CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Program Jom Masuk 'Uitm' Bagi Yang Keputusan Spm Kurang Memuaskan

9-3-2015 12:11 PM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 13612| Komen: 105

Program Jom Masuk 'Uitm' Bagi Yang Keputusan Spm Kurang Memuaskan


KUALA LUMPUR: Program selangkah ke Universiti Teknologi Mara (UiTM) dilihat platform untuk anak muda di negeri itu yang tidak berkemampuan atau mendapat keputusan kurang memuaskan menyampung pembelajaran di institusi pengajian tinggi awam (IPTA).

Pengerusi Jabatan Gen Y dan Profesional Muda UMNO Selangor, Datuk Azhari Shaari berkata, ia dirancang akan diperluaskan dengan peningkatan penyertaan anak muda dari seluruh negara selepas program pertama yang akan diadakan pada Ahad.

"Program terbuka ini tidak menumpukan kepada anak muda dari Shah Alam atau Selangor sahaja, ia akan diperluaskan ke seluruh negara.

"Ia membuka peluang kepada mereka yang layak untuk menyambung pengajian pra-diploma seterusnya diploma, ijazah dan lebih tinggi," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.

Program dengan kerjasama UiTM itu menumpukan anak muda yang mempunyai pendapatan ibu bapa kurang dari RM3,000 sebulan.

Mereka perlu lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan mendapat minimum tiga kredit di dalam mata pelajaran yang tertentu.

Calon yang layak juga adalah daripada lepasan SPM pada 2009 sehingga 2014.

Dalam pada itu kata Azhari yang juga Ketua UMNO Bahagian Shah Alam, mereka yang terpilih kelak akan mendapat yuran pengajian dan kemudahan asrama percuma.

"Mereka juga akan menerima wang sara diri atau elaun mengikut jumlah yang akan ditetapkan kelak," jelasnya.

14

Bagus
15

Marah
22

Terkejut
22

Sedih
15

Lawak
19

Bosan

Friends Rank (107 people)

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote penjejak_awan 7-3-2015 01:58 PM
uitm dan result sendu berpisah teda
Quote white_musk 7-3-2015 02:01 PM
tapi kawan-kawan akak yang ex-uitm kata susah tau nak masuk uitm.... result kena bagus....
Quote jazaa 7-3-2015 02:40 PM
Skrg dah senang ke nk masuk uitm.....
Quote cmf_herrhughie 7-3-2015 02:41 PM
Patutlah ramai keluaran uitm sohai belaka
Quote ajinomotonosuga 7-3-2015 02:51 PM
tak btui nama tu Universiti itm

sewajar nya depa tulis ITM (university)

pasei itm tu di upgrade jek..bukan asal usul uni

macam uni malaya or uni islam tu..tenguk je cam na kawasan depa..perghhhh luasss, depa alone dah macam bandar

maybe isu ni tak penting pun..tapi pada aku kalo dah awal2 silap bab cam tu..yang siyes nya camna plak nanti?

itm dari dulu majlis amanah rakyat, memang platform untuk anak melayu dan bumis yang keptuusan sendu or yang pandai tapi tadak duit nak sambung belajo

kendian bila banyak badan lain cam petronas bank negara tnb telekom dan ada yayasan cam syed bukhari yayasan daim seme pun ada dok sapot anak melayu study so yang tinggal cuma yang sendu

so hok ni yang salu masuk itm tu pasal dapat wartawan pun ramai jenis sendu

ntah apa di banggakan dengan mascom itm tu..wartawan lepasan depa mostly jenis carik makan politik..meluat aku

kalo tak politik sesat ke bidang media hiburan..bab pondan toksah cite ler itm.. kokesen kata the MECCA of pondan pelajar melayu

ni aku cite awal 80s nya senario di itm ok?


satu lagi itm tempat anak orang kaya nak dapat kan segulung certificate or ijazah scroll..kebanyakan reason pasei mak abah takut depa rosak kalo poi antar overc sedangkang depa dah lama rosak dok kolompo pun..tapi pandai berlakun..alaa cam biasa laa

so takmo malu dan kalah dengan jiran or geng gomen depa so mak ayah anto itm..masuk senang laa pasal kabel kuat..ari2 dok mai melaram abis kalo pi class..muka plak tipikal ratu jamu, kelabu asap abis tapi idup kene ada class laaaa katakan yer dak?

