UMW Toyota telah melancarkan model 2015 Toyota Hiace untuk dijual di pasaran Malaysia. Model terbaru Toyota Hiace ini dinaiktaraf keselamatannya dari segi Active Safety sejajar dengan polisi Toyota untuk mengutamakan ciri-ciri keselamatan bagi semua variasi produk mereka.
Elemen Active Safety yang diterapkan pada model 2015 Toyota Hiace Window Van termasuk Vehicle Stability Control (VSC), Traction Control (TC), Hill-Assist Climb (HAC), Emergency Stop Signal (ESS) dan Reverse Sensor. Semua ciri-ciri keselamatan ini diterapkan ke atas semua varian 2015 Toyota Hiace dari model asas sehingga spesifikasi penuh.
Bagi model 2015 Toyota Hiace Panel Van pula ditambah dengan sistem Anti-Lock Brake System (ABS) dan juga Brake Assist (BA). Kesemua varian Toyota Hiace turut didatangkan dengan dua beg udara dan tali pinggang keselamatan untuk kesemua penumpangnya. Enjin yang digunakan masih dikekalkan dengan pilihan 2.7-liter 16V DOHC VVT-i atau 2.5-liter DOHC Commonrail Turbodiesel. Model 2015 Toyota Hiace ini diberikan jaminan selama 3 tahun atau 100,000km (yang lebih awal). Model 2015 Toyota Hiace ini hanya dijual untuk kegunaan komersil dan harganya adalah seperti berikut: RM102,600 – Hiace High Roof Window Van 2.7 (P) RM87,600 – Hiace Panel Van 2.5 Turbo (D) kredit:www.arenakereta.com |
ADVERTISEMENT