CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Ladylista Tips Cantik Lihat artikel

Dapatkan Tidur Tanpa Gangguan

9-3-2015 04:51 PM| Diterbitkan: CMFreporter| Dilihat: 1636| Komen: 0

LadyLista - Tak semua ada masalah sukar tidur dan mendapatkan tidur yang lena itu bagi sesetengah orang adalah impian. Jika tidak terjaga ditengah-tengah malam, pasti anda senang terjaga di keheningan malam. Bagi mereka yang mengalami masalah sebegini, kadang-kadang buntu tak tahu nak buat apa. Situasi ini pasti ia akan mengganggu emosi anda semasa kerja. Masuk pejabat pun dengan muka lesu, mata layu sehingga terlelap di pejabat! 

Sebenarnya, masalah sukar tidur ini berpunca dari kecelaruan fikiran dan emosi anda sendiri. Mereka yang sering menghadapi masalah sukar tidur mempunyai daya ingatan yang lemah. Jika anda seharusnya mengambil tindakan segera bagi mengatasi masalah ini. Perlu diingatkan, jangan biarkan masalah ini berlarutan sehingga menjejaskan kesihatan sendiri.




  • Bernafas dengan tenang dan kosongkan fikiran. Pejamkan mata dan lupakan masalah untuk seketika. Buat sehingga anda tertidur. Cara ini diakui sangat membantu untuk tidur nyenyak dan mengatasi masalah sukar tidur.
  • Buang tabiat suka berkhayal ketika berbaring. Ia menjadi satu tabiat pada diri sendiri dan mengganggu kosentrasi anda untuk tidur. Diingatkan, tidur adalah waktu untuk anda berehat.
  • Elakkan dari mengambil minuman yang berkafein sebelum tidur. Minuman ini akan merangsang otak dan sistem saraf anda.
  • Jangan mengambil makanan berat pada lewat malam. Ia bukan sahaja akan menyebabkan anda sukar tidur, malah menambah berat badan!
  • Jadikan waktu malam sebagai waktu anda berehat. Jangan biarkan diri anda dibebani tugasan kerja. Sepatutnya, anda hanya berehat dan melakukan aktiviti santai bersama keluarga.
  • Pastikan anda mandi selepas pulang bekerja. Kesegaran tubuh badan amat membantu anda tidur nyenyak pada waktu malam.
  • Elakkan tidur pada waktu petang. Pada waktu itu, tubuh anda seharusnya aktif. Jika tidak, tenaga di dalam badan akan dibawa oleh otak dan menyukarkan anda untuk tidur malam.
  • Aktifkan diri anda selepas pulang bekerja. Lakukan aktiviti beriadah seperti berjogging bersama keluarga. Keletihan pada waktu petang akan memudahkan anda tidur nyenyak pada waktu malam.
  • Sunnah Rasullah SAW Sebelum Tidur.Ramai antara kita yang sering mengabaikan bacaan doa sebelum tidur. Cubalah dan pastinya anda akan mendapat tidur yang kena dan nyenyak. Jangan tidur menghadap kaki ke arah kiblat. Ini adalah kedudukan tidur orang yang telah mati.
  • Niat untuk bangun Solat Tahajjud. Sekiranya tidak terjaga, Allah swt akan mengira seolah-olah dia bertahajjud sepanjang malam. Tahajjud adalah sebaik-baik pelindung daripada sihir dan buatan orang.
  • Ambil wudhu sebelum tidur dan Solat Sunat Taubat 2 rakaat.
  • Maafkan semua kesalahan manusia pada kita dan halalkan semua hutang-piutang sebelum tidur.








Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen Terbaru

Sub-category


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

28-11-2024 05:17 AM GMT+8 , Processed in 0.027423 second(s), 11 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top