CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Rafizi Cabar Najib Saman Kes 1MDB

2-3-2015 03:57 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 10204| Komen: 47

Rafizi Cabar Najib Saman Kes 1MDB


Susulan kenyataan Datuk Seri Najib Razak akan mengambil tindakan undang-undang terhadap Harakahdaily berhubung laporan yang mengaitkan 1Malaysia Development Berhad (1MDB) dengan keluarganya, Rafizi Ramli hari ini mencabar perdana menteri menyaman beliau terlebih dulu.

Ahli Parlimen PKR itu berkata, beliau terkejut membaca laporan media yang Najib sekali lagi mengugut memfailkan saman, kali ini terhadap lidah rasmi PAS iaitu Harakah.

"Bukan saja saya terkejut kerana kelakuan sebegitu tidak pernah ditunjukkan oleh mana-mana perdana menteri sebelum ini, saya lebih terkejut kerana Najib belum lagi menyaman saya walaupun pernah mengugut untuk berbuat begitu baru-baru ini.

"Oleh itu, saya menasihati Najib supaya menyaman saya dulu sebelum mengugut untuk menyaman pihak lain.

"Saya juga menggalakkan lebih ramai pihak mengkritik Najib dan jangan takut dengan ugutan saman kerana sehingga sekarang beliau masih belum menyaman sesiapa pun, lebih-lebih lagi pengkritik nombor 1 beliau iaitu Tun Dr Mahathir Mohamad," katanya dalam satu kenyataan hari ini.


Pada Khamis, Utusan Online melaporkan, Najib bakal menyaman portal Harakahdaily kerana didakwa memfitnahnya dan anak tirinya Riza Aziz dalam isu 1MDB melalui satu artikel bertajuk “Dana 1MDB biaya syarikat filem Riza Aziz (Bhg 2)'.

Semalam, Najib menyifatkan artikel tulisan Pengarah Urusan Harakah Dr Rosli Yaakub itu, yang mempersoalkan sama ada Riza mendapat manfaat daripada 1MDB, satu "fitnah pihak tidak bertanggungjawab yang tidak lebih daripada sekadar pembohongan".

Rafizi berkata, memandangkan masih tiada tindakan undang-undang dikenakan Najib terhadapnya yang mengkritik keborosan kerajaan sehingga katanya memaksa pentadbirannya memotong subsidi, ia bermakna kenyataannya itu adalah betul. 

Naib presiden PKR itu berkata, beliau pernah menerima surat undang-undang dari peguam Najib dan isterinya Datin Seri Rosmah Mansor pada 4 Disember tahun lepas berhubung satu ceramah dibuatnya di Bandar Tun Razak, Kuala Lumpur.

"Ceramah saya itu mengkritik keputusan menghapuskan subsidi minyak dalam keadaan perbelanjaan kerajaan terus boros dan skandal 1MDB yang menelan dana rakyat.

"Saya menjawab surat undang-undang itu pada 9 Disember, 2014 dengan menegaskan isu subsidi dan keborosan perbelanjaan negara adalah isu berkepentingan awam," katanya.

Bagaimanapun, sehingga kini, Setiausaha Agung PKR itu berkata, beliau masih belum mendapat maklumbalas dari Najib berhubung perkara itu. 

"Saya agak kecewa kerana sebelum itu teruja agar peguam saya boleh menyoal balas Najib dan Rosmah di kandang saksi," katanya. 
17

Bagus
5

Marah
9

Terkejut
26

Sedih
6

Lawak
3

Bosan

Friends Rank (66 people)

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote ctcham 28-2-2015 04:40 PM
ajak debat pun takut
Quote zeck19 28-2-2015 04:47 PM
so, apa tunggu lagi, rakyat pun mahu tahu, siapa betul dan siapa menipu
Quote sabbath_shalom 28-2-2015 04:51 PM
ctcham replied at 28-2-2015 04:40 PM
ajak debat pun takut

Nanti dia hantar kuncu2...najib duduk bawah ketiak bini.
Quote dodolgemok 28-2-2015 04:55 PM
Acah2 manja gitu je,sekali rafizi reply see you in court,terus diam terkedu.macai2 pulak bersorak bila bijan nak saman harakah padahal xtau bijan xkan saman setakar gertak je berani la. @Anak_Nogori @magnus @d'zeck
Quote mattzzx 28-2-2015 04:57 PM
Lepas ni kita boleh tengok sapa yang kena......
Quote magnus 28-2-2015 05:19 PM
dodolgemok replied at 28-2-2015 04:55 PM
Acah2 manja gitu je,sekali rafizi reply see you in court,terus diam terkedu.macai2 pulak bersorak bi ...

