CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Ron97 Tetap Kena Gst, Kata Ketua Setiausaha Kementerian

16-3-2015 10:04 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 5997| Komen: 19

Ron97 Tetap Kena Gst, Kata Ketua Setiausaha Kementerian 


Putrajaya setakat ini tidak ada perancangan memansuhkan cukai barangan dan perkhidmatan (GST) yang akan dikenakan atas harga jualan runcit petrol RON97 seperti diumumkan dalam bajet tahunan, kata Ketua Setiausaha Kementerian Perdagangan Dalam Negeri Koperasi Dan Kepenggunaan (KPDNKK) Datuk Seri Alias Ahmad.

Katanya, pengguna masih mempunyai pilihan alternatif dengan menggunakan petrol RON95 yang tidak akan dikenakan GST 6%, sebaliknya hanya dikenakan cukai secara pukal seperti diesel.

"Kita ada pilihan, kerana ada alternatif RON95. Sebab, RON 95 tidak dikenakan GST," katanya pada satu sidang media sempena Sambutan Hari Hak-hak Pengguna Sedunia di Dewan KPDNKK, Putrajaya hari ini.

Dalam pembentangan Bajet 2015, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak mengumumkan pelaksanaan GST mulai April tidak akan membabitkan RON95, diesel dan gas petroleum cecair (LPG).

Dalam perkembangan lain, Alias memberitahu pemberita, satu operasi besar-besaran dinamakan Operasi Antipencatutan (Ops Catut) akan diadakan pada 2 April bertujuan melihat impak selepas GST dilaksanakan.

"Pihak KPDNKK akan bekerjasama dengan pihak kastam dan ia akan terus dilakukan sehingga harga barang dan ekonomi negara stabil," katanya.

Ini merupakan fasa kedua Ops Catut selepas yang pertama dilaksanakan mulai 15 Januari hingga 11 Mac, melibatkan pegawai kementerian sahaja.

Terdahulu, Alias membaca teks ucapan menteri Datuk Seri Hasan Malek, mengatakan sepanjang tempoh Ops Catut fasa pertama, 451,794 premis diperiksa.

"Daripada jumlah itu, 2,498 buah premis di kompaun atas pelbagai kesalahan mengikut Akta Kawalan Harga & Anti Pencatutan 2011, dengan nilai rampasan berjumlah RM426,857 dan nilai kompaun berjumlah RM279,166," katanya.

21

Bagus
20

Marah
17

Terkejut
18

Sedih
19

Lawak
13

Bosan

Friends Rank (108 people)

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote mikasa 15-3-2015 06:02 PM
ada cukai jugak rupanya ron95 dan diesel yer


cukai pukal tu camana yer
Quote dodolgemok 15-3-2015 06:26 PM
beribu2 taniah....ini yg disokong rakyat marhaen tak kira miskin atau kayo
Quote belilies 15-3-2015 07:35 PM
Ops catut? Catut ni apa maksudnya?
Quote nabila11 15-3-2015 07:40 PM
alahai semua pun naik. hujan pun xmo turun ni
Quote cikjem 15-3-2015 07:50 PM
pergh...petrol ade gst. so nanti beli petrol, rm50, kena tmbh extra rm3. untungnye jd rakyat malaysia.
Quote olaoliolu 15-3-2015 08:47 PM
Jalan kaki la pasni menteri bg pilihan.
Quote EJALTI 15-3-2015 09:04 PM
Syukurrrrrrrrrrrrr.......1Malaysia masih aman
Quote sub5zero 15-3-2015 09:57 PM
Kalau x cukup lg pasni pekerja dpt gaji bulanan pun patut kena gst
Quote gekkou 16-3-2015 01:13 AM
Adehhh...
SO HARga petrol skang tu blom kira gst la ye?
Trpksa bg mkn kete ron95 aje
LEpas ni
Semuanya kn gst.. Gaji pn kn up la ini mcm
Quote bungarose 16-3-2015 01:25 AM
Cisss ::
Quote Mr.Virus 16-3-2015 09:42 AM
tak tau dah nak kata apa lagi dengan kerajaan sekarang ni
lambat nye nk tunggu PRU akan datang
Quote BlueEagle 16-3-2015 09:45 AM
pasni jom jalan kaki pi keja....

Quote BlueEagle 16-3-2015 09:47 AM
dulu pendapatan je kena cukai...sekarang belanja pun kena cukai....pasni silap haribulan tido pun kena cukai....
Quote the_killer 16-3-2015 09:54 AM
syukurrr
Quote makcik.peah 16-3-2015 12:29 PM
Malaysia masih aman..........
Quote vandergooh 16-3-2015 01:17 PM
Camna nak langsai segala hutang piutang cam 1mdb nanti dik...
Quote lonso 16-3-2015 01:32 PM
bagusnyalah.. syukur... malaysia masih stabilll
Quote Z77 16-3-2015 05:15 PM
Mr.Virus replied at 16-3-2015 09:42 AM
tak tau dah nak kata apa lagi dengan kerajaan sekarang ni
lambat nye nk tunggu PRU akan dat ...

nak dekat PRU akan datang..bila dah hampir aje kerajaan akan umumkan so called 'ehsan kerajaan' di mana gst di kecualikan pada tahun itu..maka berduyun2 rakyat malaysia bersyukur dan pangkah parti yg sama....lepas tu same old story....
Quote krimkelapa 16-3-2015 06:39 PM
kerajaan malaysia semakin gila

Lihat semua komen(19)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 11:04 AM GMT+8 , Processed in 0.248721 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top