Bahan-bahannya 1 ekor sotong kering yang sudah di kembangkan,dipotong dadu2 diclurkan dalam air panas bergaram 2 keping tauhu digoreng dihiris2 1 paket daun Kang Kung (organic – ikut citarasa) di celurkan 1 cawan kacang goreng di tumbuk tak terlalu halus 1 batang timun di hiris2 Sosnya 3 sudu besar petis 2 sudu besar cili kisar 2 sudu besar jus limau (2 limau kasturi) 6 sudu besar gula melaka dicairkan dulu 2 sudu besar gula pasir 1/2 botol sos tomato ketchup Air secukup nya Cara2nya Semua bahan2 seperti sotong dan kang kung di celurkan dalam air panas bergaram. Dipotong dadu kecil dan ditoskan dan tepikan. Tauhu digoreng dan di hiris2 ikut citarasa. Kacang goreng tak berkulit ditumbuk tak terlalu halus. Boleh gunakan kacang paket dikedai yang sedia ada. Sajikan dipinggang lebar sebelum dituangkan sos petis nya.
Sosnya, Masak dan cairkan seketul gula melaka dalam periok yang berair sedikit. Letakan gula pasir, jus limau, cili kisar, sos tomato dan petis. Masak sosnya kacau, letakan sedikit air. Sos nya jangan terlalu cair. Rasa sos kuahnya, ia mesti masam manis dan pedas sedikit(ikut citarasa.
|
ADVERTISEMENT