CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Hot Topic Lihat artikel

MH370: Tiada Perubahan Tingkah Laku Anak Kapal

9-3-2015 11:04 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 3852| Komen: 0

MH370: Tiada Perubahan Tingkah Laku Anak Kapal



PUTRAJAYA - Tiada sebarang tanda-tanda perubahan tingkah laku pemencilan sosial, perubahan tabiat atau minat, pengabaian diri, penyalahgunaan dadah atau alkohol dalam kalangan semua anak kapal pesawat Malaysia Airlines (MAS) Penerbangan MH370, yang masih hilang.
   
Mengikut Maklumat Fakta mengenai Penyiasatan Keselamatan bagi MH370 yang dikeluarkan hari ini, rakaman televisyen litar tertutup (CCTV) di Lapangan Terbang Antarabangsa KL (KLIA) pada 7 Mac tahun lepas telah dikaji untuk menilai pola-pola tingkah laku Kapten Zaharie Ahmad Shah, 53, dan pegawai pertama Fariq Ab Hamid, 27, dari masa ketibaan di KLIA sehingga waktu berlepas.
   
Menurut laporan itu tiga rakaman CCTV sebelumnya mengenai pergerakan Kapten Zaharie di KLIA iaitu pada 3 Mac (ke Depnasar, Bali), 26 Februari (ke Melbourne, Australia) dan 21 Februari (ke Beijing, China) juga ditonton untuk melihat pola-pola tingkah laku dan dibandingkan dengan rakaman CCTV pada 7 Mac tahun lepas.  
   
"Selepas mengkaji pola-pola tingkah laku kapten melalui rakaman CCTV pada hari penerbangan dan sebelum tiga penerbangan itu, tiada sebarang perubahan tingkah laku signifikan yang dikesan. Semua rakaman CCTV menunjukkan penampilan yang serupa: penampilan bergaya dan berpakaian kemas. Gaya berjalan, postur, ekspresi muka dan tingkah laku ialah ciri-ciri beliau yang biasa," kata laporan itu.
   
Laporan itu menyatakan pergerakan Fariq, yang dirakam melalui CCTV di KLIA pada 7 Mac tahun lepas, juga ditonton dan pola tingkah lakunya menunjukkan tiada perubahan signifikan.

Penerbangan MH370, yang membawa 12 anak kapal dan 227 penumpang, hilang dari imbasan radar semasa dalam penerbangan dari Kuala Lumpur ke Beijing kira-kira sejam setelah berlepas dari KLIA pada 8 Mac. Pesawat itu sepatutnya tiba di Beijing 6.30 pagi pada hari yang sama.
   
Laporan Maklumat Fakta itu turut menyatakan tiada perubahan signifikan berhubung dengan gaya hidup, konflik antarapersonal atau tekanan keluarga.
   
"Keupayaan kapten untuk menangani tekanan di tempat kerja dan rumah adalah baik. Beliau tidak pernah bersikap acuh tak acuh, berasa resah atau cepat marah," kata laporan itu.
   
Mengenai latar belakang kewangan, laporan itu menyatakan bahawa kapten, pegawai pertama dan 10 anak kapal itu mempunyai akaun bank dan pinjaman.
   
Bagaimanapun, pendapatan kasar bulanan dan perbelanjaan menunjukkan tiada apa-apa yang luar biasa.
   
"Tiada bukti transaksi kewangan terkini dilakukan," kata laporan itu.      

Laporan itu menyatakan tiada rekod utama disiplin yang melibatkan mana-mana anak kapal penerbangan dan kabin itu.
   
Bagaimanapun, terdapat isu-isu disiplin yang kecil dalam kalangan anak kapal, di mana surat amaran pernah dikeluarkan.
   
Mengenai sejarah perubatan dan ubat-ubatan, laporan itu menyatakan Kapten Zaharie tidak mengambil apa-apa ubat jangka panjang bagi sebarang penyakit kronik dan tiada isu berkaitan kesihatan yang signifikan bagi pegawai pertama itu kerana beliau menjalani pemeriksaan kesihatan tahunan untuk memperoleh sijil kelayakan terbang secara berterusan.
   
Berdasarkan rekod perubatan daripada MAS, tiada isu berkaitan kesihatan luar biasa yang melibatkan anak kapal kabin kecuali bagi penyelia penerbangan Patrick Francis Gomes yang pernah diserang penyakit sawan pada Jun 2013 dan beliau diperakui layak terbang pada 6 Ogos 2013.
   
Selain itu, semua lesen dan sijil yang perlu telah didapati sah apabila kapten dan pegawai pertama berkenaan mengendalikan penerbangan MH370 ke Beijing.

Menurut laporan itu, rekod penerbangan kapten dan pegawai pertama selama 72 jam sebelum itu dan kitaran 28 hari sebelumnya adalah dalam linkungan had yang ditetapkan syarikat.
   
Dua anak kapal penerbangan itu juga tertakluk kepada pemeriksaan berkala semasa penerbangan sekurang-kurangnya dua kali setahun untuk mengesahkan semula lesen mereka mereka kerana pemeriksaan itu dijalankan dalam simulator penerbangan yang dibenarkan.
   
Di samping itu, pemeriksaan prestasi seterusnya dijalankan semasa tugasan dalam penerbangan komersil biasa setiap tahun.      
   
Laporan itu menyatakan pengalaman terbang anak kapal adalah meliputi tempoh 13 tahun bagi kebanyakan anggota junior hingga 35 tahun bagi yang paling kanan.
   
"Kajian rekod mereka dalam MAS mendedahkan bahawa semua sijil yang merangkumi latihan Prosedur Kecemasan Keselamatan (SEP), Pengurusan Sumber Anak Kapal (CRM) dan Program Kesedaran Keselamatan (SAP) adalah sah selaras dengan keperluan yang dinyatakan dalam dokumen syarikat.
   
"Rekod penerbangan yang dipantau oleh Pejabat Penjadualan menunjukkan bahawa semua anak kapal kabin mempunyai masa rehat yang mencukupi sebelum mengendalikan
penerbangan," kata laporan itu.

1

Bagus
4

Marah
2

Terkejut
3

Sedih
1

Lawak
3

Bosan

Friends Rank (14 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

| Komen di Forum

Komen Terbaru


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-11-2024 09:08 PM GMT+8 , Processed in 0.053928 second(s), 14 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top