memang sonok idup dalam kelomppk sama bangsa ni..tapi memang tadak progress pun laaa
Quote white_musk 7-3-2015 03:05 PM
ajinomotonosuga posted on 7-3-2015 02:51 PM
tak btui nama tu Universiti itm

sewajar nya depa tulis ITM (university)

tapi set set tu ngaku graduan uitm laku macam pisang goring panas......
Quote ajinomotonosuga 7-3-2015 03:09 PM
white_musk replied at 7-3-2015 03:05 PM
tapi set set tu ngaku graduan uitm laku macam pisang goring panas......

hang silap dengaq kut..

depa actually kata graduan itm tu mostly laku sebagai penjuai guren pisang panas.. ramai cam tu

haa tu maksud dia kut
Quote mattzzx 7-3-2015 03:57 PM
SAtu program yang sangat bagus.....
Quote kimsa-ra 7-3-2015 04:26 PM
makin ramai dia ambil ramai gak kena tendang..
antara universiti tendang mahasiswa..

utk lepasan spm mmg snang masuk..
Quote ryer25 7-3-2015 04:29 PM
Uitm dihatiku
Quote zamnie 7-3-2015 04:38 PM
Uitm mmg senang nak masuk anak buah takde  A pun lehh masuk gak...
Quote penjejak_awan 7-3-2015 04:53 PM
bagus uitm ni...toling melayu...bnyak c dan d pun boley jer masuk
Quote noor2 7-3-2015 05:10 PM
Ala....la ni berlambak university swasta..kolej swasta.....x lulus dgn cemerlang spm boleh ja masuk mana2 asalkan ada duit...tamat kurus boleh ja dapat kerja.
Quote ohnoLia 7-3-2015 05:11 PM
zamnie replied at 7-3-2015 04:38 PM
Uitm mmg senang nak masuk anak buah takde  A pun lehh masuk gak...

Kursus apa ye? Klu kursus computer science dan engireering boleh masuk x klu yanpa A?
Quote bluehedgehog 7-3-2015 05:12 PM
kebykan graduate yg kluar dr uitm masuk kje trus kelaut
Quote batmana 7-3-2015 05:18 PM
bagi org peluang belajar tu satu kebaikan ape..
lantakla klu kene tendang ke ape,

at least adalah usaha tuk bantu pelajar tu smbung study.

abis takkan nk biarkan pelajar2 yg ingin nk belajar ni jadi pak guard aja..
Quote Aya_Osman 7-3-2015 05:25 PM
zamnie replied at 7-3-2015 08:38 AM
Uitm mmg senang nak masuk anak buah takde  A pun lehh masuk gak...

biasanya yg result xbagus tu dia amik sijil ataupun pra U jer la...agak2 la sket nak kutuk2..ingt senang ke nak dapat masuk blaja sana...anyway..Uitm dihatiku..
Quote R2D2 7-3-2015 05:52 PM
kalau terlalu kurang memuaskan
akan ditawar program sijil ataupun pra-diploma
Quote hanamunir 7-3-2015 05:53 PM
selalu budak fac law, keta makk aii..
besar nak mampus..
boleh tak bawa merc sport hitam berkilat, 2-seat nak gi class..
turun2 student..
tu blum lagi yang bawa mini cooper, volvo kaler gold, bmw coupe..
kalah lecturer..

ada tu, lecturer nak buat class tambahan hujung minggu,
dia kata tak boleh join..
lecturer tanya pasaipa..
saya nak balik kampung kat london..
kebetulan isnin tak de class, selasa class petang..
so, jumaat fly, blik isnin..
lecturer tanya sempat ke,
eh sempat, sehari pun da ok kat sana, asal jumpa mak je..
haaaaa, ko hadoooo?

Lihat semua komen(105)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

27-11-2024 03:47 PM GMT+8 , Processed in 0.108486 second(s), 34 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top