh pelusuk dunia,” katanya.

Dr Ng berkata menjadi tanggungjawab ibu bapa dan penjaga untuk menerangkan kepada kanak-kanak ini mengenai akibat daripada tindakan mereka.

“Mereka perlu membuat anak-anak mereka rasa berharga dan dihargai. Ia penting supaya mereka tidak mudah terpengaruh untuk meninggalkan rumah.

“Sama seperti di tempat kerja. Jika seseorang pekerja itu rasa dihargai, tidak mudah bagi mereka untuk meninggalkan tempat kerjanya,” katanya.

8

Bagus
5

Marah
11

Terkejut
7

Sedih
10

Lawak
3

Bosan

Friends Rank (44 people)

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote GhostWalking 27-2-2015 12:09 PM
Edited by GhostWalking at 27-2-2015 04:11 AM

versi redneck
Quote BotakChinPeng 27-2-2015 12:12 PM
Muka macam dtg bulan sekor sekor
Quote dragger 27-2-2015 12:15 PM
"rayuan seks"?

hmmmm
Quote bellaa 27-2-2015 12:15 PM
walau muka sebijik persis neymar..

bella x kan tertipu join isis.
Quote enchikfitz 27-2-2015 12:36 PM
bellaa replied at 27-2-2015 12:15 PM
walau muka sebijik persis neymar..

bella x kan tertipu join isis.

Mcm x caye je statement bella ni
Quote cmf_herrhughie 27-2-2015 12:41 PM
IS ni club sex ke?
Quote AMDTurion 27-2-2015 12:43 PM
Adakah isis punyai gologan rogayaj juga?
Quote white_musk 27-2-2015 12:43 PM
sesiapa yg rasa2 dia suci syumul mulia sangat tu boleh la pegi join...

inilah masanya untuk berbakti pada pejuang2 islam..... nak tegakkan islam kena tegakkan pejuang2nya dulu...
Quote GhostWalking 27-2-2015 12:46 PM
AMDTurion replied at 27-2-2015 04:43 AM
Adakah isis punyai gologan rogayaj juga?

yang aku baca kalau ko rogayah dia bunuh
Quote AMDTurion 27-2-2015 12:49 PM
GhostWalking replied at 27-2-2015 12:46 PM
yang aku baca kalau ko rogayah dia bunuh

Ooh mcm tu pulak yer.
Quote bellaa 27-2-2015 02:18 PM
enchikfitz replied at 27-2-2015 12:36 PM
Mcm x caye je statement bella ni

sembang serius nih..
Quote krustykrab 27-2-2015 03:51 PM
GhostWalking replied at 27-2-2015 12:46 PM
yang aku baca kalau ko rogayah dia bunuh

kesian kawan aku nama dia rogayah...adakah isis akan bunh dia juga
Quote JandaKaya 27-2-2015 04:15 PM
hensem ker kaka ghost..mcm org purba jer
Quote GhostWalking 27-2-2015 04:17 PM
JandaKaya replied at 27-2-2015 08:15 AM
hensem ker kaka ghost..mcm org purba jer

amboi2 cik bunga kuning aku cubit kangggg
Quote dani-rox 27-2-2015 11:57 PM
motip rupa gay bear jah... ala2 francois sagat gituhh

laki si bird of jannah lg kendo kot
Quote Bedah.Cun 28-2-2015 12:02 AM
Rogayahh closet mcm si Ketum dan Sayfool tiew mesti tergedik2 pegi gak tapi sendoo jer sb disuruh bom diri sendiri
Quote star_karat 28-2-2015 12:24 AM
Ada sapa2 tahu facebook geng2 IS ni? Atau website IS ni?

Nak try tengok apa yang dorang post kan.
Quote Bedah.Cun 28-2-2015 12:56 AM
Muke seko2 mcm kaki lancappp jer
Quote JohnDeSouza 28-2-2015 01:01 AM
star_karat replied at 28-2-2015 12:24 AM
Ada sapa2 tahu facebook geng2 IS ni? Atau website IS ni?

Nak try tengok apa yang dorang post kan ...



tu dia penyokong kalipah
https://khilafahdawlaislamiyah.wordpress.com/
http://shoutussalam.com/
http://muslimori1.blogspot.com/


Lihat semua komen(30)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 08:15 PM GMT+8 , Processed in 0.071931 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top