Alololo attention seekernya yu ni ya...calling calling ai lg..ai puiii kan je ye...puiiiiiiiiii
Quote R2D2 28-2-2015 05:45 PM
rafizi ada byk info
tu sebab dia berani cabar
mcm kes NFC
yg dia kena pasal maklumat bank
tapi pasal pendedahan NFC mana NFC berani saman
takut lagi byk terbongkar   
Quote MatDeghem 28-2-2015 06:39 PM
dodolgemok replied at 28-2-2015 04:55 PM
Acah2 manja gitu je,sekali rafizi reply see you in court,terus diam terkedu.macai2 pulak bersorak bi ...

jgn lupa peguam @Maideen.

Quote rashiman 28-2-2015 06:51 PM
Eloklah najib saman harakah....dia nak jaga jugak maruah dia....
Kalau perkara tu bukan fitnah....harakah kenalah buktikan....
Quote dodolgemok 28-2-2015 07:17 PM
magnus replied at 28-2-2015 05:19 PM
Alololo attention seekernya yu ni ya...calling calling ai lg..ai puiii kan je ye...puiiiiiiiiii

Jilat la bijan kakmah kau tu selagi mampu,nnti hujung tahun kutip brim pastu jerit hidup umnuuu.kahkahkah dasar macai bimbo
Quote zach2008 28-2-2015 08:01 PM
PM tak boleh saman org ka? Tp ketua pembangkang sikit2 saman boleh je
Quote EJALTI 28-2-2015 08:22 PM
zach2008 replied at 28-2-2015 08:01 PM
PM tak boleh saman org ka? Tp ketua pembangkang sikit2 saman boleh je

Op coz  PM boleh saman.....

So, bijan cepat2 la saman Rafizi & Harakah.....
Iols harap bijan tunjuk 'tulur' sket.....
Ker bijan kena tunggu green light dr kak mah?



Quote tepisket.. 28-2-2015 08:22 PM
Fuhhh!! Panas! Lagi panas dari cuaca skrg.
Quote magnus 28-2-2015 08:31 PM
dodolgemok replied at 28-2-2015 07:17 PM
Jilat la bijan kakmah kau tu selagi mampu,nnti hujung tahun kutip brim pastu jerit hidup umnuuu.ka ...

Ish ish ish..kesian yu ni ...bawak bawakla berehat ya..kronik yu ni..ish ish ish
Quote rashiman 28-2-2015 08:34 PM
EJALTI replied at 28-2-2015 08:22 PM
Op coz  PM boleh saman.....

So, bijan cepat2 la saman Rafizi & Harakah.....

Satu2 dulu saman....saman akhbar dulu....berita yg bertulis....
Quote EJALTI 28-2-2015 08:36 PM
rashiman replied at 28-2-2015 08:34 PM
Satu2 dulu saman....saman akhbar dulu....berita yg bertulis....

Okehhhhh....iols tunggu jerk bijan saman harakah.......
Quote cucumberkl 28-2-2015 09:37 PM
Hah @Anak_Nogori  ...  Mano poie telu bijan kesayangan para macai
Xkan biji simpan dlm handbag kot
Quote cadarblogsot 28-2-2015 09:51 PM
Ayat x menahan... klu para suami lain yg takut isteri pun.. jawabnya isteri sembunyi telur lah
Quote hanakikan 28-2-2015 10:03 PM
Bijan ni mn ada telo. Telo dia kak mah yg pegang

Lihat semua komen(47)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-11-2024 08:08 PM GMT+8 , Processed in 0.061189 second(s), 36 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top