CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Sukan Lihat artikel

Pelantikan Morten Frost tepat dengan rancangan KBS

11-3-2015 06:20 PM| Diterbitkan: admin6| Dilihat: 4323| Komen: 0



PELANTIKAN
Morten Frost Hansen sebagai Pengarah Teknikal Kebangsaan Persatuan Badminton Malaysia (BAM) bertepatan dengan rancangan Kementerian Belia da Sukan (KBS) untuk meningkatkan prestasi sukan itu.
          
Ketua Pengarah Majlis Sukan Negara (MSN) Datuk Ahmad Shapawi Ismail berkata Frost akan memperhalusi Pelan Pembangunan Sukan Jangka Panjang (blueprint) yang disediakan dan seterusnya memberikan pandangannya untuk pembangunan sukan badminton.
          
"Beliau telah berjumpa dengan saya tadi, saya telah mengambil kesempatan untuk membentangkan (pelan) transformasi sukan yang akan berlaku kerana bersesuaian dengan peranan beliau sebagai pengarah teknikal.
          
"Apa yang dilakukan untuk sukan badminton ini akan diselaraskan oleh beliau...kita akan selarikan approach beliau dengan approach yang akan dilakukan di peringkat kebangsaan," katanya.
          
Ahmad Shapawi bercakap kepada pemberita selepas merasmikan bengkel pelan pembangunan sukan 2015-2022/2023 fasa 2 di Pusat Kecemerlangan Sukan Kampung Pandan di sini hari ini.
          
Frost, johan All-England sebanyak empat kali itu, dan dikenali sebagai 'Mr Badminton' yang telah memulakan tugasnya pada 23 Februari lalu, mengikat kontrak bersama MSN sehingga 31 Disember 2020.
          
Fasa kedua bengkel itu yang akan berlangsung selama tiga hari bermula hari ini melibatkan sembilan sukan - akuatik (renang irama), gimnastik artistik, hoki (lelaki), karate, boling padang, taekwondo, tenpin bowling, tinju dan wushu.   
          
Lima teras strategik utama yang dibincangkan adalah penyertaan dan latihan, kejurulatihan dan pembangunan program latihan, pertandingan, pencarian dan pengkhususan bakat serta pembangunan organisasi.
          
Shapawi juga yakin bahawa Frost, bekas Pengarah Kejurulatihan BAM dari tahun 1997-2000, dapat merapatkan hubungan di antara jurulatih dan badan induk badminton itu yang tidak begitu baik sejak akhir-akhir ini.
          
"Semua pihak sedar dengan permasalahan yang kita hadapi dan sudah tentu kehadiran Frost dah mengurangkan perselisihan di antara jurulatih dengan jurulatih, antara jurulatih dengan saintis sukan dan juga antara jurulatih dengan pentadbiran.
       


Bagus

Marah

Terkejut

Sedih

Lawak

Bosan

ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

31-10-2024 11:33 AM GMT+8 , Processed in 0.038076 second(s), 11 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top