CariDotMy

 Forgot password?
 Register


ADVERTISEMENT

CariDotMy Portal Portal Utama Isu Semasa Lihat artikel

Wanita Dalam Pantang Di Seret Ke Jalan!

16-3-2015 10:11 AM| Diterbitkan: admin9| Dilihat: 8374| Komen: 56

Wanita Dalam Pantang Di Seret Ke Jalan!

 
Gambar Hiasan.                                                                     


BERA - Seorang wanita yang masih berpantang diseret di atas jalan dan dipukul suaminya sendiri selepas pasangan terbabit bertengkar di Felda Tementi, di sini semalam.

Ketua Polis Daerah Bera, Deputi Superintendan Zul Haizal Zainal Abidin berkata, dalam kejadian kira-kira jam 9.30 pagi itu, mangsa bengkak di kepala, calar di muka dan sakit di bahagian badan selain tiga giginya hampir patah.

“Kejadian bermula selepas pengadu mengejutkan suaminya yang sedang tidur bagi meminta dihantar ke Klinik Bandar 32 kerana anak mereka yang berumur sembilan hari mengidap demam kuning.

“Sebaik sahaja sampai di hadapan klinik, berlaku pertengkaran dalam kereta sehingga suami pengadu memaki hamun dan mendakwa anak kecil itu bukan anaknya.

“Kemudian suami pengadu berpatah balik ke rumah dan apabila sampai di rumah, pengadu dipukul dan diseret atas jalan sehinggalah dileraikan orang ramai,” katanya, di sini semalam.

Menurut Zul Haizal, mangsa yang mempunyai lima anak berumur antara sembilan bulan hingga sembilan tahun telah mendapatkan rawatan di klinik berhampiran sebagai pesakit luar.

Wanita terbabit yang berasal dari Selangor berkahwin dengan suaminya 10 tahun lalu atas dasar cinta.

Sementara itu, Zul Haizal berkata, kes tersebut disiasat mengikut Seksyen 325 Kanun Keseksaan dan suami mangsa yang berumur 34 tahun telah ditahan untuk siasatan lanjut.

Katanya, berdasarkan siasatan awal suspek yang tidak bekerja dan menumpang di rumah keluarga angkatnya di Felda Tementi di sini, turut positif dadah.



4

Bagus
2

Marah
4

Terkejut
3

Sedih
3

Lawak
2

Bosan

Friends Rank (18 people)

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Lawak

    Anonymity

  • Sedih

    Anonymity

  • Bosan

    Anonymity

  • Bagus

    Anonymity

  • Terkejut

    Anonymity

  • Marah

    Anonymity


ADVERTISEMENT


Anda Mungkin Meminati

Komen di sini | Komen di Forum

Komen Terbaru

Quote Innrukia 16-3-2015 07:53 AM
Dah biasa dah didera fizikal & mental ni...
asal berlaki
Quote rykall 16-3-2015 07:55 AM
sape suruh kawen dgn mat pit...agaknya takut dgn title andalusia kot...
Quote inai_Djari 16-3-2015 07:59 AM
kesiannya..dahlah menumpang di rumah keluarga angkat,tak kerja lps tue positif dadah..hopefully anak2 tak mewarisi kepapaan mak ayah..
Quote akuMNdia 16-3-2015 08:04 AM
rykall replied at 16-3-2015 07:55 AM
sape suruh kawen dgn mat pit...agaknya takut dgn title andalusia kot...

ni semua salah ifanonline..  

Quote mak_wa95 16-3-2015 08:07 AM
macma dia tu mulia sangat,nak tuduh bini curang...
Quote mrsav 16-3-2015 08:13 AM
xde hati perut betul jantan tu..dah la isteri tu dlm pantang..
Quote FanTasyCreaTioN 16-3-2015 08:29 AM
dan lagi ..
dan lagiii......
kita baca penderaan terhadap wanita
dan lagi ..
kita akan baca kutukan terhadap wanita tersebut
- asal jangan jadi andartu
- asal berlaki

teringin nak bacer komen2 bernas
- mengapa lelaki sekarang semakin ramai yang ganas2
- mengapa lelaki sekarang ramai gagal menjadi suami yang baik



Quote miabebe 16-3-2015 08:36 AM
Sah mental..nauzubillah
Quote md.jie 16-3-2015 08:41 AM
hikayat pelda pprt
Quote Esmiria 16-3-2015 08:43 AM
Doh..ko yg nok sgt kawen.mendapatlah.
Quote jengkoil 16-3-2015 08:55 AM
Felda dan dadah ibarat aur dan tebing...isi dan kuku..
Quote cupu 16-3-2015 08:56 AM
jd seharusnya la berbangga en yg ada empat anak dr empat madu tu...sbbb berita tu mmg rare....yg kita dgr sehari2 mcm ni la berita kaum adam.dh nak jd macam keling india agaknya.xreti hormat wanita.
Quote wanlya 16-3-2015 08:59 AM
bertabahlah...semoga pompuan ni tau her right n xbg muka lagi kat somi...
Quote gekkou 16-3-2015 09:02 AM
Wanita terbabit yang berasal dari Selangor berkahwin dengan suaminya 10 tahun lalu atas dasar cinta


menyampah plak baca statement ni

Quote PongKang 16-3-2015 09:08 AM
Mat gian lagi
Quote Lina66 16-3-2015 09:13 AM

ramai pulak anak2 dia...
Quote Decaffeinated 16-3-2015 09:16 AM

“Kejadian bermula selepas pengadu mengejutkan suaminya yang sedang tidur bagi meminta dihantar ke Klinik Bandar 32 kerana anak mereka yang berumur sembilan hari mengidap demam kuning.

.......

         Menurut Zul Haizal, mangsa yang mempunyai lima anak berumur antara sembilan bulan hingga sembilan tahun telah mendapatkan rawatan di klinik berhampiran sebagai pesakit luar.



motif wartawan suka nombor sembilan...


Quote Innrukia 16-3-2015 09:22 AM
FanTasyCreaTioN replied at 16-3-2015 08:29 AM
dan lagi ..
dan lagiii......
kita baca penderaan terhadap wanita

Dik dah itu yg paling cepat & pantas

Hakikatnya kenapa jantan2 sangap ni wujud, sila rujuk blk pd salasilah keluarga depa..
Dr segi psikologi, semua bermula dari asuhan & didikan. Cer observe mcm mana makpak besarkan anak jantan depa...
Mcm mana makpak skrg jadikan anak lelaki dependent pd depa. So, bila dewasa depa akan jd dependent plak pd bini...
Pompuan lak diajar tentang tanggungjwb jaga family etc. Jdnya bila kawen benda ni yg pompuan accept sbg normal...
dan seterusnya....malas lak nk bebel pjg2
Quote BlueEagle 16-3-2015 09:32 AM
Innrukia replied at 16-3-2015 09:22 AM
Dik dah itu yg paling cepat & pantas

Hakikatnya kenapa jantan2 sangap ni wujud, sila rujuk ...

maknanya salah didikan la kan.....

Lihat semua komen(56)


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


 


 


ADVERTISEMENT



ADVERTISEMENT


Mobile|Archiver|Mobile*default|About Us|CariDotMy

23-11-2024 11:12 AM GMT+8 , Processed in 0.352184 second(s), 35 queries , Gzip On, Redis On.

Powered by Discuz! X3.4

Copyright © 2001-2021, Tencent Cloud.

To Top