CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Ladylista Hiburan Lihat artikel

10 Artis Rakaman Terkaya Dunia

9-3-2015 03:28 PM| Diterbitkan: CMFreporter| Dilihat: 2644| Komen: 0

LadyLista - Mari kita lihat antara artis yang terkenal dunia dengan pendapatan melebihi 100 juta yang dikeluarkan oleh Wealth-X sebagai artis terkaya dunia pada masa kini.


1.Madonna Ciccone

Madonna merupakan wanita kelahiran amerika syarikat. Lahir pada 16 Ogos 1958 merupakan penyanyi yang bernama besar sehingga diberi gelaran ratu 'Pop'. Di akui oleh Guinness Book of Record Madona merupakan artis yang berjaya sepanjang masanya. Dengan  album rakaman yang menjadi fenomena pada tahun 1962 yang berjudul 'Everybody', jadi tak hairan lah jika Madonna dinobatkan sebagai artis rakaman terkaya dunia dengan harta berjumlah 800 juta US dollar, seperti yang direkodkan oelh Wealth-X.Penyanyi tersebut  bukan hanya menulis lagu, Madonna juga pelakon yang menceburi bidang perniagaan dengan jenama fesyen, buku kanak-kanak dan pengarahan filem.


2. Paul McCartney

Menjadi antara salah seorang anggota The Beatles membuatkannya mencapai tahap popular sehingga ke tahap ini.Dengan kumpulan ini, dia hanya memperoleh 7 Juta USD. Selepas bergerak secara solo, lagenda muzik ini meraih pendapatan kira-kira 660 juta USD. MacCartney dalam temubual berkata, pendapatannya akan berkembang dalam beberapa tahun ini dimana dia dilaporkan akan berjaya menuntut hak cipta Beatles katalog yang akan membantu dia menjenamakan namanya sendiri.

3. Andre Romelle Young (Dr Dre)

Pendapatannya kini mencecah 650 juta USD, tak ada siapa yang akan lupa mengenai kehadiran Dr Dre.Rapper berusia 49 tahun ini mula membuat debut pada 1992 dan juga pengasas kepada Beats  Electronics and Aftermath Entertainment. Dia menjual syarikat'headphone' berkualiti tinggi kepada Apple awal tahun ini yang melonjak pendapatannya naik kepada 3 billion.

4. Sean John Combs (Diddy, Pudd Daddy)

Sean Coms pernah melalui beberapa peringkat semasa menceburi karier muziknya, tetapi ia tidak memberi impak kepada pendapatannya. Combs, 45, mempunyai pendapatan dianggarkan bernilai 640 juta USD. Rapper ini menceburi beberapa jenis perniagaan, dan yang terbaru apabila melancarkan jaringan kabel muzik, Revolt Tv bersama Ciroc Vodka.

5.Celine Dion

Penyanyi Canada ini terkenal dengan lagu-lagu cinta yang dan dianggarkan berpendapatan 630 juta USD. Dion, 46, telah menandatangani kontrak besar di Las Vegas sehingga tahun 2019 dan menjadi antara artis paling untung di Vegas.

6.Paul David Hewson (BONO)

Penyanyi utama kumpulan U2 yang merupakan salah satu wajah yang paling diiktiraf dalam industr muzik mempunyai aset bersih bernilai 590 juta USD. Dia telah menjual lebih 150 juta  album secara global dan dikhabarkan merancang untuk membuat konsert 'world-wide' pada 2015.

7. Mariah Carey

Pernah memainkan peranan besar dalam industri pop untuk lebih 2 dekad. Kini pendapatannya dianggarkan 520 juta USD.


8.Shawn Corey Carter (Jay-Z)

Dia mungkin mempunyai 99 masalah... namun bank akaunnya tak mungkin kosong. Jay-Z,45, dianggarkan berpendapatan 510 juta USD. Pemenang Grammy Awards ke 19, menceburi banyak  bisnes dan merupakan pengasas kepada syarikat Roc nation dan pemilik 40/40 clubs.

9. Elton Hercules John

Lelaki yang popular dengan lagu berjudul 'Rocket man' ini mempunyai pendapatan 450 juta USD, terima kasih pada kariernya yang tidak pernah luput lebih 4 dekad beraksi dengan terbarunya di atas pentas Vegas.

10.Beyonce Knowles-Carter

Pada usia 33, penyanyi ini dianggarkan telah mengumpul harta sebanyak 440 juta USD. Setelah berkahwin dengan Jay-Z, Queen B melonjak pendapatan kasar sehingga 66.4 Juta USD dalam penjualan tiket. Jika digabung pendapatan dia dan suaminya, Wealth-X meletakkan pasangan ini kepada pasangan bilionaire dengan pendapatan bernilai 950 juta USD.


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen Terbaru

Sub-category


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

24-11-2024 09:37 AM GMT+8 , Processed in 0.028277 second(s), 11 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top